Lokasi | Stesen SS 18, Persiaran Jengka, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°04′01″N 101°35′10″E / 3.06694°N 101.58611°EKoordinat: 3°04′01″N 101°35′10″E / 3.06694°N 101.58611°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: SJ02 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ30 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 30 Jun 2016 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT SS 18 ialah stesen LRT yang terletak di SS 18 Subang Jaya, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada pembukaan sambungan jajaran laluan ini sehingga Putra Heights, Selangor.[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di atas Persiaran Jengka, Subang Jaya, Selangor. Di bahagian timur stesen ini adalah SS 14 Subang Jaya dan di bahagian barat stesen ini adalah SS 18 Subang Jaya. Berdekatan stesen ini juga terdapat beberapa sekolah antaranya SMK Subang Utama dan SMK Subang Jaya.
Pelan stesen
L2 Platform |
Arah Selatan | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (USJ 7) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
Arah Utara | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (SS 15) | |
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]
Pintu stesen
Stesen LRT SS 18 dirancang mempunyai dua pintu masuk dan keluar, iaitu Pintu A dan Pintu B. Hentian sebelah untuk bas, teksi, perkhidmatan e-panggilan serta kenderaan peribadi disediakan di kedua-kedua pintu masuk stesen.
Sambungan
Perkhidmatan bas
Bas percuma Smart Selangor laluan SJ02 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
- ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.