Nama lain |
| ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Jepun | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Hokkaido atau hanya hokkaido[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari Jepun. Nama lain untuk baka ini termasuklah anjing Ainu[b] dan seta. Anjing Hokkaido adalah asli di Wilayah Hokkaidō di Jepun.
Penampilan
Anjing ini bersaiz sederhana dengan telinga segi tiga menegak. Mata hitam kecilnya mempunyai garis luar segi tiga menaik. Anjing Hokkaido mempunyai lapis bulu dengan bulu panjang dan kaku dan lapis bulu kedua yang lebih pendek dengan bulu lembut. Warna termasuklah merah, putih, hitam, brindle, bijan, hitam dan sawo matang, dan kelabu serigala. Jantan biasanya setinggi 50 cm (20 in) pada paras kelasa, manakala betinanya lebih rendah, dengan jisim tubuh dalam julat 20 kg (44 lb). Anjing yang dibiakbakakan di benua di luar tanah airnya mungkin lebih kecil.
Kesihatan
Anjing Hokkaido mempunyai kadar sangat tinggi bagi anomali mata collie (CEA). Kira-kira 1/3 anjing Hokkaido terjejas akibat CEA sementara selebih 2/3 merupakan pembawa.[1][2]
Sejarah dan zuriat
Semua anjing asli Jepun, termasuk anjing Hokkadio, dipercayai berasal daripada anjing yang dibawa ke Jepun semasa zaman Jomon.[3] Anjing Hokkaido dipercayai berasal daripada anjing bersaiz sederhana yang dibawa oleh penghijrah dari pulau utama Honshū pada tahun 1140-an.[4][5] Pada tahun 1869, ahli zoologi Inggeris Thomas W. Blakiston memberi baka ini nama Hokkaido. Baka ini berguna dalam pencarian orang terselamatan daripada rejimen Tentera Darat Imperial Jepun yang terkandas di dalam salji tebal semasa melintasi Pergunungan Hakkōda di Wilayah Aomori pada tahun 1902.
Pada tahun 1937, anjing Ainu dinamakan di Jepun sebagai "monumen semula jadi hidup"[6] dan "spesies jarang yang dilindungi oleh undang-undang" oleh Kementerian Pendidikan dan keputusan dibuat bahawa nama rasmi bagi baka ini ialah Hokkaidō inu. Walau bagaimanapun, anjing ini hampir sentiasa dipanggil Hokkaidō ken sesama orang Jepun.
Baka ini amat jarang di luar tanah airnya.
Catatan
Rujukan
- ^ Mizukami dll. (2014), m/s. 174
- ^ Mizukami, Keijiro; Chang, Hye-sook; Ota, Mitsuharu; Yabuki, Akira; Hossain, Mohammad Alamgir; Rahman, Mohammad Mahbubur; Uddin, Mohammad Mejbah; Yamato, Osamu (29 September 2011). "Collie eye anomaly in Hokkaido dogs: case study" [Anomali mata collie pada anjing Hokkaido: kajian kes]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 15 (2): 128–132. doi:10.1111/j.1463-5224.2011.00950.x. ISSN 1463-5224. PMID 22051190. S2CID 11828570.
- ^ Tanabe (2006), m/s. 379–380
- ^ Anderson (2012), m/s. 21
- ^ FCI (2017), m/s. 2
- ^ Anderson (2012), m/s. 22
Bibliografi
- Anderson, Brad (Februari 2012). "The Nihon Ken" [Anjing Jepun] (PDF). Journal of the International Society for Preservation of Primitive Aboriginal Dogs (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Anjing Primitif dan Peribumi. 30: 4–54.
- "FCI-Standard N° 261 HOKKAIDO" [Piawaian FCI No. 261 Anjing Hokkaido] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 9 Februari 2017. Dicapai pada 1 Januari 2024.
- Mizukami, Keijiro; Yabuki, Akira; Endoh, Daiji; Chang, Hye-sook; Lee, Keun-woo; Nakayama, Masanari; Kushida, Kazuya; Kohyama, Moeko; Lee, Jae-il; Yamato, Osamu (16 Ogos 2014). "Investigation of parallel and simultaneous selection for collie eye anomaly and ivermectin toxicosis" [Penyiasatan pemilihan selari dan serentak untuk anomali mata collie dan toksikosis ivermektin]. Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 175 (7): 174. doi:10.1136/vr.102015. ISSN 2042-7670. PMID 24939474. S2CID 207038061.
- Tanabe, Yuichi (2006). "Phylogenetic studies of dogs with emphasis on Japanese and Asian breeds" [Kajian filogenetik tentang anjing dengan tekanan pada baka Jepun dan baka Asia]. Proceedings of the Japan Academy, Series B (dalam bahasa Inggeris). Akademi Jepun. 82 (10): 375–387. Bibcode:2006PJAB...82..375T. doi:10.2183/pjab.82.375. ISSN 1349-2896. PMC 4338834. PMID 25792769. S2CID 15650431.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing Hokkaido |
- Foto Anjing Hokkaido (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 14 Mei 2007 di Wayback Machine
- Persatuan Anjing Hokkaido Amerika Utara (dalam bahasa Inggeris)
- Tapak sesawang maklumat Baka Anjing Hokkaido (termasuk maklumat CEA) (dalam bahasa Inggeris)