Lokasi | Stesen Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°08′04.9″N 101°33′17.9″E / 3.134694°N 101.554972°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||
Laluan | 10 Laluan Skypark | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang Skypark Terminal | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Disediakan oleh Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 Mei 2018 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen Komuter Terminal Skypark ialah sebuah stesen keretapi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor, Malaysia dan merupakan stesen bagi KTM Komuter Laluan Skypark. Stesen ini dibuka pada 1 Mei 2018 apabila perkhidmatan KTM Komuter Laluan Skypark mula berkhidmat. Stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api dari Kuala Lumpur ke Terminal Skypark Subang (Terminal 3) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor. DI sebelah barat laut stesen adalah kawasan parkir terbuka Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah manakala di sebelah timur laut stesen adalah Sungai Damansara. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah pejabat National Aerospace & Defence Industries, pejabat Airod Sdn Bhd, Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur dan Metro Parking Subang Airport.
Pelan stesen
L1 Platform |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | |
KTM Arah Selatan | → 10 Laluan Skypark menghala ke KL Sentral (Subang Jaya) | |
KTM Arah Utara | ← 10 Laluan Skypark berakhir di stesen ini, keluar sahaja | |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | ||
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan Tempat letak kenderaan |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana ruang legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan KTM Komuter Laluan Skypark.
Perkhidmatan bas
Bas RapidKL laluan 772, T773 dan T804 berkhidmat di hentian bas Subang Skypark Terminal yang terletak berhampiran stesen.
Rujukan
- ^ Nurul Huda Mohamed Abhar (27 Apr 2018). "Tren ke Terminal Skypark mula operasi 1 Mei ini". Kosmo! Online. Dicapai pada 1 Jun 2019.