Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman | |
---|---|
محمد نورخزايني بن عبدالرحمن | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja) | |
Menyandang jawatan 10 Mei 2018 | |
Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Timbalan | Wan Hapandi Wan Nik |
Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Kawasan pilihan raya | Kota Putera |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Kota Putera | |
Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Mohd Mahdi Musa (BN–UMNO) |
Majoriti | 1,181 (2018) 3,809 (2023) |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
2018–2020 | Parti Islam Se-Malaysia |
2020– | Perikatan Nasional |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Nurkhuzaini bin Ab Rahman 16 September 1971 ![]() ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) Gagasan Sejahtera (GS) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (lahir 16 September 1971) merupakan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar serta Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) bagi Kota Putera sejak Mei 2018. Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan PN.
Kerjaya politik
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (sejak 2018)
Pada Pilihan raya negeri Terengganu 2018, Mohd Nurkhuzaini telah dicalonkan oleh PAS untuk bertanding di kerusi DUN Kota Putera. Beliau memenangi kerusi itu dan dipilih sebagai ADUN Kota Putera untuk penggal pertama selepas menewaskan ADUN pertahanan, Mohd Mahdi Musa daripada BN dan calon Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 1,181 undi.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (sejak 2018)
Pada 10 Mei 2018 selepas PAS mengambil alih pentadbiran negeri daripada BN atas PAS menewaskan BN pada pilihan raya negeri 2018, Mohd Nurkhuzaini dilantik sebagai Ahli EXCO Terengganu yang menjaga Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja oleh Menteri Besar, Ahmad Samsuri.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N02 Kota Putera | Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (PAS) | 9,704 | 49.18% | Mohd Mahdi Musa (UMNO) | 8,523 | 43.20% | 20,180 | 1,181 | 83.50% | ||
Tengku Roslan Tengku Othman @ Tengku Ramli (PKR) | 1,504 | 7.62% | ||||||||||
2023 | Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (PAS) | 13,360 | 58.31% | Muhammad Pehimi Yusof (UMNO) | 9,551 | 41.69% | 23,041 | 3,809 | 70.26% |
Anugerah
Terengganu :
Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z.) (2022)[3]
Rujukan
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ ZAID MOHD NOOR (14 Ogos 2022). "91 terima darjah, pingat hari keputeraan Sultan Terengganu". Utusan. Dicapai pada 16 Ogos 2022.