Babi Hutan | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | S. scrofa
|
Nama binomial | |
Sus scrofa[1] |
Babi Hutan merupakan leluhur liar babi bela jinak. Ia berasal dari hutan jarang di kebanyakan kawasan Eropah Tengah, Mediterranean (termasuk Banjaran Atlas Afrika Utara), serta di kebanyakan kawasan di Asia sehingga Indonesia di selatan. Babi hutan juga telah dibawa masuk ke banyak tempat yang lain. Ia tergolong dalam famili Suidae yang sama dengan Warthog dan Bushpig di Afrika, Pygmy Hog di India utara, dan Babi Rusa di Indonesia, antara lain. Babi Hutan adalah lebih jauh hubungannya dengan peccary atau javelina yang didapati di kawasan barat daya Amerika Syarikat serta di seluruh Amerika Tengah dan Selatan. Nama saintifiknya Sus scrofa.[2]
Hutan Babi boleh mencapai 440 paun (200 kilogram) ([1] dengan laporan lebih berat yang tidak disahkan) untuk babi jantan dewasa, dan sehingga 6 kaki (1.8 meter) panjangnya. Jika terperanjat atau terkepung, Babi Hutan boleh menjadi amat garang, khususnya babi betina dengan anak-anaknya, dan jika diserang, akan mempertahankan diri dengan sedaya upaya menggunakan gigi taringnya.
Babi Hutan pupus di Great Britain pada abad ke-17, tetapi babi-babi yang membiak di kawasan liar telah kembali ke sesetengah kawasan, khususnya di Weald, selepas melarikan diri daripada penternakan hutan babi.
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Babi Hutan hidup dalam kawanan yang terdiri daripada sekitar 20 ekor babi, tetapi kawanan-kawanan sebesar 50 ekor pernah juga dilihat. Dalam kawanan yang biasa, terdapat dua atau tiga ekor babi betina dan anak-anaknya; babi jantan dewasa biasanya tidak merupakan sebahagian kawanan di luar musim pembiakan dan seringnya didapati seekor sahaja. Kelahiran biasanya berlaku pada musim bunga; seperinduk babi hutan biasanya terdiri daripada lima ekor anak babi, tetapi sehingga 13 ekor pernah juga ditemui.
Babi Hutan adalah haiwan nokturnal umumnya, dan mencari makanan dari senja sehingga subuh, dengan tempoh-tempoh rehat pada kedua-dua waktu malam dan siang. Ini adalah kerana para pemburu paling giat pada waktu siang. Babi Hutan makan hampir semua barang yang ditemui, termasuk kacang, buah beri, akar, ubi, daging bangkai yang reput, sampah, serangga, dan reptilia kecil, serta juga anak-anak rusa dan kambing.
Subspesies
[sunting | sunting sumber]- Sus scrofa scrofa - Afrika Utara, Eropah, dan Asia
- Sus scrofa ussuricus - Asia Utara dan Jepun
- Sus scrofa cristatus - Asia Minor sehingga India
- Sus scrofa vittatus - Asia Tenggara sehingga Indonesia; kekadang bergabung dengan S. s. cristatus
- Sus scrofa taiwanus - Taiwan.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Babi Hutan di Zoo Negara, Malaysia.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ [https://books.google.com.my/books?id=N3vtAAAAMAAJ&dq=%22Sus+scrofa%22+babi+hutan&focus=searchwithinvolume&q=%22Sus+scrofa%22+%22babi+hutan%22 The animal industry in Malaysia.
Teh Nachiar Iskandar Fatimah, A. Hamid Ramlah, A. Rani Bahaman, Universiti Pertanian Malaysia. Faculty of Veterinary Medicine and Animal Science Faculty of Veterinary Medicine and Animal Science, Universiti Pertanian Malaysia, 1993 - Animal industry - 203 pages] - ^ Arkeologi Bukit Tengkorak, Sabah (Penerbit USM)
By Stephen Chia
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Berita BBC: "Pemburuan diteruskan untuk mencari babi hutan yang hilang"
- Laman web Jerman: Video tentang kawasan hutan berpagar yang dihuni oleh Babi Hutan Diarkibkan 2007-03-31 di Wayback Machine (kekadangnya, video ini ditukarkan kepada video yang menayangkan rusa)
- Gambar foto Hutan Babi (Sus scrofa)