Seekor puggle dewasa | |||||||||||||
| |||||||||||||
| |||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||
Puggle[a] ialah satu baka silang anjing daripada pug dan beagle. Baka ini berasal pada tahun 1990-an dari Amerika Syarikat.[1][2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]
Puggle berasal daripada pengawanan tidak sengaja. Silangan terancang pertama antara pug dengan beagle berlaku di Oklahoma pada tahun 1990-an.[2] Kata lakur "puggle" mula muncul pada tahun 2002.[3] Puggle kemudian menjadi baka silang anjing pereka popular di Amerika Syarikat; di sana, ia telah menarik sebilangan pemilik selebriti. Puggle dinamakan "Anjing Terhangat 2005" dan, pada tahun 2006, jualan puggle menyumbangkan lebih daripada 50% daripada semua jualan anjing baka silang di negara itu.[2][4][5]
Ciri
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Puggle, sebagai "anjing pereka", kerap dapat berbeza-beza dari segi penampilan, tetapi biasanya mempunyai dahi berkedut, topeng hitam, dan ekor melingkar pug.[2][5]
Tingkah laku
[sunting | sunting sumber]Puggle kurang berkemungkinan mewarisi tenaga, dorongan penghiduan, dan lolongan beagle, tetapi oleh sebab sifat tidak boleh ramal bagi penyilangan dua baka terasas, puggle mungkin masih mewarisi tingkah laku pada mana-mana baka induk dan isu kesihatan yang ada pada mana-mana baka induk.[2][6]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Puggle biasanya mempunyai muncung lebih panjang berbanding dengan pug yang mengurangkan masalah pernafasan dan isu kesihatan lain.[2] Isu lazim pada puggle termasuk penyakit mata, tempurung lutut terkehel, displasia pinggul, dan penyakit Legg–Calvé–Perthes.[2] Kelenjar membran kelap terprolaps juga lazim pada puggle walaupun tidak prevalen sama ada pada pug atau beagle.[7]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Puggle |
- ^ "puggle". Lexico (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2020. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ a b c d e f g Bennett Woolf, Norma (1 November 2006). Hot Dogs: Fourteen of the Top Designer Dogs [Hot Dogs: Empat Belas Anjing Pereka Teratas] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 98–101. ISBN 9780764135125. OCLC 74670981.
- ^ "puggle". Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ Mooallem, Jon (4 Februari 2007). "The Modern Kennel Conundrum" [Teka-teki Kenel Moden] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ a b Fogle, Bruce (15 Julai 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. berilustrasi). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 297. ISBN 9781465408440. OCLC 812257274.
- ^ Flaim, Denise (1 November 2007). "Designer dogs: The huggable, trouble-full, dumpable puggle" [Designer dogs: The huggable, trouble-full, dumpable puggle] (dalam bahasa Inggeris). The Seattle Times. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ O'Neill, Dan Gerard; Yin, Yahui; Tetas Pont, Roser; Brodbelt, David C.; Church, David B.; Pegram, Camilla; Mustikka, Minna Pauliina (26 Januari 2022). Soto Blanco, Benito (penyunting). "Breed and conformational predispositions for prolapsed nictitating membrane gland (PNMG) in dogs in the UK: A VetCompass study" [Baka dan predisposisi pengakuran untuk kelenjar membran kelip terprolaps pada anjing di United Kingdom: Kajian VetCompass]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 17 (1). Bibcode:2022PLoSO..1760538O. doi:10.1371/journal.pone.0260538. hdl:10138/347328. ISSN 1932-6203. PMC 8791520 Check
|pmc=value (bantuan). PMID 35081121 Check|pmid=value (bantuan). S2CID 246295264 Check|s2cid=value (bantuan). Unknown parameter|article-number=ignored (bantuan)








