![]() Seekor husky Alaska yang berehat semasa larian di Riley Creek Campground di Taman Negara dan Kawasan Simpanan Denali, Denali Park, Alaska | |||||||||||||||||||||
Negara asal | Amerika Syarikat | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Husky Alaska[a] ialah satu baka anjing kereta luncur salji pekerja bersaiz sederhana yang dikembangkan khusus untuk prestasinya.[1][2][3]
Husky Alaska ialah jenis anjing yang paling lazim digunakan untuk pertandingan perlumbaan anjing kereta luncur salji, dalam kedua-dua perlumbaan pecut jarak dekat dan juga perlumbaan ekspedisi jarak jauh seperti Perlumbaan Anjing Tarikan Jejak Iditarod,[4] Yukon Quest,[5] dan Finnmarksløpet.
Perihal
Husky Alaska bukan baka yang diiktiraf secara rasmi oleh mana-mana kelab kenel dan juga tidak mempunyai piawaian baka formal.[6] Tidak seperti baka yang dikembangkan untuk gelanggang pertunjukan, husky Alaska sebaliknya merupakan produk pemilihan teliti untuk trait anjing kereta luncur salji yang diingini daripada pelbagai baka lain, seperti aptitud untuk penarikan, daya ketahanan, kelajuan, kecerdasan, selera makan, dan toleransi terhadap cuaca ekstrem.[7][8] Sebagai hasil daripada pembiakbakaan spesifik dan cermat ini yang berdasarkan hanya prestasi, kajian DNA menunjukkan bahawa husky Alaska mengongsi tunjuk tanda genetik dan sememangnya dapat dikenal pasti dengan tepat dalam ujian baka DNA.[9]

Husky Alaska ialah keragaman anjing sangat atletik dan, sebagai baka silang anjing, penampilannya dapat berbeza-beza dengan ketara, walaupun pelbagai susur galur telah dibiakbakakan selama berbilang generasi dan masih membiak dengan sangat benar kepada jenis susur galur tersebut.[10] Sesetengah susur galur husky Alaska mempunyai ciri sangat tradisional mirip spits husky dengan telinga mencucuk dan ekor melingkar, sementara susur galur lain lebih dekat menyerupai warisan hound atau gundog dengan telinga berhujung terlipat atau terkelepai, ekor lurus, dan ramping berlisu mirip anjing pemburu penglihatan.[11][12] Memandangkan ia tidak dibiakbakakan dengan pertimbangan pengakuran, ciri kosmetik bukan pertimbangan untuk pembiakbakan dan ciri ini sebaliknya cenderung untuk mengikuti tujuan gaya kerja kereta luncur salji yang diniatkan untuk anjing berkenaan.
Pada umumnya, husky Alaska adalah lebih tinggi daripada husky Siberia dan berbinaan lebih ringan daripada malamut Alaska; husky Alaska mengongsi zuriat dengan kedua-duanya dan diturunkan daripada kedua-duanya. Secara purata, ia berdiri setinggi 20–26 inci (51–66 cm) dan berukuran seberat 35–75 paun (16–34 kg).[11][12] Kaki kukuh ialah ciri penting dan trait yang diingini untuk pertimbangan pembiakbakaan. Dari segi binaannya, lapis bulu husky Alaska dapat berbeza-beza; ia biasanya mempunyai lapis bulu ganda dengan semua warna dan corak warna yang terlihat dalam pelbagai susur galur.[11][12] Husky Alaska jenis jarak jauh kerap mempunyai lapis bulu ganda lebih padat untuk menghadapi suhu sejuk dan angin kencang dengan lebih baik, sementara susur galur pecutan mempunyai lapis bulu lebih pendek untuk membolehkan pelesapan haba lebih banyak semasa perlumbaan pada kelajuan tinggi.
Husky Alaska jenis jarak jauh lazimnya dilengkapi dengan kot anjing dan but kecil anjing semasa ekspedisi dan perlumbaan panjang, untuk mengawal atur suhu dan melindungi kaki anjing daripada ais dan rupa bumi kasar.[5] Penggunaan kot anjing telah menjadi lebih lazim menjelang lewat abad ke-20 dan awal abad ke-21 kerana susur galur jarak jauh pun telah dibiakbakakan untuk kelajuan lebih tinggi, lalu mengorbankan sebahagian daripada lapis bulu ganda pelindung lebih berat dan lebih padat daripada leluhur baka Artik-nya.
Sejarah
Apabila pedagang dan peneroka Eropah tiba di Alaska, mereka mencari hiburan tempatan dan beralih kepada perlumbaan dengan pengangkutan tempatan, iaitu anjing kereta luncur salji.[10] Anjing peribumi yang terdapat di serata Alaska terkenal dengan kekuatan dan stamina hebatnya, tetapi kekurangan kepantasan, maka pelbagai persilangan ke luar dengan baka-baka lebih cepat Dunia Lama digunakan untuk menghasilkan anjing pelari lebih pantas, termasuk import Siberia yang mendominasi perlumbaan terancang tempatan di Alaska.[13] Sejak permulaan abad ke-20, pelbagai pembiak baka telah beralih kepada pelbagai persilangan ke luar untuk menghasilkan susur galur anjing lumba berlainan. Kebanyakan susur galur kini mengandungi sesetengah bentuk warisan husky tradisional dalam susur galur masing-masing, dengan malamut Alaska dan husky Siberia sebagai yang paling lazim, sungguhpun husky Sungai Mackenzie, anjing Greenland, dan anjing Samoyed juga telah digunakan.[10][12]


Pada separuh kedua abad ke-20, penggunaan utama anjing kereta luncur salji beranjak daripada utiliti kepada sukan, khususnya perlumbaan anjing kereta luncur salji kompetitif sebagai kerjaya. Untuk memudahkan kelajuan lebih tinggi untuk sukan perlumbaan, pelbagai baka gundog dan anjing pemburu penglihatan kini telah dibiakbakakan ke dalam susur galur husky Alaska, termasuk pointer, grehaun, anjing penuding berbulu pendek Jerman, saluki, borzoi, labrador, dan seter; sesetengah pembiak baka malah telah menggunakan serigala pada berbilang kali.[10][12][11]
Zuriat
Kajian genetik menunjukkan bahawa husky Alaska berasal daripada anjing kampung Artik Amerika Utara prakolonial (termasuk pelopor kepada malamut Alaska) dan import Siberia (pendahulu kepada husky Siberia), yang dibiakbakakan secara bersilang dengan baka Eropah seperti pointer, anjing gembala Jerman, dan saluki untuk meningkatkan prestasinya.[9][8]
Pada tahun 2015, sebuah kajian DNA menunjukkan bahawa husky Alaska, husky Siberia, dan malamut Alaska mengongsi hubungan genetik rapat antara satu sama lain dan berkaitan dengan anjing tarikan Chukotka dari Siberia. Baka-baka ini terpisah daripada dua baka anjing Inuit: anjing Eskimo Kanada dan anjing Greenland. Husky Siberia dan malamut kedua-duanya telah mengekalkan zuriat Siberia masing-masing dan telah menyumbang dengan ketara kepada husky Alaska, yang dikembangkan melalui persilangan dengan baka-baka Eropah.[8]
Baka lain yang dikenal pasti telah menyumbang kepada takungan gen anjing kereta luncur salji husky Alaska termasuk pointer dan sebilangan baka bukan Artik lain mengikut kumpulan baka dan jenis. Variasi genetik pada husky Alaska telah dianalisis berdasarkan pengelompokan dua populasi berlainan dengan dorongan tujuan dalam takungan gen anjing kereta luncur salji Alaska: kumpulan jarak jauh dan kumpulan pecutan:[9]
- Kumpulan jarak jauh menunjukkan sumbangan lebih tinggi daripada kumpulan Artik/Asia, terutamanya husky Siberia dan malamut Alaska, dan kumpulan mastif/terier yang terdiri terutamanya daripada anjing besar Pyrénées dan anjing gembala Anatolia.[9] Kumpulan jarak jauh juga ditunjukkan lebih berbeza secara genetik, antara satu sama lain merentasi populasi berdasarkan kenel dan pada peringkat individu, berbanding dengan kumpulan pecutan.[9]
- Kumpulan pecutan mempamerkan sumbangan lebih tinggi daripada anjing jenis pointer dan saluki dan sumbangan paling rendah daripada husky Siberia dan malamut Alaskan, serta anjing lari pecut ekstrem yang mempamerkan sumbangan tertinggi daripada zuriat husky Alaska yang sudah lama dibiakbakakan.[9]
- Subkumpulan yang terpilih untuk analisis kerana pertindihannya antara jenis jarak jauh dengan jenis pecutan memaparkan sumbangan saluki paling banyak, yang lebih daripada anjing lari pecut esktrem atau anjing jarak jauh ekstrem.[9]
Kesihatan dan kemampuan fizikal

Husky Alaska telah dibiakbakakan secara terpilih khusus untuk prestasi atletiknya.[14][5] Oleh itu, paras kebolehan atletiknya, serta kecekapan anabolisme adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan anjing bela jinak purata, terutamanya dalam prestasi daya ketahanan. Husky Alaska jarak jauh adalah lebih laju daripada kebanyakan haiwan dan semua jenis anjing kereta luncur salji lain apabila berlari dalam jarak 50 batu (80 km) atau lebih, biarpun semasa menarik muatan bersaiz sederhana.[5] Kajian tentang keupayaan metabolisme pada anjing kereta luncur salji husky Alaska pekerja mendedahkan bahawa peralihan sistemnya kepada penggunaan sumber tenaga rendah glukosa (daripada karbohidrat tinggi glikogen) awal-awal semasa tempoh perjalanan panjang dan pergantungannya pada bahan api rendah glukosa ini (seperti yang lebih tinggi dari segi kandungan lemak dan protein) berterusan dan bahkan berlanjutan menjadi lebih jelas selepas bekerja dalam tempoh lama.[14] Selera makan bagus ialah satu trait yang sangat diingini dan ditekankan dalam pilihan pembiakbakaan.[15]

Seperti kebanyakan anjing kereta luncur salji pekerja, husky Alaska mampu menarik beban yang jauh lebih besar daripada berat badan sendiri semasa memakai abah-abah. Pasukan pecut husky Alaska mampu mencapai kelajuan sehingga 28 miles per jam (45 km/j),[16] sementara pasukan khusus jarak jauh telah menamatkan perlumbaan sejauh 938 batu (1,510 km) dalam tempoh hanya 8 hari, 3 jam, 40 minit, dan 13 saat dengan masa termasuk 40 jam rehat mandatori dan rehat rutin lain di sepanjang laluan.[17]
Sebagai anjing kereta luncur salji pekerja bertujuan khusus, husky Alaska dapat tertakluk kepada keadaan kesihatan spesifik iklim atau kerja yang mungkin dialami oleh mana-mana anjing kereta luncur salji, seperti bronkitis berkaitan dengan suhu atau penyakit bronkopulmonari, yang juga dikenali sebagai "asma ski".[18]
Pada tahun 2020, kajian terbesar setakat ini tentang "hematologi anjing dan analit biokimia serum" diterbitkan, yang dalamnya termasuk set data terbesar tentang anjing atlet sihat; anjing rujukan merupakan 4,804 ekor anjing kereta luncur salji yang berlatih untuk Perlumbaan Anjing Tarikan Jejak Iditarod, yang sebahagian besarnya merupakan husky Alaska.[19] Kajian mendapati bahawa paras biokimia antipenuaan dan paras biokimia antiradang pada anjing tersebut meningkat seiring dengan masa dan latihan, lalu meningkatkan kebolehan fizikal dan mental anjing tersebut sehingga purata usia 6.6 tahun. Sungguhpun terdapat perbezaan ketara dari segi jantina, genetik, dan kelompok usia di kawasan lain, perbezaan tersebut tidak ketara secara statistik dan berada di luar skop kajian, yang menjadikan perbezaan tersebut tidak tersimpul secara saintifik walaupun diperhatikan.[19]
Tingkah laku
Tingkah laku dan perangai husky Alaska dapat berbeza-beza dengan banyak kerana kepelbagaian latar belakang genetik dan tujuan pembiakbakaan dalam baka ini. Seperti semua anjing kereta luncur salji, keinginan untuk menarik dan berlari adalah penting dan merupakan keutamaan tinggi dalam keputusan pembiakbakaan. Keterjaminan mental juga adalah penting kerana keperluan untuk anjing tersebut berada dalam jarak dekat dengan anjing lain semasa terikat dalam pasukan, dikendalikan oleh orang untuk penjagaan sesuai dan pengangkutan, dan untuk anjing dalam pasukan perlumbaan berprestasi dalam persekitaran yang termasuk denai yang sesak dengan penonton dan pasukan anjing lain.[15]
Memandangkan anjing dibiakbakakan secara terpilih untuk keupayaannya sebagai anjing kereta luncur salji pekerja tanpa maklum balas fizikal langsung daripada pemandu, kecerdasan dan penyelesaian masalah sangat diingini pada sesuatu spesimen dan kerap merupakan tanda anjing pemimpin berbakat, yang kerap merupakan anjing yang mempunyai pertimbangan tertinggi dalam prospek pembiakbakaan. Anjing dijangka untuk membaca denai dan situasi melalui naluri dan pengalaman dan, oleh itu, kebolehan kognitif unggul kerap dibiakbakakan ke dalam susur galur husky Alaska seiring dengan atribut atletik fizikal.[20]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: هسکي السکا; bahasa Inggeris: Alaskan husky
Rujukan
- ^ Morris, Desmond (1 September 2008). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 9781570764103. OCLC 213449602.
- ^ Collins, Miki; Collins, Julie (18 Februari 2009). Dog Driver: A Guide for the Serious Musher [Pemandu Anjing: Panduan untuk Musher Serius] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577790945. OCLC 232327350.
- ^ Levorsen, Bella (15 Mac 2007). Mush!: A Beginner's Manual of Sled Dog Training [Mush!: Panduan Pemula untuk Pelatihan Anjing Kereta Luncur Salji] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). Mechanicsburg, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Barkleigh Productions. ISBN 9780979067600. OCLC 187305124.
- ^ "Do many Siberian Huskies run the Iditarod? If not, why?" [Adakah banyak husky Siberia berlari dalam Iditarod? Jika tidak, mengapa?] (dalam bahasa Inggeris). Perlumbaan Anjing Tarikan Jejak Iditarod. 12 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2021. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ a b c d "Sled Dogs in the North" [Anjing Kereta Luncur Salji di Utara] (dalam bahasa Inggeris). Yukon Quest. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2021. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ "Alaskan Husky" [Husky Alaska] (dalam bahasa Inggeris). Vetstreet. 27 Jun 2011. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ Nelson, Stuart L. Jr. (5 Mei 2020). "What is a Sled Dog?" [Apakah Anjing Kereta Luncur Salji?] (dalam bahasa Inggeris). Perlumbaan Anjing Tarikan Jejak Iditarod. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2021. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ a b c Brown, Sarah Krystyna; Darwent, Christyann Marie; Wictum, Elizabeth J.; Sacks, Benjamin N. (24 Jun 2015). "Using multiple markers to elucidate the ancient, historical and modern relationships among North American Arctic dog breeds" [Menggunakan berbilang penanda untuk menerangkan hubungan purba, hubungan sejarah, dan hubungan moden dalam kalangan baka anjing Artik Amerika Utara]. Heredity (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 115 (6): 488–495. doi:10.1038/hdy.2015.49. ISSN 1365-2540. PMC 4806895. PMID 26103948. S2CID 20747538.
- ^ a b c d e f g Huson, Heather Jay; Parker, Heidi G.; Runstadler, Jonathan; Ostrander, Elaine Ann (22 Julai 2010). "A genetic dissection of breed composition and performance enhancement in the Alaskan sled dog" [Penelitian genetik bagi komposisi baka dan penambahbaikan prestasi pada anjing kereta luncur salji Alaska]. BMC Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 11 (1): 71. doi:10.1186/1471-2156-11-71. ISSN 2730-6844. PMC 2920855. PMID 20649949. S2CID 6367916.
- ^ a b c d Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 649–650. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ a b c d Bonham, Margaret H. (2001). Northern Breeds [Baka Utara] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN 9780764117336. OCLC 45835524.
- ^ a b c d e Coppinger, Lorna (1977). The World of Sled Dogs: From Siberia to Sport Racing [Dunia Anjing Kereta Luncur Salji: Dari Siberia kepada Perlumbaan Sukan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 212–215. ISBN 9780876056714. OCLC 2843610.
- ^ Thomas, Bob; Thomas, Pam (April 2015). Leonhard Seppala: The Siberian Dog and the Golden Age of Sleddog Racing 1908–1941 [Leonhard Seppala: Anjing Siberia dan Zaman Keemasan Perlumbaan Anjing Kereta Luncur Salji 1908–1941] (dalam bahasa Inggeris). Missoula, Montana, Amerika Syarikat: Pictorial Histories Publishing Company. ISBN 9781575101705. OCLC 931927411.
- ^ a b Miller, Benjamin Francis; Drake, Joshua Chadwick; Peelor, Frederick F. III; Biela, Laurie M.; Geor, Raymond Joseph; Hinchcliff, Kenneth William; Davis, Michael S.; Hamilton, Karyn L. (15 Jun 2015). "Participation in a 1,000-mile race increases the oxidation of carbohydrate in Alaskan sled dogs" [Penyertaan dalam perlumbaan 1,000 batu meningkatkan pengoksidaan karbohidrat pada anjing kereta luncur salji Alaska]. Journal of Applied Physiology (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Fisiologi Amerika. 118 (12): 1502–1509. doi:10.1152/japplphysiol.00588.2014. ISSN 1522-1601. PMID 25150223. S2CID 25538731.
- ^ a b "The Modern Sled Dog" [Anjing Kereta Luncur Salji Moden] (dalam bahasa Inggeris). Yukon Quest. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2013. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ Person, Stephen (2011). Sled Dog: Powerful Miracle [Anjing Kereta Luncur Salji: Mukjizat Berkuasa] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Bearport Publishing. m/s. 4–10. ISBN 9781617721342. OCLC 659760585.
- ^ "Fastest time to complete the Iditarod Trail" [Waktu terpantas untuk menamatkan Jejak Iditarod] (dalam bahasa Inggeris). Rekod Dunia Guinness. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ Davis, Michael S.; McKiernan, Brendan C.; McCullough, Sheila M.; Nelson, Stuart L. Jr.; Mandsager, Ronald E.; Willard, Michael D.; Dorsey, Karen E. (11 Jun 2002). "Racing Alaskan Sled Dogs as a Model of "Ski Asthma"" [Anjing Kereta Luncur Salji Perlumbaan Alaska sebagai Model "Asma Ski"]. American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine (dalam bahasa Inggeris). American Thoracic Society. 166 (6): 878–882. doi:10.1164/rccm.200112-142BC. ISSN 1535-4970. PMID 12231501. S2CID 34948487.
- ^ a b Connolly, Sara L.; Nelson, Stuart L. Jr.; Jones, Tabitha; Kahn, Julia; Constable, Peter D. (20 Ogos 2020). Raverty, Stephen A. (penyunting). "The effect of age and sex on selected hematologic and serum biochemical analytes in 4,804 elite endurance-trained sled dogs participating in the Iditarod Trail Sled Dog Race pre-race examination program" [Kesan usia dan jantina terhadap analit hematologi dan analit biokimia serum terpilih pada 4,804 ekor anjing kereta luncur salji elit terlatih daya ketahanan yang menyertai program pemeriksaan praperlumbaan Perlumbaan Anjing Kereta Luncur Salji Denai Iditarod]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 15 (8): e0237706. Bibcode:2020PLoSO..1537706C. doi:10.1371/journal.pone.0237706. ISSN 1932-6203. PMC 7444536. PMID 32817656. S2CID 221220223.
- ^ Lee, Jane J. (31 Januari 2015). "What Makes a Great Sled Dog? Breed, Ambition, Tough Feet" [Apakah yang Menjadikan Anjing Kereta Luncur Salji Hebat? Baka, Cita-cita, Kaki Kukuh] (dalam bahasa Inggeris). National Geographic. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2021. Dicapai pada 3 Mei 2025.