Lokasi | Arau, Perlis, Malaysia. | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||||||||||||||||
Laluan | Laluan Pantai Barat | ||||||||||||||||||||||||
Platform | 1 platform sisi | ||||||||||||||||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Tersedia, percuma. | ||||||||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||||||||||
Dibuka | 15 Oktober 1917 | ||||||||||||||||||||||||
Ditutup | 22 Jun 2011 | (stesen lama)||||||||||||||||||||||||
Dibina semula | 2014 | ||||||||||||||||||||||||
Dielektrikkan | 2014 | ||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||||||||||||
Stesen keretapi Arau atau Stesen Diraja Arau merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Arau, Perlis, Malaysia. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.
Stesen ini telah dibina semula dan dibuka pada tahun 2014, menggantikan stesen lama yang telah ditutup pada tahun 2011.
Sejarah
Stesen keretapi Arau mula dibuka pada 15 Oktober 1917 setelah perkhidmatan keretapi laluan Bukit Mertajam ke Alor Setar dilanjutkan lagi hingga ke Bukit Ketri. Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 1 Januari 2016.[1]
Lokasi
Stesen ini terletak di bandar Arau dan dinamakan sebagai Stesen Diraja bersempena dengan lokasinya di bandar diraja Perlis. Ibu negeri Perlis, Kangar terletak sejauh 10 kilometer dari stesen ini. Stesen ini juga terletak berdekatan Istana Arau.
Perkhidmatan kereta api
Stesen keretapi Arau menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.
Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;[2]
- 18 perlepasan ke Padang Besar dan Butterworth
- 18 ketibaan dari Padang Besar dan Butterworth
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;[3]
- lima perlepasan ke Padang Besar
- lima ketibaan dari Padang Besar
- empat perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral
- empat ketibaan dari Kuala Lumpur Sentral
- satu perlepasan ke Gemas
- satu ketibaan dari Gemas
Galeri
-
Aras platform stesen, 2023.
-
Aras platform stesen, 2023.
-
Aras platform stesen, 2023.
-
Aras platform stesen, 2023.
Rujukan
- ^ "Perkhidmatan Tren Shuttle KTM Komuter Butterworth-Padang Besar Bermula Hari Ini". mStar. 1 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2023. Dicapai pada 16 Oktober 2023.
- ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.
- ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.