Lokasi | Stesen PWTC, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°10′00″N 101°41′37″E / 3.16667°N 101.69361°EKoordinat: 3°10′00″N 101°41′37″E / 3.16667°N 101.69361°E | ||||||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||||||
Laluan | 3 Laluan Ampang 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||||||
Sambungan | Putra SJ Bus: BET5, BET6 Rapid Bus: 852 | ||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||
Kod stesen | AG4 SP4 | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
Dibuka | 11 Julai 1998 | ||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||
Stesen LRT PWTC adalah stesen LRT bagi Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang terletak di Putra, Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena lokasi stesen yang terletak berhampiran PWTC. Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan LRT RapidKL, iaitu Laluan Ampang dengan Laluan Sri Petaling. Stesen ini dibuka pada Julai 1998.
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Sungai Gombak di Putra, Kuala Lumpur. Di sebelah kiri stesen adalah pusat membeli-belah Sunway Putra. Juga terletak berhampiran stesen adalah kondominium Bistari, kondominium Villa Putra, kondominium Villa Puteri, hotel Sunway Putra, hotel Regalia Suites, hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Menara Dato Onn dan Pusat Dagangan Antarabangsa Putra (PWTC).
Pelan stesen
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
AG/SP Arah Selatan | → 3 Laluan Ampang menghala ke AG18 Ampang (Sultan Ismail) → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (Sultan Ismail) | |
AG/SP Arah Utara | ← 3 Laluan Ampang menghala ke AG1 Sentul Timur (Titiwangsa) ← 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP1 Sentul Timur (Titiwangsa) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras Legar | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan jejambat pejalan kaki ke Sunway Putra Mall dan 1 2 Putra |
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1]
Perkhidmatan Bas
Bas Setara Jaya laluan BET5, BET6 dan Bas RapidKL laluan 852 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.