Lokasi | Stesen Universiti, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°06′52″N 101°39′43″E / 3.11444°N 101.66194°EKoordinat: 3°06′52″N 101°39′43″E / 3.11444°N 101.66194°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: 750, 751, 772, 780, T788, T789 Bas GoKL: GOKL-06 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ19 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 September 1998 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT Universiti (atau Stesen KL Gateway-Universiti atas sebab penajaan)[1] ialah stesen LRT di Kerinchi, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini dinamakan sempena Universiti Malaya yang terletak berhampiran. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen pertama Laluan Kelana Jaya yang melalui 10 stesen antara stesen Kelana Jaya dan atesen Pasar Seni.[2]
Dahulunya dikenali sebagai Universiti sejak permulaan operasinya pada 1 September 1998, nama stesen ini ditukar kepada KL Gateway–Universiti selepas Suez Capital, sebuah pemaju hartanah tempatan telah diberikan hak penamaan daripada Prasarana Malaysia. Stesen ini merupakan salah satu daripada tiga stesen pertama dibawah program perintis "Hak Penamaan Stesen" sejak dilancarkan pada Oktober 2015.[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di Kerinchi, Kuala Lumpur. Terletak di sebelah utara stesen adalah persimpangan Lebuhraya Persekutuan dan Kerinchi Link . Walaupun stesen ini terletak berhampiran Universiti Malaya, tiada laluan pejalan kaki antara stesen ini dengan universiti tersebut. Tempat-tempat lain berhampiran stesen adalah pusat membeli-belah KL Gateway Mall, pintu masuk Kuala Lumpur Universiti Malaya, Masjid ar-Rahman UM, Hotel Pullman Kuala Lumpur, Wisma UOA Pantai, SMK Seri Pantai dan bangunan perumahan seperti Vista Angkasa, Residensi Kerinchi dan Flat PKNS Kerinchi.
Pelan stesen
L2 Platform |
KJ Arah Timur | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (Kerinchi) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
KJ Arah Barat | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (Taman Jaya) | |
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar akses, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke KL Gateway Mall |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Perkhidmatan bas
Bas Rapid KL laluan 750, 751, 772, 780, T788, dan T789 dan Bas GOKL laluan GOKL-06 (Merah Jambu) berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
- ^ a b "Prasarana umum tiga hak penjenamaan". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2019. Dicapai pada 12 Mei 2019.
- ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 12 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.