Nama lain | Aeon-Maluri (Nama tajaan stesen MRT) | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lokasi | Stesen Maluri, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | |||||||||||||||
Koordinat | 3°7′23.74″N 101°43′37.06″E / 3.1232611°N 101.7269611°EKoordinat: 3°7′23.74″N 101°43′37.06″E / 3.1232611°N 101.7269611°E | |||||||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia MRT Corp | |||||||||||||||
Laluan | 3 Laluan Ampang 9 Laluan Kajang | |||||||||||||||
Platform | 3:2 platform sisi dan 1 platform tengah | |||||||||||||||
Trek | 4 | |||||||||||||||
Pengendali kereta api | 3 9 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | |||||||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T352, 400, T400, T401, 402, 450 | |||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||
Jenis struktur | 3 Bertingkat 9 Bawah tanah | |||||||||||||||
Templat letak kenderaan | 250 petak parkir kereta dan 50 petak parkir motosikal | |||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||
Kod stesen | AG13 KG22 | |||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Dibuka | 3 16 Disember 1996 9 17 Julai 2017 | |||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||
Stesen Maluri ialah stesen transit bersepadu yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Maluri merupakan stesen bagi Laluan Ampang dan Laluan Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Maluri terletak berhampiran stesen ini.
Stesen ini mula dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 13 stesen bertingkat antara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996. Laluan Kajang pula mula berkhidmat di stesen ini pada 17 Julai 2017 dengan perasmian fasa kedua laluan ini antara stesen Muzium Negara dan stesen Kajang.
Di bawah hak penamaan stesen yang diberikan oleh MRT Corp, stesen MRT Maluri dipanggil Stesen MRT Aeon-Maluri.[1] Stesen LRT Maluri masih dikekalkan nama asalnya.
Sejarah
Stesen LRT STAR (kini Laluan Ampang) Maluri dibuka pada 16 Disember 1996 sebagai sebahagian daripada fasa pertama Laluan STAR diantara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail.[2][3] Jajaran LRT STAR antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[4]
Laluan MRT Kajang mula berkhidmat di stesen ini pada 17 Julai 2017 selepas pembukaan fasa kedua laluan ini dari stesen Muzium Negara ke stesen Kajang.[5] Pada masa yang sama, sebuah jejambat pejalan kaki dan eskalator menghubungkan kawasan berbayar kedua-dua stesen dibuka, memudahkan penumpang untuk menukar diantara Laluan Ampang dan Laluan Kajang tanpa membeli tiket baharu.
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen LRT Maluri terletak berhampiran Jalan Cheras, Cheras, Kuala Lumpur. Di sebelah barat laut stesen LRT ini adalah Jalan Palong, Taman Miharja manakala di sebelah selatan adalah Sungai Kerayong dan Lebuhraya Sungai Besi Lebuhraya Sungai Besi (Lebuhraya Besraya). Stesen MRT Aeon-Maluri pula terletak di bawah Jalan Cheras, Cheras, Kuala Lumpur. Di sebelah barat stesen MRT ini adalah Taman Miharja manakala di sebelah timur adalah Depoh Rapid Bus Maluri dan AEON Taman Maluri, Cheras. Terdapat dua pusat membeli-belah berhampiran stesen Maluri iaitu AEON Taman Maluri dan Sunway Velocity Mall dimana kedua-dua pusat membeli-belah ini mempunyai laluan pejalan kaki khas ke stesen ini. Mercu tanda tempatan lain di sekitar stesen ini adalah Taman Pertama, Flat Miharja, IPD Cheras, LHDN cawangan Cheras, Taman Pudu Ulu dan plaza tol Loke Yew.
Pelan stesen
L2 Platform |
AG Arah Barat | → 3 Laluan Ampang menghala ke AG18 Sentul Timur (Miharja) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
AG Arah Timur | ← 3 Laluan Ampang menghala ke AG1 Ampang (Pandan Jaya) | |
L1 | Aras Legar LRT | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kedai serbaguna dan laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar MRT |
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
B1 | Aras Legar MRT | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, dan laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar LRT |
B2 Platform |
KG Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke KG35 Kajang (Taman Pertama) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
KG Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke KG01 Sungai Buloh (Cochrane) |
Stesen ini terdiri daripada dua stesen berbeza yang disambungkan oleh laluan pejalan kaki bertingkat: stesen LRT Maluri dan stesen MRT Aeon-Maluri. Stesen LRT Maluri adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar, dan aras tanah. Stesen MRT Aeon-Maluri pula adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Sebuah pejalan kaki disediakan bagi menghubungkan kawasan berbayar LRT dengan kawasan berbayar MRT yang boleh diakses di aras legar. Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 250 petak parkir kereta dan 50 petak parkir motosikal.[6]
Stesen LRT Pasar Seni mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang manakala stesen MRT Aeon-Maluri mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai. Di stesen MRT Aeon-Maluri, terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[7] Di stesen LRT Maluri pula, kemudah tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif disediakan bagi Orang Kurang Upaya (OKU).[8]
Reka bentuk dalaman
Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bagunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen MRT AEON-Maluri, stesen ini telah diberi tema "Generasi Baharu".[9]
Perkhidmatan bas
Bas RapidKL laluan T352, 400, T400, T401, 402 dan 450 berkhidmat di stesen ini.
Galeri
Stesen LRT
-
Landasan LRT dilihat daripada platform, menghala ke stesen Pandan Jaya.
-
Papan tanda stesen di stesen LRT Maluri menunjukkan arah ke stesen MRT Aeon-Maluri.
-
The bus hub at Maluri LRT, as taken on January 2006.
Stesen MRT
-
Aras Platform di stesen MRT Maluri.
-
Permandangan Aras Platform.
-
Bangku di stesen MRT Maluri yang telah direka oleh pelajar bernama Jackson Chia Sen Chung sebahagian daripada sebuah pertandingan reka bentuk bangku.[10]
-
Pintu D stesen MRT Maluri sepanjang Jalan Cheras.
-
Pintu B dengan pusat membeli-belah Sunway Velocity Mall di latar belakang.
-
Laluan pejalan kaki bertutup menghala ke Sunway Velocity Mall dari Entrance B.
Sambungan LRT-MRT
-
Permandangan sambungan LRT-MRT di stesen Maluri.
-
Sambungan LRT-MRT daripada aras legar LRT ke stesen MRT.
-
Pintu C (kanan) stesen MRT Maluri yang menghala ke sambungan LRT-MRT (kiri).
-
Eskalator di Aras Legar stesen MRT ke sambungan LRT-MRT.
-
Eskalator di Aras Legar ke sambungan LRT-MRT.
-
Permandangan luar sambungan LRT-MRT memasuki stesen MRT.
Rujukan
- ^ M. Hafidz Mahpar (11 Jul 2017). "Four MRT stations along SBK Line to be 'branded'" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2019. Dicapai pada 20 Mei 2019.
- ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 8 Mei 2019.
- ^ Fazleena Aziz (7 Nov 2008). "Masjid Jamek Plaza to open on Nov 15". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-10. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56. Dicapai pada 27 Mei 2019.
- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 8 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride — Maluri". MRT Corp. 20 Mac 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "Aeon Maluri — MRT Corp". MRT Corp. 13 Nov 2017. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
- ^ Meng Yew Choong (24 Mei 2019). "Seven hidden gems of the MRT" (dalam bahasa Inggeris). THE Star Online. Dicapai pada 2017-07-17.
- ^ "Innovative designs for transit furniture". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 1 Mei 2016. Dicapai pada 27 Mei 2019.