Sepanyol mempunyai 17 wilayah yang dikenali sebagai komuniti berautonomi. 17 komuniti ini pula dibahagikan kepada 50 provinsi. Komuniti-komuniti berautonomi ini mempunyai autonomi terhadap perundangan dan eksekutif yang luas. Setiap komuniti mempunyai majlis perundangan dan kerajaan eksekutif masing-masing.