![]() Stesen kereta api ekspres | |||||||||||||||
Nama lain | باتڠ ملاک (Tulisan Jawi) | ||||||||||||||
Lokasi | 77500 Batang Melaka, Melaka, Malaysia | ||||||||||||||
Dimiliki oleh | Perbadanan Aset Keretapi | ||||||||||||||
Dikendalikan oleh | Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||||||
Laluan | ETS Laluan ETS | ||||||||||||||
Platform | 2 platform pulau | ||||||||||||||
Trek | 4 | ||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||
Jenis struktur | Atas tanah | ||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | ||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ada ![]() | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
Dibuka | 1906 | ||||||||||||||
Ditutup | 15 Mei 2012 | ||||||||||||||
Dibina semula | 2012 - 2014 | ||||||||||||||
Dielektrikkan | 7 Februari 2014 (dibuka semula) | ||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||
![]() |
Stesen keretapi Batang Melaka merupakan sebuah stesen kereta api terletak di Batang Melaka, kira-kira 200 meter arah selatan dari sempadan negeri Melaka-Negeri Sembilan. Stesen ini menyediakan perkhidmatan tren elektrik (ETS), khususnya laluan Padang Besar-Segamat.
Stesen ini secara umumnya memberi perkhidmatan kepada penduduk di Selandar, Nyalas, Jasin dan Gemencheh.
Sejarah
Pembinaan awal
Pada asalnya, stesen ini dikatakan telah dibina pada awal abad ke-20, sekitar tahun 1906. Stesen ini merupakan sebahagian daripada jajaran Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSR) atau kini lebih dikenali sebagai laluan keretapi pantai barat.
Sebelum dinaik taraf
Setelah FMSR diambil alih oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan kemudiannya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), stesen ini terus menjadi salah satu perhentian utama kereta api antara Kuala Lumpur/KL Sentral dan Singapura. Malah, negeri Melaka kini hanya mempunyai dua stesen kereta api sahaja: stesen ini, serta stesen Pulau Sebang/Tampin.
Antara perkhidmatan dahulu yang terdapat di stesen ini ialah:
- Ekspres Sinaran Pagi (XSP) (ditamatkan)[1][2]
- Tren no. 5: Singapura - KL Sentral
- Ekspres Sinaran Petang (XSP) (ditamatkan)[3]
- Tren no. 6: KL Sentral - Singapura
- Ekspres Senandung Malam (SM) (ditamatkan pada 1 April 2009)[4]
- Tren no. 11: Singapura - KL Sentral
- Tren no. 12: KL Sentral - Singapura
Naik taraf
Pada 15 Mei 2012, stesen ini telah ditamatkan perkhidmatan bagi memberi laluan kepada projek landasan berkembar elektrik (PLBE) Seremban-Gemas. Para penumpang telah dinasihatkan untuk pergi ke stesen Tampin ataupun Gemas bagi meneruskan perjalanan. Perkhidmatan bas ulang-alik juga telah disediakan di stesen ini ke stesen-stesen tersebut bagi memudahkan perjalanan penumpang. Awalnya, penutupan ini bersifat sementara sahaja sehingga 30 November 2012.[5] Kemudian, KTMB telah melanjutkan tempoh tersebut sehingga 31 Julai 2013.[6] Namun begitu, selepas tarikh tersebut, stesen yang usang dan berusia hampir 100 tahun itu masih idak beroperasi lagi.
Stesen baharu dan lebih canggih sebagai penggantinya telah dibuka secara rasmi pada 7 Februari 2014. Ia terletak sekitar 200 meter dari lokasi stesen lama. Pengoperasian pada hari pertamanya merupakan perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Selatan No. 13 pada waktu pagi dan Ekspres Sinaran Petang No. 14 pada waktu petang.[7]
Komuter Sektor Selatan
Pada bulan Oktober 2015, KTMB telah memperkenal perkhidmatan tren ulang-alik (shuttle) Komuter Sektor Selatan bermula 10 Oktober melibatkan 7 buah stesen yang telah dinaik taraf antara Seremban dan Gemas.[8][9] Antara ciri perkhidmatan ini adalah:
- tren beroperasi seawal jam 5:00 pagi sehingga 11:00 malam setiap hari[10]
- 55 perkhidmatan sehari antara Seremban dan Pulau Sebang/Tampin
- 4 perkhidmatan sehari antara Seremban dan Gemas
- penumpang perlu bertukar tren di stesen Seremban jika ingin meneruskan perjalanan ke arah Lembah Klang dan Utara[11]
Pelancaran perkhidmatan ini menandakan perkhidmatan KTM Komuter yang pertama di negeri Melaka. Ia juga merupakan perkhidmatan KTM Komuter terpanjang di Malaysia, iaitu antara Gemas dan Tanjung Malim. [12]

Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini tidak kekal lama apabila KTMB mengumumkan penamatan operasi tren ulang-alik tersebut di stesen Batang Melaka dan Gemas, manakala stesen Pulau Sebang/Tampin dijadikan stesen akhir laluan tersebut.
ETS
Mulai 10 Oktober 2015, perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Padang Besar dan Butterworth telah dilanjutkan hingga ke Gemas, termasuklah stesen Batang Melaka. Pada masa yang sama, perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Pagi dan Sinaran Petang telah ditamatkan, menjadikan perkhidmatan ETS sebagai satu-satunya operasi tren di stesen ini sehingga kini setakat Julai 2025.
Rujukan
- ^ "Zoom Nostalgia - Ekspres Sinaran". Facebook KTMB. 31 Oktober 2020. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Jadual Singapura - Gemas - Sentral Kuala Lumpur 2005" (PDF). Portal Rasmi KTMB. 1 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2005. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Jadual Singapura - Gemas - Sentral Kuala Lumpur 2005" (PDF). Portal Rasmi KTMB. 1 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2005. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Jadual Singapura - Gemas - Sentral Kuala Lumpur 2005" (PDF). Portal Rasmi KTMB. 1 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2005. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "TEMPORARY CLOSURE OF BATANG MELAKA STATION". Portal Rasmi KTMB. 11 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2012. Dicapai pada 6 Julai 2025.
- ^ "Penutupan Stesen Batang Melaka Dilanjutkan". Portal Rasmi KTMB. 1 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2013. Dicapai pada 6 Julai 2025.
- ^ "Stesen Batang Melaka operasi semula". Utusan Online. 8 Feb 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Feb 2025. Dicapai pada 6 Jul 2025.
- ^ "Perkhidmatan Baharu - Tren Shuttle KTM Komuter Sektor Selatan". Twitter KTMB. 1 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
- ^ "Perkhidmatan Baharu - Tren Shuttle KTM Komuter Sektor Selatan". Twitter KTMB. 1 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
- ^ "Waktu Perjalanan Tren Shuttle KTM Komuter Sektor Selatan Seremban>Gemas". Twitter KTMB. 6 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
- ^ "Bermula 10-10-15 penumpang ke laluan Seremban > Gemas <Seremban perlu buat pertukaran di Stesen Seremban #komuterKTM". Twitter KTMB. 12 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
- ^ "Longest KTM Komuter Klang Valley & Southern Sector Journey from Gemas to Tanjung Malim". RailTravel Station. 22 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.