Lokasi | Stesen Plaza Rakyat, Pusat Bandar Kuala Lumpur, 50150 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°8′38″N 101°42′8″E / 3.14389°N 101.70222°EKoordinat: 3°8′38″N 101°42′8″E / 3.14389°N 101.70222°E | ||||||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||||||
Laluan | 3 Laluan Ampang 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||||||
Sambungan | SBK17 Merdeka | ||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||
Kod stesen | AG8 SP8 | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
Dibuka | 3 16 Disember 1996 4 11 Julai 1998 | ||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||
Stesen LRT Plaza Rakyat ialah stesen LRT yang terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena Plaza Rakyat, sebuah projek pembangunan yang terbengkalai berikutan krisis ekonomi pada tahun 1997.
Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 13 stesen antara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996.[1] Kemudian, Laluan Sri Petaling mula berkhidmat di stesen ini pada 11 Julai 1998 dengan perasmian segmen kedua STAR LRT antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling.
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di pusat bandar Kuala Lumpur berhampiran Jalan Pudu. Di sebelah barat laut stesen adalah UTC Pudu manakala di sebelah utara stesen adalah kompleks beli-belah Plaza Rakyat yang terbengkalai selepas Krisis Kewangan Asia 1997. Terdapat banyak sekolah-sekolah berhampiran stesen termasuk SJK (C) Jalan Davidson, SMK (Lelaki) Methodist Kuala Lumpur, SK (L) Methodist, SMJK Confucian, Sekolah Menegah (Swasta) Stella Maris. Juga berhampiran stesen adalah bangunan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Wisma OCM, Menara Wesley, UTC Pudu, Hotel Swiss-Garden Bukit Bintang, Hospital Tung Shin, Hospital Materniti Bukit Cina, Gereja Methodist Wesley dan Gereja Katolik St. Anthony.
Pelan stesen
L1 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
AG/SP Arah Selatan | → 3 Laluan Ampang menghala ke AG18 Ampang (Hang Tuah) → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (Hang Tuah) | |
AG/SP Arah Utara | ← 3 Laluan Ampang menghala ke AG1 Sentul Timur (Masjid Jamek) ← 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP1 Sentul Timur (Masjid Jamek) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
G | Aras Legar | Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke 9 Merdeka |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2] Stesen ini dihubungkan dengan 9 Merdeka yang terletak kira-kira 200m utara stesen ini melalui sebuah laluan pejalan kaki berbayar sepanjang 180m. Penumpang tidak perlu membeli tiket baharu untuk menukar laluan LRT ke MRT dan sebaliknya.
Pintu stesen
-
Pintu A stesen yang menuju ke Pudu Sentral
-
Pintu B menghubungkan stesen ini dengan Stesen MRT Merdeka.
Stesen LRT Plaza Rakyat dapat dicapai dengan menggunakan dua pintu masuk dan keluar, iaitu Pintu A dan Pintu B.
Rujukan
- ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.