Pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Lembah Klang merangkumi pelbagai jenis pengangkutan seperti bas, rel dan teksi. Kerajaan Malaysia telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan mutu dan kesediaadaan pengangkutan awam di Lembah Klang, termasuk membina aliran LRT baru.
Kini, cuma 16 peratus populasi menggunakan pengangkutan awam. Antara punca kadar penggunaan yang rendah ialah para komuter mendapati mutu perkhidmatan rendah. [1]
Jenis pengangkutan
- Bas
- Pengangkutan rel, termasuk
- transit aliran ringan (LRT) yang dikendali Rapid KL
- MRT Lembah Klang (MRT)
- KTM Komuter
- KL Monorail
- Express Rail Link
- Teksi
- Perkhidmatan antarabandar lain
Pengangkutan setempat
Teksi
Teksi bermeter boleh didapati di merata bandar. Namun, kesesakan lalulintas, terutamanya pada waktu rush hour kerap berlaku di KL dan pada waktu sebegitu mungkin sukar untuk mendapat teksi. Terdapat banyak insiden melibatkan pemandu teksi yang mengenakan tambang yang keterlaluan, terutamanya terhadap pelancong, maka, para pelancong dinasihatkan agar menaiki teksi yang mengenakan tambang berdasarkan meter, atau bertegas untuk menggunakan meter.
Bas
Rel
|
Stesen transit
Perjalanan antara bandar
Bagi perjalanan antarabandar, hab transit utama di Kuala Lumpur ialah:
- PuduSentral — terminal bas antarabandar utama yang terletak di pusat bandar raya. Terminal bas baru, Plaza Rakyat dirancangkan untuk menggantikan Puduraya yang berdekatan dan pembinaannya sedang dijalankan. Terdapat stesen LRT berdekatan yang dihubungkan dengan Plaza Rakyat.
- KL Sentral — stesen kereta api utama Kuala Lumpur.
- Terminal Bas Duta — untuk bas Transnasional dan Airport Coach (perkhidmatan bas ke KLIA)
Peraturan
Sistem pengangkutan awam dikawal dan ditadbir oleh pelbagai pihak berkuasa, termasuk Lembaga Perlesenan Kenderaan Komersial (CVLB) yang merupakan cawangan Kementerian Pembangunan Perusahaan dan Usahasama, Kementerian Pengangkutan dan kerajaan tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan majlis perbandaran lain.
Seluruh sektor pengangkutan bukan ditadbir oleh satu buah badan.
Lihat juga
- Pengangkutan di Malaysia
- Rapid KL
- KTM Komuter
- SPNB
- Bas
- Lori
- aeroplane
Rujukan
- ^ "Prasarana to buy trains worth RM1.2bil". The Star. October 13, 2006. Dicapai pada October 22, 2006. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)