Yang di-Pertua Negeri Melaka | |
---|---|
Gelaran | Tuan Yang Terutama |
Kediaman | Istana Melaka Bukit Beruang Bandaraya Melaka |
Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong |
Penjawat sulung | Leong Yew Koh |
Dibentuk | 31 Ogos 1957 |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Yang di-Pertua Negeri Melaka merupakan ketua dan pemerintah bagi Negeri Melaka. Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Melaka sebagaimana Perlembagaan Negeri Melaka.
Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi seperti melantik Ketua Menteri dan menangguh dari memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.
Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
Melaka mempunyai Sultan tetapi hak beliau untuk kembali bertakhta kembali dinafikan oleh Kerajaan Malaysia. Sebaliknya Yang Di-Pertua Negeri dilantik untuk mengetuai negeri ini sekaligus menjadi ahli Majlis Raja-Raja. Setiap mesyuarat yang dihadirinya akan diiringi oleh Ketua Menteri Melaka. Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Senarai Yang di-Pertua Negeri Melaka
No. | Yang di-Pertua Negeri | Mula | Tamat |
---|---|---|---|
1 | Mejar Jeneral Tun Leong Yew Koh | 31 Ogos 1957 | 30 Ogos 1963 |
2 | Allahyarham Tun Dato' Maha Kurnia Abdul Malek Yusof | 31 Ogos 1963 | 30 Ogos 1971 |
3 | Allahyarham Tun Dato' Dr. Haji Abdul Aziz Abdul Majid | 31 Ogos 1971 | 10 Mei 1976 |
4 | Allahyarham Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Datuk Seri Utama Syed Zahiruddin Syed Hassan | 25 Mei 1976 | 30 November 1984 |
5 | Allahyarham Tun Dato' Seri Utama Haji Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabuddin | 4 Disember 1984 | 3 Jun 2004 |
6 | Tun Datuk Seri Utama Haji Mohd Khalil Yaakob | 4 Jun 2004 | 4 Jun 2020 |
7 | Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam | 4 Jun 2020 | kini |