![]() "Best of Friends" karya Philippe Rousseau Seekor bull-and-terrier dan seekor buldog putih (sekitar 1887) | |||||||||
Nama lain | Half-and-half, bulterier laga, bull-terrier,[1] Canis pugilis[1] | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Britain | ||||||||
| |||||||||
Catatan | Progenitor kepada: bulterier, bulterier katik, bulterier Staffordshire, pitbulterier Amerika, dogo Argentina, dan terier Staffordshire Amerika | ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Bull and terrier ialah nama lazim untuk baka silang antara buldog dengan terier pada awal tahun 1800-an. Nama lain termasuk half-and-half ("separuh separuh") dan half-bred ("baka separuh").[2] Ini ialah zaman dalam sejarah apabila, selama beribu-ribu tahun, anjing dikelaskan mengikut kegunaan atau fungsi, tidak seperti haiwan peliharaan moden kini yang dibiakbakakan untuk menjadi anjing pertunjukan pengakuran dan haiwan peliharaan keluarga.[3]:14 Silangan bull and terrier pada asalnya dibiakbakakan untuk berfungsi sebagai anjing laga untuk pengumpanan lembu dan beruang, serta sukan darah popular lain semasa era Victoria. Sukan pengumpanan lembu memerlukan seekor anjing dengan atribut seperti ketabahan dan keberanian, kerangka lebar dengan tulang berat, dan rahang berotot dan menonjol. Dengan menyilangkan buldog dengan pelbagai terier dari Ireland dan Great Britain, pembiak baka memperkenalkan "gameness dan ketangkasan" ke dalam campuran hibrid.[2]
Hanya sedikit yang diketahui tentang pedigri silangan bull and terrier, atau mana-mana silangan lain yang berasal pada masa itu. Jenis dan gaya anjing berbeza-beza mengikut geografi bergantung pada pilihan individu.[3] Pembiak baka di sesebuah kawasan mungkin lebih memilih silangan dengan peratusan lebih tinggi bagi terier berbanding dengan buldog. Sesetengah laporan anekdot awal menunjukkan bahawa buldog dengan terier lebih disukai berbanding dengan bull and terrier dengan bulterier, yang berkemungkinan telah menghasilkan sekurang-kurangnya separuh atau lebih darah buldog.[3] Bull and terrier tidak pernah menjadi baka bona fide; sebaliknya, ini merujuk kumpulan heterogen bagi anjing yang mungkin menyertakan baka tulen yang melibatkan baka berlainan, serta anjing yang dipercayai sebagai silangan baka tersebut. Baka silang atau hibrid tersebut dianggap sebagai pendahulu kepada beberapa baka terpiawai moden.[2][4]
Pada pertengahan tahun 1830-an, apabila penguatkuasaan larangan ke atas pengumpanan lembu telah bermula, kepopularan buldog baka tulen asli merosot dan anjakan besar dalam genetik anjing sedang berlaku. Penampilan anjing tertentu diubah oleh pembiakbakaan silang untuk memenuhi fungsi dengan lebih baik.[5] Bukan sahaja penampilan anjing berubah, demikian juga peristilahan yang digunakan untuk memerihalkan pelbagai baka dan jenis anjing seperti yang dicatatkan dalam catatan purba. Perubahan sedemikian mula menimbulkan keraguan tentang leluhur terawal yang diketahui bagi buldog.[5]
Peristilahan

Salah satu contoh perubahan peristilahan selama berabad-abad yang telah menyebabkan kekeliruan ialah penyalahgunaan pemerihal di mana-mana. Sebagai contoh, mastif ialah pemerihal lazim untuk semua anjing besar, yang mewujudkan kekaburan tentang asal usul terawal buldog. Alaunt pernah dipercayai sebagai leluhur berkemungkinan kepada buldog dan mastif, kedua-duanya berasal dari Asia; yang lain percaya bahawa buldog hanya diturunkan daripada mastif.[5]
Selama berabad-abad, silangan bull and terrier hibrid telah dilabel dengan beberapa alias, seperti half-and-half ("separuh separuh"), half-bred ("baka separuh"), pit dog ("anjing serling"), bulldog terrier ("terier buldog"), dan pit bulldog ("buldog serling").[2] Nama paling popular ialah bull-terrier ("bulterier"), iaitu nama yang kemudiannya diterapkan untuk baka yang dikembangkan oleh James Hinks pada separuh kedua abad ke-19. Terdapat juga banyak lukisan, teks, dan ukiran yang dicipta semasa tempoh ini atau sebelum tempoh ini yang melabel bull-and-terrier hanya sebagai "bull-terrier". Hinks masih mengembangkan bull terrier baharu beliau, yang digelar White Cavalier ("Kavalier Putih"), yang dipersembahkan oleh beliau dalam pertunjukan Birmingham pada Mei 1862.[2][6]
Istilah "pit bull terrier" ("pitbulterier", "bulterier serling") kadang-kadang diterapkan, walaupun kemudiannya diterapkan apabila menamai pitbulterier Amerika, iaitu satu baka terpiawai moden.[7][8] Istilah "pit bull" ("pitbul") ialah istilah banyak terpakai yang kerap disalahgunakan untuk membuat inferens bahawa pitbul ialah baka anjing bona fide, bilamana sebenarnya merujuk kumpulan anjing pelbagai yang mungkin termasuk anjing baka tulen daripada banyak baka serta anjing yang diandaikan sebagai campuran baka tersebut. Jenis pemerihal ini berbeza-beza, bergantung pada baka beriktiraf dan perspektif pemerhati. Walaupun terdapat maklumat salah anekdot dan pengenalpastian visual tidak betul, pemilik anjing, tempat perlindungan haiwan, doktor haiwan, dan orang awam secara rutin menggunakan istilah "pitbul" secara santai dan dalam kertas rasmi seolah-olah itu menandakan satu baka beriktiraf tunggal.[4]
Sejarah

(Paris, 1863)
Buldog pada tahun 1800-an diperihalkan mempunyai "kepala bulat, hidung pendek, telinga kecil dan lebar, kerangka dan tungkai berotot."[5] Perangainya telah diperihalkan sebagai perangai lebih agresif dan ganas berbanding dengan anjing lain pada masa itu. Terdapat kepercayaan bahawa leluhurnya mungkin merupakan mastif keturunan Asia kerana kecenderungan agresif dan kekuatan, tetapi istilah "mastif" digunakan sebagai rujukan umum untuk anjing besar.[5] Persoalan sama ada ia disilangkan dengan pug atau tidak untuk menjadikannya lebih baik dalam pengumpanan lembu masih berkontroversi.[9]
Terdapat andaian bahawa hibrid bull and terrier disilangkan dengan beberapa keragaman buldog dan terier, jenisnya bergantung pada lokasi. Pentaksiran genetik tahun 2016 menentusahkan bahawa buldog merupakan keturunan mastif, tetapi juga menemukan pug pada silangan.[5] Pentaksiran itu, yang menganalisis kumpulan tertentu individu buldog Inggeris, menggunakan DNA dan bukan pula pedigri untuk mengesahkan bahawa kepelbagaian genetik sebenarnya masih wujud. Itu selanjutnya mengesahkan kehilangan besar kepelbagaian genetik dalam baka yang terhasil daripada populasi pengasas kecil yang terdiri daripada kira-kira 68 individu. Impak pemilihan tertumpu untuk pembiakbakaan anjing dengan trait fizikal spesifik mewujudkan kejejalan genetik buatan.[9]
"Sebahagian besar anjing yang dimiliki oleh orang sebagai haiwan peliharaan benar-benar tiba dari era Victoria daripada pembiakbakaan sangat giat... Terdapat agak sedikit 'baka purba'."
Di Ireland, pembiak baka menggunakan buldog lama Ireland dengan terier berlainan dan sesetengah sisipan silangan anjing pemburu penglihatan/terier.[10] Di England, terdapat beberapa keragaman seperti jenis Walsall dan jenis Cradley Heath.[10] Phil Drabble melaporkan bahawa antara pelbagai jenis bull and terrier, jenis dari Cradley Heath diiktiraf sebagai baka terpisah yang dinamai bulterier Staffordshire.[10] Pada abad ke-19, jenis Walsall dibawa oleh imigran ke Amerika Syarikat dan disana berfungsi sebagai komponen penting untuk asas genetik bagi baka pitbulterier Amerika, melalui spesimen seperti anjing milik Lloyd, iaitu Pilot,[11] dan susur galur Colby, digabungkan dengan kuat dengan strain-strain Ireland.[10][12] Anatomi bull and terrier ialah hasil pembiakbakaan terpilih untuk tujuan perburuan,[13] laga anjing, dan pengumpanan.
Keturunan

Dalam Popular and Illustrated Dog Encyclopaedia (1934–1935), Mejar Mitford Price menulis, "Bulterier asli, atau bull-and-terrier, sebagaimana yang digayakan pada masa itu, dibiakbakakan untuk bertarung di dalam serling, mempunyai keserupaan jauh lebih dekat dengan buldog pada zaman itu berbanding dengan keserupaan dengan leluhur teriernya: kerana terdapat banyak cetakan lama sebagai bukti bahawa buldog lama, serta bull-and-terrier mempunyai kepala buldog yang tidak dibesar-besarkan (berbanding dengan piawaian moden yang tidak masuk akal, dan tungkainya, lurus dan lebih panjang, seperti yang pada terier. Pada masa sama apabila bull-and-terrier baharu membuat kemunculan, penggemar buldog mula membiakbakakan haiwan mereka menjadi lebih berat dan lebih rendah ke tanah, supaya buldog memperoleh jenis baharu.[14]
Enam baka berlainan diturunkan daripada hibrid bull and terrier, lima daripadanya diiktiraf oleh American Kennel Club (AKC) dalam susunan berikut: bulterier, terier Boston, terier Staffordshire Amerika (amstaff), bulterier Staffordshire, bulterier katik. Kesemua lima baka juga telah diiktiraf oleh Canadian Kennel Club (CKC) dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI). Pitbulterier Amerika (APBT) diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC) dan American Dog Breeders Association.[3]:39 AKC tidak mengiktiraf pitbulterier Amerika. Selepas dipetisyen pada tahun 1930-an untuk mengiktiraf baka itu, mereka mengalah, walau bagaimanapun; mereka mengiktiraf anjing ini dengan nama berbeza, iaitu terier Staffordshire. Nama itu kemudiannya diubah kepada terier Staffordshire Amerika, untuk mengelakkan anjing ini daripada dikelirukan dengan terier Staffordshire Inggeris. Terier Staffordshire Amerika dan pitbulterier Amerika pernah menjadi baka sama dan masih ramai yang beranggapan sedemikian. Kini, terdapat sesetengah anjing yang telah didaftarkan dua kali sebagai pitbulterier Amerika melalui UKC dan sebagai terier Staffordshire Amerika melalui AKC.[15][16]
Analisis DNA
Ahli genetik telah dapat selanjutnya memperhalus aspek sejarah jarang bagi pembentukan baka dan masa penghibridan. Sebuah kajian penyelidikan seluruh genom tahun 2017 mencadangkan yang berikut: "Dalam analisis ini, semua silangan bull and terrier berpeta kepada terier dari Ireland dan bertarikh ke tahun 1860–1870. Ini bertepatan dengan sempurna dengan keterangan sejarah yang, walaupun mereka tidak sejelasnya mengenal pasti semua baka yang terlibat, melaporkan kepopularan pertandingan anjing di Ireland dan kekurangan ketepatan buku pembaka, maka silangan tidak berdokumen, semasa era pewujudan baka ini (Lee, 1894)."[17]
Kajian juga mengesahkan bahawa bull and terrier ialah kumpulan anjing heterogen yang mungkin termasuk baka tulen yang melibatkan baka berlainan, serta anjing yang dipercayai sebagai silangan bagi baka tersebut.[2][4] Menjelang tahun 1874 di Britain, Buku Pembaka pertama The Kennel Club diterbitkan, yang menyertakan bulterier[18] dan buldog.[19]
Pemburu

Sesetengah pihak percaya bahawa keberanian kebanyakan terier, baik terdahulu mahupun sekarang, untuk menanggung gigitan bejar dan mangsa lain yang dimaksudkan untuk dikepung, diburu dengan menggali, atau diserang diterbitkan daripada pemilikan satu suku hingga seperlapan keleluhuran buldog lama Inggeris.[20] Terier lain yang tidak dikembangkan dengan menyilangkan buldog lama Inggeris dengan anjing pekerja bumi dipercayai mempunyai kualiti lebih rendah dan dinilai jauh lebih rendah.[13] Terdapat anjing pekerja bumi yang secara lalai dan takrifan dipanggil terier kerana mempunyai keupayaan untuk pergi ke dalam tanah; walau bagaimanapun, terier pekerja bumi dan pemburu terbaik dianggap sebagai progeni kepada buldog yang dibiakbakakan dengan anjing pekerja bumi (terier), dengan anak-anak yang dikenali sebagai bull-terrier atau anjing "separuh separuh", antara nama lain.[13][21]
Walsh juga menulis tentang terier rubah (atau lebih tepatnya, leluhur baka silangnya): "Fox-terrier padang, yang digunakan untuk meluru ke arah rubah apabila ia pergi ke dalam tanah, adalah daripada baka ini [bull and terrier]." Bukan sahaja fox terrier ialah progeni kepada bull-and-terrier,[22] demikian juga terier Airedale,[23] terier yang mengerjakan tikus, terier hitam dan sawo matang pekerja, dan hampir semua terier pemburu haiwan perosak lain.[13][21] James Rodwell memberikan keterangan dalam buku beliau berjudul The Rat: Its History and Destructive Nature ("Tikus: Sejarah dan Sifat Pemusnahnya"), bahawa objek hebat itu, antara pelbagai pembiak baka bull and terrier untuk pemburuan haiwan perosak dan tikus, adalah supaya anjing berkenaan memiliki bahagian bull setulen mungkin, tetapi pada masa sama memelihara semua penampilan luaran terier dari segi saiz, rupa bentuk, dan warna.
Laga anjing


Pada abad ke-19, pembiak baka menyilangkan buldog dengan terier putih Inggeris untuk menghasilkan anjing laga yang merupakan leluhur kepada baka bulterier moden.[25] Apabila sukan darah diharamkan pada awal tahun 1800-an, pembiak baka meneruskan laga anjing sulit mereka di tempat tersembunyi, seperti ruang bawah tanah dan gudang. Anjakan besar dalam genetik anjing berlaku semasa era Victoria; pada masa itu, penampilan anjing tertentu diubah secara aktif. Buldog awal dari tahun 1800-an diperihalkan mempunyai "kepala bulat, hidung pendek, telinga kecil dan lebar, kerangka dan tungkai berotot."[5] Pada tahun 1830-an, larangan ke atas pengumpanan lembu sedang dikuatkuasakan dengan ketat dan, dengan itu, penurunan ketara dari segi kepopularan buldog asli. Pembiak baka telah mula menyilangkan buldog dengan terier untuk laga serling tersembunyi.[2]
James Hinks, iaitu seorang pembiak baka anjing di Birmingham, dikreditkan kerana peranan beliau dalam membantu untuk memiawaikan hibrid bull and terrier.[2] Hinks memperkenalkan darah baharu, mungkin collie, untuk menambahkan panjang muncung.[25] Versi beliau semakin menjadi versi lebih kemas bagi hibrid buldog dan terier sambil mengekalkan isi. Anak lelaki kepada Hinks berkata bahawa, awal-awal, bapa beliau juga menggunakan anjing Dalmatia untuk mewujudkan lapis bulu serba putih menyerlah pada bulterier.[2] Yang lain telah mencadangkan bahawa Hinks meluruskan kecenderungan buldog untuk tungkai bengkok dengan menambahkan darah pointer, atau mungkin grehaun. Anak lelaki kepada Hinks teringat, "Ringkasnya, ia menjadi anjing laga lama yang diperadabkan, dengan semua sisi kasarnya yang dilicinkan tanpa dilembutkan; berwaspada, aktif, gagah, berotot, dan budiman sejati."[2] Bulterier awal Hinks berwarna putih yang membangkitkan kepekakan saraf deria kongenital (CSD), iaitu keadaan genetik yang dipautkan dengan fenotip warna lapis bulu pada bulterier Inggeris dengan variasi genetik yang melangkaui warna. Penampilan bulterier terus berubah seiring dengan masa dan, menjelang abad ke-20, kepala berbentuk telur telah menjadi lebih menonjol, tidak lama kemudian dipiawaikan bersama dengan pelbagai warna yang telah diperkenalkan.[2]
Bull and terrier masyhur
Pengarang David Harris memberikan keterangan dalam buku beliau The Bully Breeds tentang dua ilustrasi anjing laga ternama. Yang pertama ialah Trusty yang muncul dalam keluaran tahun 1806 bagi The Sporting Magazine dan yang kedua ialah Dustman yang muncul dalam keluaran tahun 1812 bagi majalah sama. Trusty ialah seekor bull and terrier berwarna perang kekuning-kuningan yang menunjukkan lebih banyak trait buldog berbanding dengan trait terier dan terkenal kerana tidak tewas, setelah memenangi 104 laga anjing. Trusty dibeli oleh Thomas Pitt, Baron Camelford Ke-2 dan dipersembahkan kepada Jem Belcher, petarung juara England. Tidak seperti Trusty, Dustman kelihatannya mempunyai lebih banyak trait terier berbanding dengan trait buldog dan digunakan untuk pengumpanan bejar.[26]
Pada tahun 1822, Pierce Egan, iaitu seorang pengulas acara sukan pada tahun 1820-an, mula-mula memperkenalkan nama bull terrier (tidak patut dikelirukan dengan bull terrier Hinks tahun 1880-an). Selepas itu, bulls-eye diperkenalkan dalam The Adventures of Oliver Twist (1838), yang dianggap sebagai bulterier yang dimiliki oleh penjahat Bill Sykes.[26]
Seekor lagi bull and terrier ketara bernama Billy, seberat hampir-hampir 26 paun; "pencapaian paling ketaranya ialah pembunuhan 100 ekor tikus dalam tempoh 5 minit 30 saat di Cockpit di Tufton Street, Westminster, London, United Kingdom pada 23 April 1825."[27]
-
Billy
-
Dustman
-
Trusty
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Maxwell, William Hamilton (1833). The Field Book: Or, Sports and Pastimes of the United Kingdom [Buku Padang: Atau, Sukan dan Kegiatan Masa Lapang di United Kingdom] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Effingham Wilson. m/s. 81. OCLC 57230597.
- ^ a b c d e f g h i j k Flaim, Denise (8 Oktober 2020). "Bull Terrier History: From the Bull and Terrier to the 'White Cavalier'" [Sejarah Bulterier: Daripada Bull and Terrier hingga White Cavalier] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 13 Ogos 2025.
- ^ a b c d Harris, David (2008). The Bully Breeds [Baka Bully] (dalam bahasa Inggeris). Freehold, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 18. ISBN 9781593786649. OCLC 172980066.
- ^ a b c Olson, Kimberly R.; Levy, Julie K.; Norby, Bo; Crandall, Michael M.; Broadhurst, J. E.; Jacks, S.; Barton, R. C.; Zimmerman, Martha Sue (29 Julai 2015). "Inconsistent identification of pit bull-type dogs by shelter staff" [Pengenalpastian tidak tekal bagi anjing jenis pitbul oleh kakitangan tempat perlindungan]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 206 (2): 197–202. doi:10.1016/j.tvjl.2015.07.019. ISSN 1532-2971. PMID 26403955. S2CID 25330834.
- ^ a b c d e f g h Robitzski, Dan (25 September 2017). "The (de-)evolution of the bulldog" [(Nyah-)evolusi buldog] (dalam bahasa Inggeris). Scienceline. Dicapai pada 13 Ogos 2025.
- ^ Pelbagai (12 Oktober 2011). The Bull Terrier: A Complete Anthology of the Dog [Bulterier: Antologi Lengkap tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781447491828. OCLC 936198967.
- ^ "American Pit Bull Terrier" [Pitbulterier Amerika] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 13 Ogos 2025.
- ^ "Breed History" [Sejarah Baka] (dalam bahasa Inggeris). The REAL Pit Bull. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2025.
- ^ a b Pedersen, Niels C.; Pooch, Ashley S.; Liu, Hongwei (29 Julai 2016). "A genetic assessment of the English bulldog" [Pentaksiran genetik bagi buldog Inggeris]. Canine Genetics and Epidemiology (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 3 (1). doi:10.1186/s40575-016-0036-y. ISSN 3059-3255. PMC 4965900. PMID 27478618. S2CID 9280543. Unknown parameter
|article-number=
ignored (bantuan) - ^ a b c d Drabble, Phil (1948). Vesey-Fitzgerald, Brian Seymour (penyunting). "STAFFORDSHIRE BULL TERRIER" [BULTERIER STAFFORDSHIRE] (dalam bahasa Inggeris). StaffordMall. Dicapai pada 13 Ogos 2025.
- ^ Harris, David (24 Julai 2012). The Bully Breeds [Baka Bully] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Freehold, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 22. ISBN 9781621870326. OCLC 820817161.
- ^ Colby, Joseph L. (29 Mac 2011). "Colby's Pincher" [Colby's Pincher]. The American Pit Bull Terrier [Pitbulterier Amerika] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781446548875. OCLC 1518573876.
- ^ a b c d Walsh, John Henry (1959). The Dog in Health and Disease [Kesihatan dan Penyakit Anjing] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Waters, Nick (13 Mei 2021). "Before the Roman Nose" [Sebelum Hidung Rom] (dalam bahasa Inggeris). Dog News. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
- ^ "Breed History" [Sejarah Baka] (dalam bahasa Inggeris). BADRAP. 27 Mei 2023. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
- ^ Taipan (12 Julai 2018). "American Pitbull Terrier" [Pitbulterier Amerika] (dalam bahasa Inggeris). Carnivora. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
To be dual-registered, the dog must first be an AKC-registered American Staffordshire Terrier and then it can be registered with the UKC as an APBT -- but not vice versa...
- ^ Parker, Heidi G.; Dreger, Dayna Lee; Rimbault, Maud; Davis, Brian W.; Mullen, Alexandra B.; Carpintero-Ramirez, Gretchen; Ostrander, Elaine Ann (25 April 2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development" [Analisis-analisis Genomik Mendedahkan Pengaruh Asal Usul Geografi, Migrasi, dan Penghibridan terhadap Perkembangan Baka Anjing Moden]. Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. ISSN 2211-1247. PMC 5492993. PMID 28445722. S2CID 4572878.
- ^ Pearce, Frank C. S., penyunting (1874). The Kennel Club Stud Book [Buku Pembaka The Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). 1. London, United Kingdom: "The Field" Office. m/s. 535. OCLC 9846133.
- ^ Pearce, Frank C. S., penyunting (1874). The Kennel Club Stud Book [Buku Pembaka The Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). 1. London, United Kingdom: "The Field" Office. m/s. 515. OCLC 9846133.
- ^ a b "Dustman". The Sporting Magazine (dalam bahasa Inggeris). Jil. 40 no. 237. Rogerson & Tuxford. April 1812. m/s. 97.
- ^ a b Wood, John George (1865). The Illustrated Natural History [Sejarah Semula Jadi Berilustrasi] (dalam bahasa Inggeris). 1. London, United Kingdom: Routledge. OCLC 22500806.
- ^ Meyrick, John. House Dogs and Sporting Dogs [Anjing Rumah dan Anjing Sukan] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Dickens, Charles. All the Year Round: A Weekly Journal [Sepanjang Tahun: Jurnal Mingguan] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Ormond, Richard Louis; Landseer, Edwin Henry; Rishel, Joseph J.; Hamlyn, Robin (15 September 1981). Sir Edwin Landseer (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Muzium Seni Philadelphia. m/s. 5. ISBN 9780847803903. OCLC 7596752.
- ^ a b "Bull Terrier" [Bulterier] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
- ^ a b Harris, David (24 Julai 2012). The Bully Breeds [Baka Bully] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Freehold, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 19. ISBN 9781621870326. OCLC 820817161.
- ^ "Fastest canine rat catcher" [Anjing penangkap tikus terpantas] (dalam bahasa Inggeris). Rekod Dunia Guinness. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
Pautan luar
Kategori berkenaan Bull and terrier di Wikimedia Commons