Nama lain | Pomerania Pomeranian Spits kerdil[a] Spits kerdil Jerman Spits mainan[b] Spits mainan Jerman | ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Pom Pom Dog Pom-Pom Zwers | ||||||||||||
Negara asal | Jerman dan Poland | ||||||||||||
| |||||||||||||
| |||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Pomerania, pomerania, atau pomeranian[c] ialah satu baka anjing daripada jenis spits yang dinamai sempena rantau Pomerania di Poland barat laut dan di Jerman timur laut di Eropah Tengah. Sebagai baka yang dikelaskan sebagai baka anjing mainan oleh sebab saiz kecilnya, anjing Pomerania diturunkan daripada anjing jenis spits lebih besar, khususnya spits Jerman.
Baka ini telah dipopularkan oleh sebilangan pemilik diraja sejak abad ke-18. Ratu Victoria memiliki seekor anjing Pomerania yang khususnya kecil dan hasilnya, keragaman lebih kecil menjadi popular secara keseluruhan. Hanya semasa hayat Ratu Victoria, saiz baka ini menurun sebanyak 50%. Setakat tahun 2017, dalam sebutan angka pendaftaran, sekurang-kurangnya sejak tahun 1998, baka ini telah ditempatkan sesama lima puluh baka paling popular di Amerika Syarikat, dan fesyen semasa untuk anjing kecil telah meningkatkan kepopularannya di seluruh dunia.
Penampilan
Anjing Pomerania ialah anjing kecil yang berukuran seberat 1.36–3.17 kg (3.0–7.0 lb) dan berdiri setinggi 8–14 in (20–36 cm) pada paras kelasa.[1] Ia merupakan anjing padat namun tegap dengan lapis bulu bertekstur lebar dengan ekor amat berjumbai yang terletak tinggi-tinggi dan merata.[2] Lapis bulu atasnya membentuk lingkaran bulu di sekeliling leher, yang kerananya baka ini cukup terkenal, dan di ia juga mempunyai jumbai bulu pada sukuan belakang.[3]
Contoh-contoh terawal bagi baka ini berwarna putih atau kadang-kadang perang atau hitam. Ratu Victoria mengadopsi seekor anjing Pomerania merah kecil pada tahun 1888, yang menyebabkan warna itu menjadi trend fesyen menjelang penghujung abad ke-19.[4] Pada zaman moden, anjing Pomerania terdapat dengan pelbagai warna bagi mana-mana baka anjing, termasuk putih, hitam, perang, merah, jingga, krim, biru, sabel, hitam dan sawo matang, perang dan sawo matang, berbintik, brindle, berwarna-warni, dan merle biru, serta gabungan warna-warna itu.[5] Warna paling umum merupakang jingga, hitam, dan krim/putih.[2]
-
Anjing Pomerania berwarna krim
-
Anjing Pomerania sabel jingga
-
Anjing Pomerania triwarna
-
Anjing Pomerania sabel merah
-
Anjing Pomerania hitam
-
Anjing Pomerania putih
-
Anjing Pomerania hitam dan sawo matang
-
Anjing Pomerania coklat
Tingkah laku
Anjing Pomerania berwaspada dan menyedari perubahan di persekitarannya dan salakan terhadap rangsangan baharu dapat berkembang menjadi tabiat salakan secara berlebihan dalam sebarang situasi. Ia agak kuat mempertahankan wilayah, lantas mungkin menyalak apabila mendengar bunyi luaran.[6]
Kesihatan
Sebuah kajian United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 12.2 tahun untuk anjing Pomerania.[7] Sebuah kajian Jepun tentang data perkuburan haiwan peliharaan pula mendapati jangka hayat sebanyak 14 tahun, yang kurang daripada purata 15.3 tahun untuk baka silang yang lebih ringan daripada 10 kg (22 lb).[8]
Anjing Pomerania merupakan salah satu baka dengan purata saiz perinduk terkecil, dengan pelbagai sumber yang memberikan bilangan antara 1.9 dengan 2.7 anak anjing ekor setiap perinduk.[9]
Keadaan dermatologi
Anjing Pomerania cenderung dengan ketara terhadap alopesia X sehingga membentuk 79.3% daripada beban kes klinik rujukan di Jepun dan 26.5% daripada beban kes alopesia endokrin di Amerika Syarikat.[10]
Keadaan rangka
Sebuah kajian di England mendapati bahawa prevalens kehelan tempurung lutut ialah 6.5% pada anjing Pomerania, prevalens tertinggi antara semua baka dalam kajian itu.[11] Sebuah kajian Amerika Syarikat mendapati nisbah kemungkinan sebanyak 18.6 berbanding dengan baka silang. Sebuah lagi kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa anjing Pomerania merangkumi 9.3% daripada beban kes. Di Thailand, prevalensnya didapati setinggi 75% dalam sebuah kajian dan terdapat 28.9% beban kes dalam sebuah lagi kajian.[10]
Keadaan gastrousus
Sebuah kajian di Amerika Syarikat mendapati prevalens sebanyak 0.29% untuk pirau portosistemik kongenital dengan nisbah kemungkinan sebanyak 5.6 berbanding dengan anjing baka kacuk.[12]
Sebuah kajian Jepun mendapati bahawa anjing Pomerania cenderung dengan ketara terhadap mukosele pundi hempedu dengan nisbah kemungkinan sebanyak 7.74 berbanding dengan populasi kes rujukan keseluruhan.[13]
Keadaan neurologi
Dalam kajian-kajian kes bagi subkehelan atlantoaksis, anjing Pomerania didapati merangkumi 10.6% daripada jumlah kes di Jepun, 46.7% di United Kingdom, dan 10.5% dan 6.5% di Amerika Syarikat.[10]
Keadaan lain
Anjing berwarna merle mungkin mengalami kepekakan ringan hingga teruk, kebutaan, peningkatan tekanan intraokular, ametropia, mikroftalmia, dan koloboma. Anjing merle yang dilahirkan daripada induk-induk yang kedua-duanya juga anjing merle mungkin sebagai tambahan mempunyai keabnormalan sistem rangka, sistem jantung, dan sistem pembiakan.[14]
Dalam kajian-kajian kes tentang klinik-klinik rujukan bagi keruntuhan tenggorokan, anjing Pomerania merangkumi 6%, 13.5%, dan 16.7% daripada tiga beban kes rujukan di Amerika Syarikat dan 11.9% daripada beban kes rujukan di Korea Selatan. Dalam sebuah kajian Australia tentang populasi kes rujukan, anjing Pomerania mempunyai prevalens 9.3%.[10]
Satu lagi kecelaruan lazim pada anjing Pomerania jantan ialah kriptorkidisme.[15] Ini adalah apabila salah satu atau kedua-dua buah zakar tidak turun ke dalam skrotum.[15] Ini dirawat melalui pembedahan pembuangan buah zakar tertahan.[15]
Di China, 54.6% daripada jumlah anjing Pomerania yang menghadiri klinik veterinar adalah obes.[10]
Sejarah
Asal usul
Anjing Pomerania dianggap sebagai keturunan spits Jerman.[16] Baka ini disangkakan telah memperoleh namanya sempena kawasan yang dikenali sebagai Pomerania yang terletak di Poland utara dan di Jerman utara di sepanjang Laut Baltik. Walaupun bukan asal usul baka, kawasan ini disebut sebagai lokasi pembiakbakaan yang membawa kepada jenis asli anjing Pomerania. Pendokumenan yang betul kurang sehingga pengenalan baka ini ke United Kingdom.[16]
Rujukan tercatat moden awal kepada baka anjing Pomerania adalah dari 2 November 1764, dalam masukan diari dalam Boswell on the Grand Tour: Germany and Switzerland karya Boswell James. "Lelaki Perancis itu mempunyai seekor anjing Pomerania bernama Pomer yang sangat digemari olehnya."[17] Anak-anak kepada seekor anjing Pomerania dan seekor serigala yang dibiakbakakan oleh seorang saudagar haiwan dari London dibincangkan dalam A Tour in Scotland karya Thomas Pennant dari tahun 1769.[18]
Dua orang ahli Keluarga Diraja British mempengaruhi evolusi baka ini. Pada tahun 1767, Ratu Charlotte, raja permaisuri kepada Raja George III dari Great Britain, membawa dua ekor anjing Pomerania ke England.
Dengan nama Phoebe dan Mercury, anjing-anjing itu digambarkan dalam lukisan oleh Sir Thomas Gainsborough. Lukisan-lukisan ini menggambarkan seekor anjing yang lebih besar daripada baka moden, menurut laporan mempunyai berat sebanyak 30–50 lb (14–23 kg), namun menunjukkan trait-trait moden seperti lapis bulu lebat, telinga, dan ekor melingkar ke atas belakang.[16]
Ratu Victoria, cucunda kepada Ratu Charlotte, juga seorang penggemar dan menubuhkan sebuah kenel pembiakbakaan besar. Salah seekor anjing kegemaran baginda ialah anjing Pomerania sabel merah agak kecil yang mungkin dinamai "Windsor's Marco" dan dilaporkan hanya berukuran seberat 12 lb (5.4 kg). Semasa baginda pertama kali mempamerkan Marco pada tahun 1891, ini menyebabkan anjing Pomerania jenis lebih kecil menjadi popular serta-merta dan para pembiak baka mula memilih spesimen-spesimen lebih kecil sahaja untuk dibiakbakakan. Semasa hayat baginda, saiz baka anjing Pomerania dilaporkan telah menurun sebanyak 50%.[16] Ratu Victoria berusaha untuk memperbaik dan mempromosikan baka anjing Pomerania dengan mengimport anjing Pomerania lebih kecil[perlu rujukan] dengan warna berlainan dari pelbagai negara Eropah untuk ditambahkan ke dalam program pembiakbakaan baginda.[perlu rujukan] Pemilik diraja semasa tempoh ini juga termasuk Joséphine de Beauharnais, isteri kepada Napoleon I dari Perancis, dan Raja George IV dari United Kingdom.[perlu rujukan]
Kelab baka pertama didirikan di England pada tahun 1891 dan piawaian baka pertama ditulis tidak lama selepas itu.[19] Ahli pertama baka ini didaftarkan di Amerika Syarikat kepada American Kennel Club pada tahun 1898 dan ia telah diiktiraf pada tahun 1900.[16]
Pada tahun 1912, dua ekor anjing Pomerania merupakan antara hanya tiga anjing yang terselamat daripada kekaraman RMS Titanic. Seekor anjing Pomerania yang dipanggil "Lady", yang dimiliki oleh Margaret Bechstein Hays, melepaskan diri bersama pemiliknya di dalam bot penyelamat nombor tujuh, manakala Elizabeth Barrett Rothschild membawa anjing peliharaannya untuk mendapatkan keselamatan bersamanya di dalam bot penyelamat nombor enam.[20]
Glen Rose Flashaway memenangi Kumpulan Mainan dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pada tahun 1926 sebagai anjing Pomerania pertama yang memenangi kumpulan dalam acara Westminster.[16] Masa berlalu sehingga tahun 1988 untuk anjing Pomerania, "Great Elms Prince Charming II", memenangi hadiah Best in Show daripada Westminster Kennel Club.[21]
Dalam piawaian yang diterbitkan pada tahun 1998, anjing Pomerania disertakan dalam piawaian spits Jerman, bersama-sama dengan anjing Kees, oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[22][23]
Kepopularan
Anjing Pomerania telah menjadi antara baka anjing lebih popular di Amerika Syarikat, tersenarai dengan tekal dalam senarai 20 teratas bagi baka anjing American Kennel Club berdaftar sejak sekurang-kurangnya tahun 1998, apabila ia berada di kedudukan #10; baka ini berada di kedudukan #17 dalam ranking tahun 2011, setelah jatuh sebanyak dua tempat dari kedudukan pada tahun sebelumnya.[24] Pada tahun 2012 dan tahun 2013, ia kekal dalam senarai dua puluh teratas dan berada di kedudukan #19.[25] Pada tahun 2015, baka ini jatuh ke kedudukan #21, kemudian jatuh lagi ke kedududkan #22 pada tahun 2016 dan tahun 2017 masing-masing.[26]
Ia tidak tersenarai dalam 20 baka teratas di United Kingdom pada tahun 2007 atau tahun 2008.[27] Di Australia, kepopularannya telah merosot sejak tahun 1986, dengan puncak 1,128 ekor anjing Pomerania yang berdaftar dengan Australian National Kennel Council pada tahun 1987; hanya 577 ekor anjing yang didaftarkan pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, ini merupakan peningkatan dari tahun 2004, apabila hanya 491 ekor anjing didaftarkan.[perlu rujukan]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: سڤيتس کرديل ; Jerman: Zwergspitz ; bahasa Inggeris: dwarf spitz
- ^ Jawi: سڤيتس ماءينن ; bahasa Inggeris: toy spitz
- ^ Jawi: انجيڠ ڤوميرانيا; ڤوميرانيا; ڤومرينيئن ; Jerman: Pommeraner ; bahasa Inggeris: Pomeranian dog; pomeranian
Rujukan
- ^ Cunliffe, Juliette (2002). The Encyclopedia of Dog Breeds [Ensiklopedia Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon. m/s. 262. ISBN 9780752580180. OCLC 59182873.
- ^ a b Hale, Rachael (April 2008). Dogs: 101 of the World's Most Adorable Breeds [Anjing: 101 Baka Paling Comel di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Kansas City, Missouri, Amerika Syarikat: Andrews McMeel Publishing. m/s. 197. ISBN 9780740773426. OCLC 243960462.
- ^ "Pomeranian History" [Sejarah Anjing Pomerania] (dalam bahasa Inggeris). Premier Pomeranians. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ "What is a Pomeranian" [Apakah pomeranian]. Web Answers (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ Coile, D. Caroline (30 April 2007). Pomeranians for Dummies (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 29. ISBN 9780470106020. OCLC 82671796.
- ^ "A Pup For Christmas" [Anak Anjing untuk Krismas]. The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). 25 November 1974. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Inoue, Mai; Kwan, Nigel C. L.; Sugiura, Katsuaki (24 Mei 2018). "Estimating the life expectancy of companion dogs in Japan using pet cemetery data" [Menganggarkan jangka hayat anjing teman di Jepun dengan menggunakan data perkuburan haiwan peliharaan]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 80 (7): 1153–1158. doi:10.1292/jvms.17-0384. ISSN 1347-7439. PMC 6068313. PMID 29798968. S2CID 44157193.
- ^ Borge, Kaja Sverdrup; Tønnessen, Ragnhild; Nødtvedt, Ane; Indrebø, Astrid (31 Disember 2010). "Litter size at birth in purebred dogs—A retrospective study of 224 breeds" [Saiz perinduk semasa kelahiran pada anjing baka tulen—Kajian retrospektif tentang 224 baka]. Theriogenology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 75 (5): 911–919. doi:10.1016/j.theriogenology.2010.10.034. ISSN 1879-3231. PMID 21196028. S2CID 2880229.
Pomeranian and Toy Poodle had the smallest mean litter size in our study [2.4], which is in line with the results of previous studies [7–9,15]. A mean litter size of 2.0 puppies in Pomeranian was reported in the Australian study (n 2) [15]. In studies including only registered puppies, Lyngset et al [7], Tedor [8] and Bergström et al [9] found a mean litter size of 2.04 (n 108), 2.71 (n 33,648) and 1.9 (n 954) puppies in Pomeranian, respectively.
- ^ a b c d e Gough, Alex; Thomas, Alison; O'Neill, Dan Gerard (23 April 2018). Breed Predispositions to Disease in Dogs & Cats [Predisposisi Baka terhadap Penyakit pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 155–156. ISBN 9781119225546. OCLC 1004480983.
- ^ O'Neill, Dan Gerard; Meeson, Richard L.; Sheridan, Adam; Church, David B.; Brodbelt, David C. (8 Jun 2016). "The epidemiology of patellar luxation in dogs attending primary-care veterinary practices in England" [Epidemiologi kehelan tempurung lutut pada anjing yang menghadiri amalan veterinar penjagaan primer di England]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 3 (1): 4. doi:10.1186/s40575-016-0034-0. ISSN 2662-9380. PMC 4898461. PMID 27280025. S2CID 6711157.
- ^ Tobias, Karen M.; Rohrbach, Barton W. (1 Disember 2003). "Association of breed with the diagnosis of congenital portosystemic shunts in dogs: 2,400 cases (1980–2002)" [Perkaitan baka dengan diagnosis pirau portosistemik kongenital pada anjing: 2,400 kes (1980–2002)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 223 (11): 1636–1639. doi:10.2460/javma.2003.223.1636. ISSN 1943-569X. PMID 14664452. S2CID 22148199.
- ^ Kutsunai, M.; Kanemoto, H.; Fukushima, K.; Fujino, Y.; Ohno, K.; Tsujimoto, H. (26 Oktober 2013). "The association between gall bladder mucoceles and hyperlipidaemia in dogs: A retrospective case control study" [Perkaitan antara mukosele pundi hempedu dengan hiperlipidemia pada anjing: Kajian kes kawalan retrospektif]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 199 (1): 76–79. doi:10.1016/j.tvjl.2013.10.019. ISSN 1532-2971. PMID 24268484. S2CID 43331898.
- ^ "Merle Gene" [Gen Merle] (PDF). GenMark (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 12 Mei 2008. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ a b c Ward, Ernest (2009). "Cryptorchidism in Dogs" [Kriptorkidisme pada Anjing]. Shores Animal Clinic (dalam bahasa Inggeris). Lifelearn. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2020. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ a b c d e f Vanderlip, Sharon Lynn (1 Mac 2007). The Pomeranian Handbook [Buku Panduan Anjing Pomerania] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 2–8. ISBN 9780764135453. OCLC 70877986.
- ^ Boswell, James (1953). Pottle, Frederick Albert (penyunting). Boswell on the Grand Tour: Germany and Switzerland, 1764 [Boswell dalam Perjalanan Penting: Jerman dan Switzerland, 1764] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: McGraw-Hill Book Company. m/s. 165. OCLC 868987.
- ^ Pennant, Thomas (1776). A Tour in Scotland, 1769 [Perjalanan di Scotland, 1769] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). London, United Kingdom: Benjamin White. m/s. 159. OCLC 1687885.
- ^ "Annual Dog Work Is In 37th Year". Sarasota Herald-Tribune (dalam bahasa Inggeris). 20 September 1964. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ "Lost and Fond: Fate of the Pets Who Sailed on the Titanic" [Lost and Fond: Nasib Haiwan Peliharaan yang Berlayar di Atas Titanic] (dalam bahasa Inggeris). Caittom Publishing. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2012. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ "Best in Show Winners" [Pemenang Best in Show] (dalam bahasa Inggeris). Westminster Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2007. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ "FCI-Standard Nr. 97 DEUTSCHE SPITZE" [Piawaian FCI No. 97 Spits Jerman] (PDF) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 7 Januari 2024. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ "FCI-Standard N° 97 DEUTSCHE SPITZE (German Spitz)" [Piawaian FCI No. 97 Spits Jerman] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris; Dulling, Gabriele. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 21 April 2024. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ "AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ "AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ "AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2019. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ "Top Twenty Breeds in Registration Order for the Years 2007 and 2008" [Dua Puluh Baka Teratas dalam Susunan Pendaftaran untuk Tahun 2007 dan Tahun 2008] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Oktober 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
Bacaan lanjut
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing Pomerania |
- Grant, Lexiann (1 September 2006). Hunthausen, Wayne (penyunting). The Pomeranian [Anjing Pomerania] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780793836468. OCLC 69734516.
- Tietjen, Sari Brewster (1987). The New Pomeranian [Anjing Pomerania Baharu] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876052518. OCLC 16579458.