Lokasi | Jalan Stesen, Slim River, Perak, Malaysia. | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu | |||||||||||||
Laluan | Laluan Pantai Barat | |||||||||||||
Platform | 2 platform tepi | |||||||||||||
Trek | 2 | |||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Percuma | |||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||
Dibuka | 1903 | |||||||||||||
Dibina semula | 2007 | |||||||||||||
Dielektrikkan | 2007 | |||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||
| ||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||
Stesen keretapi Slim River merupakan sebuah stesen kereta api milik Keretapi Tanah Melayu yang terletak di Slim River, Perak, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM ETS.
Lokasi stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen keretapi Slim River terletak di hujung Jalan Stesen, yang dinamakan sempena stesen keretapi ini. Jalan stesen merupakan sebatang jalan utama bagi pusat bandar Slim River. Stesen ini terletak di hujung barat pusat bandar. Di belakang stesen (iaitu di sebelah barat) ialah Kampung Perhentian yang dinamakan sempena perhentian keretapi yang kini digantikan oleh stesen keretapi ini.
Sebelum stesen keretapi bersaiz besar yang wujud kini dibina, disini hanya terdapat sebuah stesen keretapi yang kecil, dan terdapat lintasan keretapi pada Jalan Stesen. Selepas melintasi landasan keretapi, disitulah terletaknya Kampung Perhentian. Namun di atas projek pembinaan landasan berkembar elektrik Ipoh-Rawang dan stesen baru, sebuah jambatan telah dibina merentasi landasan keretapi di sebelah utara stesen untuk menghubungkan pusat bandar dengan Kampung Perhentian. Bangunan stesen baru menyekat lintasan keretapi yang wujud sebelum ini.
Perkhidmatan kereta api
[sunting | sunting sumber]Stesen keretapi Slim River menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui KTM ETS.[1]
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- lima perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral
- lima perlepasan ke Ipoh
Struktur stesen
[sunting | sunting sumber]- Platform: 2
- Landasan: 2
1 | ■ Laluan Pantai Barat | Arah Kuala Lumpur Sentral |
---|---|---|
2 | ■ Laluan Pantai Barat | Arah Ipoh dan Butterworth |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Stesen keretapi Slim River |