Lokasi | Stesen Taman Bahagia, Jalan SS 2/3, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°06′38″N 101°36′46″E / 3.11056°N 101.61278°EKoordinat: 3°06′38″N 101°36′46″E / 3.11056°N 101.61278°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T783, T784 PJ City: PJ03, PJ04, PJ05 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Disediakan oleh MBPJ | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ23 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 September 1998 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT Taman Bahagia ialah stesen Transit Aliran Ringan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia sebahagian daripada Laluan Kelana Jaya. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama laluan ini yang melalui 10 stesen antara stesen Kelana Jaya dan stesen Pasar Seni.[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak sepanjang Jalan SS 2/3, Petaling Jaya, Selangor. Persimpangan Taman Megah Lebuhraya Damansara-Puchong terletak kira-kira 300m utara stesen. Kawasan perumahan berdekatan stesen ini adalah SS 2, SS 3, SS 4 dan SS 24 Petaling Jaya. Stesen ini juga terletak berhampiran SMK Taman SEA dan Masjid Aminah al-Muhairi.
Pelan stesen
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
KJ Arah Timur | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (Taman Paramount) | |
KJ Arah Barat | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (Kelana Jaya) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat:aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, kemudahan parkir disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Perkhidmatan bas
Bas RapidKL laluan T783, T784 serta bas PJ City laluan PJ03, PJ04 dan PJ05 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
- ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 17 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.