![]() | ||||||||
Nama lain | Anjing Kochi[1] | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Jepun | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Shikoku, hanya shikoku,[a] atau anjing Kochi[b][1] ialah satu baka anjing dari Pulau Shikoku.[1] Baka ini, dengan nama Tosa inu, ditetapkan sebagai Monumen Hidup Kebangsaan Jepun pada tahun 1937 oleh Nihon Ken Hozonkai.[2] Walau bagaimanapun, oleh sebab ini dapat menyebabkan kekeliruan dengan anjing laga Tosa dan baka ini juga terdapat di wilayah lain, ia dirujuk sebagai Shikoku ken selepas tahun 1932.[2]
Anjing Shikoku ialah salah satu baka anjing pemburu buruan bersaiz sederhana yang asli di Jepun, yang berasal dari pulau bergunung-ganang Shikoku. Di sana, ia merupakan pemburu kerap bagi rusa, babi hutan, dan hidupan liar peribumi lain. Ia tidak seperti hound Jepun lain jenis spits dengan lapis bulu padat dan kasar, telinga kasar, dan ekor yang terangkat ke atas belakangnya. Perkembangannya di rupa bumi kasar telah membolehkan anjing Shikoku menjadi teman riadah cemerlang dan pemanjat cekap.[1][3]
Sebagai baka jarang, ia mungkin hanya dapat terlihat di tanah airnya, Jepun. Bilangan anjing Ken semakin beransur-ansur berkurang, serupa dengan baka anjing Kishu dalam Nihon Ken Hozonkai juga. Tanpa penggemar berdedikasi, baka-baka ini mungkin lenyap sepenuhnya tidak lama lagi.
Anjing Shikoku tersenarai sebagai baka Khidmat Ternakan Asasi dengan American Kennel Club dan diiktiraf sepenuhnya oleh United Kennel Club.[4]
Perbandingan dengan baka lain Jepun
Anjing Shikoku ialah salah satu daripada enam baka asli Jepun. Ia bersaiz antara anjing Akita yang besar dengan shiba inu yang bersaiz kecil; kesemuanya tergolong dalam keluarga anjing spits.[1]
Sebuah kajian pada tahun 1930-an yang dijalankan oleh ahli kinologi Jepun.[c] Haruo Isogai mengelaskan semua baka anjing asli Jepun ke dalam tiga kategori: bersaiz besar, bersaiz sederhana, dan bersaiz kecil. Anjing Shikoku tergolong dalam kategori shika-inu, iaitu anjing bersaiz sederhana. Anjing bersaiz sederhana lain merupakan anjing Kai, anjing Ainu, dan anjing Kishu.
Ciri dan perangai


Saiz piawai sepatutnya ialah 20.5 inci (52 cm) untuk jantan dan 19 inci (48 cm) untuk betina.[1][7] Toleransi 1.25 inci (3.2 cm) lebih atau kurang diizinkan. Dimorfisme seks antara jantan dengan betina terpapar pada ekspresi dan jenis tubuh. Tubuhnya kuat dan berotot dan sentiasa ditunjukkan dalam keadaan kerja tanpa berat berlebihan. Nisbahnya adalah lebih panjang sedikit berbanding dengan ketinggian pada 11:10.[8] Anjing Shikoku mempunyai tiga warna lapis bulu: bijan merah, bijan, dan bijan hitam.[8] Sebagai tambahan, terdapat lapis bulu berwarna krim yang dipanggil pinto dan jarang terlihat kerana ini bukan warna yang diterima pada baka ini. Dalam semua warna ini, ada tanda-tanda pudar pada bahagian ventral anjing ini yang dikenali sebagai urajiro dan patut terlihat pada semua warna lapis bulu. Tanda-tanda ini terletak di sepanjang corak cerupa dengan titik-titik sawo matang pada anjing hitam: pada kening, di sisi muncung, pada pipi, di sisi bawah rahang, pada kaki dan di dalam celah tungkai, dan di bawah ekor.
Ia merupakan anjing tangkas dan bersemangat dengan deria tajam dengan naluri cekap supaya mampu menjadi pemburu ghairah, anjing pengawas, atau pendamping. Anjing Shikoku, yang amat setia dan jinak kepada pemiliknya, bertingkah laku bersemangat dan amat minat berburu.[7]
Pemburu Jepun (matagi) melatih anjing Shikoku dengan dua cara perburuan utama: Hoeru-dome (吠える), iaitu menyalak untuk menahan, dan Kami-dome (噛み切る), iaitu menggigit untuk menahan. Teknik Hoeru-dome lebih diutamakan untuk keselamatan anjing.[3]
Baka ini tidak mempunyai sebarang isu kesihatan besar yang diketahui di samping predisposisi terhadap epilepsi.[4] Pemfistulaan metatarsus berfokus anjing dan lipofusinosis seroid neuron adalah jarang, namun telah dilaporkan di Jepun, khususnya di dalam rantau Shikoku.[9][10]
Keragaman
Daripada usaha pembinaan semula, lima susur galus terpisah bagi anjing Shikoku dikembangkan: susur galur Iya Timur dan susur galur Kochi-Aki, serta tiga susur galur dari barat, iaitu susur galur Awa, susur galur Hongawa, dan susur galur Hata.[3] Lebih terkini, perbezaan sesama susur galur ini telah dikaburkan sebaik kawasan-kawasan terpencil tempat asal anjing-anjing ini menjadi lebih mudah untuk dicapai dan susur galur tersebut dibiakbakakan bersilang. Rantau Hongawa mengekalkan anjing baka paling tulen kerana kawasan itu sukar dicapai.[7] Anjing Shikoku moden disangkakan diturunkan terutamanya daripada susur galur Hongawa dan susur galur Hata kerana susur galur Awa pada dasarnya lenyap akibat kesukaran yang disebabkan oleh Perang Dunia Kedua dan kekurangan spesimen berkualiti akibat pembiakbakaan silang kerap dengan anjing luar.[11]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ شيکوکو ;شيکوکو; Jepun: 四国犬; 四国, rumi: Shikoku inu; Shikoku ken; shikoku; bahasa Inggeris: Shikoku dog
- ^ Jawi: انجيڠ کوچي; Jepun: 高知犬, rumi: Kōchi ken
- ^ Haruo Isogai ialah pembiak baka anjing yang mengusahakan sistem pengelasan untuk anjing Jepun berdasarkan penampilan, sebagai respons nasionalis terhadap amalan adopsi baka-baka Eropah oleh para penggemar anjing di Jepun pada tahun 1930-an.[5][6] Tiada bukti bahawa beliau menjalani sebarang latihan saintifik relevan atau bahawa sekali pun beliau menggelar diri ahli kinologi.
Rujukan
- ^ a b c d e f "FCI-Standard N° 319 SHIKOKU" [Piawaian FCI No. 319 Anjing Shikoku] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 10 Februari 2017. Dicapai pada 5 Januari 2024.
- ^ a b "Shikoku Ken" [Anjing Shikoku] (dalam bahasa Inggeris). Nihon Ken Hozonkai. Dicapai pada 8 Mac 2025.
- ^ a b c "History of the Shikoku Ken" [Sejarah Anjing Shikoku] (dalam bahasa Inggeris). Aoiyama Sou Shikoku. 28 November 2021. Dicapai pada 8 Mac 2025.
- ^ a b "Shikoku" [Anjing Shikoku] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 22 Februari 2025.
- ^ "Kai Hond" [Anjing Kai] (dalam bahasa Belanda). worldwidebase.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2022. Dicapai pada 5 Januari 2024.
- ^ "Russischer Traber" [Peligas Rusia] (dalam bahasa Jerman). Zaras-Traumwelten. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2009. Dicapai pada 5 Januari 2024.
- ^ a b c "四国" [Anjing Shikoku] (dalam bahasa Jepun). Japan Kennel Club. Dicapai pada 5 Januari 2024.
- ^ a b "Shikoku" [Anjing Shikoku] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 22 Februari 2025.
- ^ Sobashima, Elina; Haraguchi, Noeru; Kondo, Hirotaka; Watari, Toshihiro; Kanou, Rui (13 Jun 2001). "First known case of canine focal metatarsal fistulation in a Shikoku dog" [Kes pertama yang diketahui tentang pemfistulaan metatarsus berfokus anjing pada seekor anjing Shikoku]. Veterinary Record Case Reports (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 9 (3): e125. doi:10.1002/vrc2.125. ISSN 2052-6121. S2CID 236291378 Check
|s2cid=
value (bantuan). - ^ Tamura, Shinji; Tsuboi, Masaya; Ueoka, Naotami; Doi, Shoko; Tamura, Yumiko; Uchida, Kazuyuki; Yabuki, Akira; Yamato, Osamu (12 Oktober 2021). "Adult-Onset Neuronal Ceroid Lipofuscinosis in a Shikoku Inu" [Lipofusinosis Seroid Neuron Permulaan Dewasa pada Seekor Anjing Shikoku]. Veterinary Sciences (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 8 (10): 227. doi:10.3390/vetsci8100227. ISSN 2306-7381. PMC 8538799 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 34679057 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 239473430 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ "History and Characteristics" [Sejarah dan Ciri] (dalam bahasa Inggeris). North American Shikoku Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2021. Dicapai pada 5 Januari 2024.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing Shikoku |
- "North American Shikoku Club" (dalam bahasa Inggeris). North American Shikoku Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2020. Dicapai pada 5 Januari 2024.
- "American Shikoku Ken Club" (dalam bahasa Inggeris). American Shikoku Ken Club. Dicapai pada 30 November 2024.