MR2 Stesen Monorel Tun Sambanthan ستيسين مونوريل تون سمبنثان | |
---|---|
Stesen KL Monorail | |
Lokasi | Selatan simpang Jalan Tun Sambanthan 4 - Jalan Tebing, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia. |
Koordinat | 3°7′53″N 101°41′26″E / 3.13139°N 101.69056°E |
Dimiliki oleh | KL Infrastructure Group Limited (KL Infra) |
Laluan | KL Monorail (2003 – kini) |
Platform | 2 platform sisi |
Trek | 2 |
Pembinaan | |
Templat letak kenderaan | Tiada |
Maklumat lain | |
Kod stesen | MR2 |
Sejarah | |
Dibuka | 31 Ogos 2003 |
Lokasi | |
Stesen Monorel Tun Sambanthan adalah sebuah stesen monorel bertingkat dalam aliran KL Monorail yang dibuka serentak dengan stesen-stesen lain sepanjang alirannya pada 31 Ogos 2003.
Stesen ini terletak di selatan persimpangan Jalan Tun Sambanthan 4-Jalan Tebing di daerah Brickfields, Kuala Lumpur, di tebing barat Sungai Klang, sebelah Kolej Methodist Kuala Lumpur, dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia berhampiran Jalan Tun Sambanthan 4. Stesen ini terletak berhampiran jejantas yang menyeberangi Sungai Klang, menghubunyi Jalan Syed Putra yang bersambung dengan Lebuhraya Persekutuan dan Sekolah Menengah Kuen Cheng di seberang sungai. Stesen ini cuma ada satu pintu keluar di barat Jalan Tebing.
Stesen ini dinamakan atas V. T. Sambanthan, seorang tokoh tersohor Kongres India Malaysia. Jalan Tun Sambanthan, sebatang jalan utama di Brickfields yang juga dinamakan sempena V. T. Sambanthan, ialah tempat terletaknya lokasi terminus monorel KL Sentral.
Stesen sebelumnya | Stesen berikutnya | |||
---|---|---|---|---|
KL Sentral | KL Monorail | Maharajalela |