Lokasi | Stesen Ara Damansara, Jalan PJU 1a/44, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°06′30″N 101°35′11″E / 3.10833°N 101.58639°EKoordinat: 3°06′30″N 101°35′11″E / 3.10833°N 101.58639°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: 772, T773 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 667 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ26 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 30 Jun 2016 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT Ara Damansara ialah stesen LRT yang terletak di Taman Putra Damai, Petaling Jaya, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada penyambungan jajaran laluan ini ke Putra Heights.[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Jalan PJU 1a/44, Petaling Jaya, Selangor berhampiran dengan Jalan Lapangan Terbang Subang. Stesen ini terletak bersebelahan pusat membeli-belah Evolve Concept Mall, Pusat Perdagangan Dana 1, Dataran PHB, pangsapuri G-Residences dan PPR Lembah Subang 2.
Pelan stesen
L2 Platform |
KJ Arah Selatan | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (CGC-Glenmarie) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
KJ Arah Utara | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (Lembah Subang) | |
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, tempat letak kereta, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat:aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU, parkir kereta OKU dan lif. Selain itu, terdapat 667 petak parkir kereta — 10 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 140 petak parkir disediakan khas untuk wanita —[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Perkhidmatan bas
Bas RapidKL laluan 772 dan T773 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
- ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.