Nama lain |
| ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal |
| ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Bichon frisé, bichon keriting, atau bichon berbulu keriting[a] ialah satu baka anjing mainan kecil Perancis-Belgium daripada jenis bichon. Ia diiktiraf oleh Société Centrale Canine pada tahun 1933 dan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1959.
Etimologi
Perkataan bahasa Perancis bichon berasal daripada bichon bahasa Perancis Tengah ("anjing kecil"), diminutif bagi biche bahasa Perancis Kuno ("anjing betina", seasal dengan bitch bahasa Inggeris), daripada bicce bahasa Inggeris Kuno, dan berkaitan dengan perkataan lain bahasa-bahasa Jermanik dengan maksud sama, termasuk bikkja bahasa Norse Kuno, dan Betze bahasa Jerman.[1][2] Sesetengah pihak berspekulasi bahawa asal usul bichon ialah hasil daripada aferesis, atau penyingkatan, bagi perkataan barbichon ("pudel kecil"), terbitan daripada barbiche ("anjing kasar dan berjumbai"); walau bagaimanapun, ini bermungkinan mustahil, kerana perkataan bichon (ternyata pada tahun 1588) adalah lebih tua daripada barbichon (ternyata pada tahun 1694).[3][4] Nama untuk baka ini, bichon frisé, diterbitkan daripada bichon à poil frisé bahasa Perancis yang memaksudkan "anjing kecil berbulu keriting".[5]
Sejarah
Anjing-anjing itu menemukan kejayaan awal di Sepanyol dan pelaut Sepanyol pada umumnya dipercayai memperkenalkan baka awal ke Tenerife di Kepulauan Canaria. Perkaitannya dengan kebangsawanan Eropah bermula pada abad ke-13 dengan kemasukan ke pekarangan istana diraja Sepanyol, Itali, dan Perancis.[7] Pada abad ke-14, pelayar Itali menemukan anjing-anjing itu semula dalam pelayaran mereka dan dikreditkan kerana pemulangannya ke Eropah benua.[8]
Bichon à poil frisé diiktiraf oleh Société Centrale Canine pada tahun 1933.[9] Ia diiktiraf secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada Oktober 1959.[10]
Sesetengah anjing ini dibawa ke Amerika Syarikat pada tahun 1955[11] dan ke United Kingdom pada tahun 1973.[12]
Penampilan
Bichon frisé ialah anjing kecil yang berdiri setinggi 23–30 cm (9–12 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat hampir-hampir 5 kg (11 lb), beratnya berbeza-beza secara berperkadaran dengan ketinggian. Tengkoraknya agak rata, tetapi mungkin kelihatan membulat; muncungnya menirus hanya sedikit dan ukurannya dua perlima panjang kepala. Hidungnya hitam dan matanya gelap dan bulat.[13][14]
Lapis bulunya mempunyai keriting halus dalam bentuk pilin atau skru gabus dengan lapis bulu bawah lembut tebal. Lapis bulunya sentiasa putih metah; hanya pada anjing yang berusia kurang daripada setahun mungkin lapis bulunya mempunyai sedikit sentuhan kuning air yang mencakupi tidak lebih daripada 10% luas tubuh. Kepala dan tungkai berperkadaran dari segi saiz dengan tubuh.[13][14]
Kesihatan
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.5 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[15]
Sebuah kajian Amerika yang meneliti anemia hemolisis berantarakan imun mendapati predisposisi terhadap keadaan ini pada bichon frisé, dengan 9% daripada jumlah kes yang berpunca daripada baka ini walaupun membentuk 2% daripada populasi kawalan.[16]
Sebuah kajian di United Kingdom mendapati bahawa bichon frisé adalah cenderung terhadap penyakit pundi hempedu (tidak termasuk mukosele pundi hempedu). Bichon frisé didapati 9.26 kali lebih berkemungkinan menghidap penyakit pundi hempedu bukan mukosele berbanding dengan anjing lain.[17]
-
Gaya potongan bulu anjing peliharaan
-
Gaya potongan bulu anjing pertunjukan
-
Pada usia enam belas tahun
Catatan
- ^ Jawi: بيشون فريزي, بيشون کريتيڠ, بيشون بربولو کريتيڠ , Sebutan bahasa Melayu: [biʃɔn frize]; Perancis: bichon à poil frisé; bichon frisé , Sebutan bahasa Perancis: [biʃɔ̃ fʁize]; /ˈbiːʃɒn frɪˈzeɪ/, /ˈbiːʃɒn ˈfriːz/
Rujukan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bichon frisé |
- ^ Auguste Scheler, Dictionnaire d'étymologie française d'après les résultats de la science moderne (dalam bahasa Perancis), "bichon".
- ^ Donkin, Diez, An etymological dictionary of the Romance languages (dalam bahasa Inggeris), "biche".
- ^ Centre National de Ressources Textuelles et Lexicales, "bichon" (dalam bahasa Perancis).
- ^ "French etymology of barbiche" [Etimologi barbiche dalam bahasa Perancis] (dalam bahasa Inggeris). myEtymology.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2011. Dicapai pada 8 Februari 2024.CS1 maint: unfit URL (link)
- ^ "Bichon Frise Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Bichon Frisé]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ "María Cayetana de Silva, 13th Duchess of Alba" [María Cayetana de Silva, Duchess Alba ke-13], Art Hive (dalam bahasa Inggeris), 2 Disember 2020, dicapai pada 8 Februari 2024
- ^ "Bichon Frise History: Time's Sociable Survivor" [Sejarah Bichon Frisé: Pemandiri Ramah Masa]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 14 Jun 2021. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ "History of the Bichon Frise" [Sejarah Bichon Frisé]. bichon.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2021. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ "Bichon Frise Page" [Halaman Bichon Frisé] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2012. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: BICHON A POIL FRISE (215)" [Tatanama baka FCI: BICHON BERBULU KERITING (215)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 20 April 2024.
- ^ "Get to Know the Bichon Frise" (dalam bahasa Inggeris), American Kennel Club, dicapai pada 8 Februari 2024
- ^ James, Elizabeth (2013). Bichon Frisé: Understanding and Caring for Your Breed [Bichon Frisé: Memahami dan Menjaga Baka Anda] (dalam bahasa Inggeris). Chepstow, United Kingdom: Pet Book Publishing. m/s. 22. ISBN 9781906305741. OCLC 907065732.
- ^ a b "Standard FCI N° 215 BICHON A POIL FRISE" [Piawaian FCI No. 215 Bichon Berbulu Keriting] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Disemak dan dikemaskinikan oleh Claude Guintard. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 2 September 2016. Dicapai pada 8 Februari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ a b "FCI-Standard N° 215 BICHON FRISE" [Piawaian FCI No. 215 Bichon Frisé] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Nicholson, Ian. Disemak dan dikemaskinikan oleh Claude Guintard. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 2 September 2016. Dicapai pada 8 Februari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Miller, Sybille A.; Hohenhaus, Ann E.; Hale, Anne S. (15 Januari 2004). "Case-control study of blood type, breed, sex, and bacteremia in dogs with immune-mediated hemolytic anemia" [Kajian kes kawalan tentang jenis darah, baka, jantina, dan bakteremia pada anjing dengan anemia hemolisis berantarakan imun]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 224 (2): 232–235. doi:10.2460/javma.2004.224.232. ISSN 1943-569X. PMID 14736067. S2CID 8736757.
- ^ Bandara, Yuvani; Bayton, W. A.; Williams, T. L.; Scase, T.; Bexfield, Nicholas H. (21 Jun 2021). "Histopathological frequency of canine hepatobiliary disease in the United Kingdom" [Kekerapan histopatologi penyakit hati hempedu anjing di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 62 (9): 730–736. doi:10.1111/jsap.13354. ISSN 1748-5827. PMID 34155648. S2CID 235595314 Check
|s2cid=
value (bantuan).