| Nama lain | Cavoodle | ||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Australia | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||
Cavapoo (Amerika Syarikat dan United Kingdom) atau cavoodle (Australia)[a] ialah satu baka silang antara cavalier King Charles spaniel dengan pudel.
Sejarah
Cavapoo ialah salah satu daripada banyak baka silang pudel yang muncul semasa kegilaan "anjing pereka" pada lewat abad ke-20. Hibrid tertentu ini berasal dari Australia dan mendapat perhatian lebih besar di sana selepas beberapa orang Australia terkenal mengadopsi cavapoo, termasuk Perdana Menteri pada masa itu Julia Gillard[1] dan personaliti televisyen Tiffany Scanlon. Pembiak baka berharap agar dapat menggabungkan kecerdasan dan lapis bulu hipoalergenik pada pudel dengan pembawaan ramah dan saiz kecil pada cavalier King Charles spaniel.
Penampilan dan perangai
Seperti hibrid pudel lain, cavapoo tidak diiktiraf sebagai baka oleh American Kennel Club, atau pertubuhan serupa lain, dan, oleh itu, tiada piawaian baka terasas untuknya. Pudel mungkin terdapat dengan pelbagai saiz dan warna dan cavalier King Charles spaniel pula tidak mengongsi ciri hipoalergenik pudel. Maka, cavapoo individu mungkin menunjukkan variasi besar merentasi trait-trait ini.
Kebimbangan kesihatan
Cavapoo pada umumnya ialah anjing sihat, walaupun mungkin lebih cenderung untuk mengalami sesetengah isu kesihatan sama yang lazim bagi baka-baka induknya. Ini termasuk kembung (pudel)[2] dan penyakit injap mitral (cavalier King Charles spaniel),[3] serta displasia pinggul dan keadaan mata tertentu (kedua-duanya).
Sebuah kajian tahun 2025 tentang epidemiologi diarea akut pada anjing dalam jagaan veterinar primer menyertakan statistik tentang jenis/baka yang paling mungkin menderitai diarea dan meletakkan cavapoo di atas senarai sebagai yang paling berkemungkinan menderitai masalah kesihatan ini.[4][5] Royal Veterinary College di Universiti London juga telah melaporkan bahawa cavapoo, seperti hibrid pudel lain, lebih cenderung terhadap infestasi sengkenit kerana "lapis bulu keriting jenis pudel".[6]
Catatan
Rujukan
- ^ Wright, Jessica (25 Januari 2012). "Meet Reuben, the newest man in Julia Gillard's life (and one she has trouble keeping hold of)" [Kenali Reuben, lelaki terbaharu dalam kehidupan Julia Gillard (dan yang bermasalah untuk Gillard berpegang padanya)] (dalam bahasa Inggeris). The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 2 Oktober 2025.
- ^ "Poodle (Standard)" [Pudel (Piawai)] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 2 Oktober 2025.
- ^ "Cavalier King Charles Spaniel" [Cavalier King Charles Spaniel] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 2 Oktober 2025.
- ^ O'Neill, Dan Gerard; Prisk, Lauren J.; Brodbelt, David C.; Church, David B.; Allerton, Fergus (11 Jun 2025). Suchodolski, Jan S. (penyunting). "Epidemiology and clinical management of acute diarrhoea in dogs under primary veterinary care in the UK" [Epidemiologi dan pengurusan klinikal diarea akut pada anjing dalam jagaan veterinar primer di United Kingdom]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 20 (6). Bibcode:2025PLoSO..2024203O. doi:10.1371/journal.pone.0324203. ISSN 1932-6203. PMC 12156985 Check
|pmc=value (bantuan). PMID 40498704 Check|pmid=value (bantuan). S2CID 279306891 Check|s2cid=value (bantuan). Unknown parameter|article-number=ignored (bantuan) - ^ O'Connell, Elizabeth (11 Jun 2025). "If You're Squeamish—Avoid These Dog Breeds" [Jika Anda Lemah Semangat—Hindari Baka Anjing Ini] (dalam bahasa Inggeris). Newsweek. Dicapai pada 2 Oktober 2025.
- ^ "Cavapoo and Cockapoo designer dog breeds at high risk of tick infestation, study finds" [Cavapoo dan cokcapoo baka anjing pereka berisiko tinggi untuk infestasi sengkenit, kajian dapati] (dalam bahasa Inggeris). Royal Veterinary College. 30 April 2024. Dicapai pada 2 Oktober 2025.








