Jelatek | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen transit aliran ringan (LRT) | | |||||||||||
Lokasi | Stesen Jelatek, Jalan Jelatek, Jelatek, 54200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
Koordinat | 3°10′02.4″N 101°44′07.1″E / 3.167333°N 101.735306°EKoordinat: 3°10′02.4″N 101°44′07.1″E / 3.167333°N 101.735306°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 2 | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T224 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 292 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ6 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 Jun 1999 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen Jelatek ialah stesen LRT yang terletak di utara Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena taman awam Jelatek berhampirannya. Stesen ini telah dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Jelatek, diantara Kampung Dato' Keramat di sebelah barat dan Taman Keramat di sebelah timur. Stesen ini juga terletak berhampiran persimpangan Dato' Keramat Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Juga terletak berdekatan stesen ini adalah kawasan rekereasi Taman Tasik Datuk Keramat; Kompleks Sukan Dato' Keramat; pangsapuri mewah seperti The Datum Jelatek, Picasso Residence dan Suria Jelatek Residence; Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek; pasar malam Jelatek; SRI al-Amin dan SRI al-Alusi.
Pelan stesen
L1 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
KJ Arah Selatan | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights(Dato' Keramat) | |
KJ Arah Utara | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (Setiawangsa) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
G | Aras tanah | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 292 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Perkhidmatan bas
Bas RapidKL laluan T224 berkhidmat di stesen ini.
Pintu stesen
Rujukan
- ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.