Lokasi | Stesen Pusat Bandar Puchong, Lebuhraya Damansara-Puchong, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°01′59.8″N 101°36′57.7″E / 3.033278°N 101.616028°EKoordinat: 3°01′59.8″N 101°36′57.7″E / 3.033278°N 101.616028°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||
Platform | 2 | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: 506, 600, 601, 604, T600, T604, T605, SJ02 Causeway Link: 608 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 120 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ada | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SP25 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 31 Mac 2016 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT Pusat Bandar Puchong ialah stesen LRT di Puchong, Selangor dimana Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak dan dinamakan sempena bandar Puchong, Selangor. Stesen ini dibuka pada 31 Mac 2016 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling daripada Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini.[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Damansara–Puchong Lebuhraya Damansara-Puchong di Pusat Bandar Puchong, Puchong. Di sebelah barat laut stesen adalah pasar raya Tesco Extra Puchong manakala di sebelah timur stesen adalah pusat membeli belah Setia Walk. Juga terletak berhampiran stesen adalah kawasan perniagaan Pusat Bandar Puchong, taman perumahan Taman Mutiara Puchong dan Taman Wawasan.
Susunan stesen
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
SP Arah Selatan | → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (Taman Perindustrian Puchong) | |
SP Arah Utara | ← 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP1 Sentul Timur (IOI Puchong Jaya) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai sebuah platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 120 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Perkhidmatan Bas
Bas percuma Smart Selangor laluan SJ02, bas Causeway Link laluan 608, bas RapidKL laluan 506, 600, 601, 604, T600, T604 dan T605 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
- ^ Azyyati Ahmad (28 Mac 2016). "Empat stesen baharu LRT di Puchong beroperasi 31 Mac ini". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jul 2018. Dicapai pada 21 Okt 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.