![]() Anjing Kintamani hitam | |||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Anjing Kintamani Anjing gunung Bali Anjing Bali | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Kinta | ||||||||||||||||||||||||
Negara asal | Indonesia | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Kintamani-Bali,[1] anjing Kintamani Bali,[a] atau anjing Kintamani[b] ialah satu baka anjing yang asli di Pulau Bali, Indonesia. Anjing ini, yang pada asalnya dari kawasan Kintamani, merupakan anjing popular dalam kalangan warga pulau dan satu-satunya baka rasmi rantau ini, setelah dikembangkan daripada anjing jalanan tempatan yang bebas merantau di Bali. Ia diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2019.[1]
Zuriat
Leluhur kepada anjing jalanan bersejarah Bali tiba di pulau itu pada sekitar 3,000 tahun lalu. Sebuah kajian genetik menunjukkan bahawa baka anjing Kintamani adalah berkaitan secara genetik dengan anjing pulau tempatan yang terdapat di Bali. Maka, anjing penghuni dan anjing jalanan pulau itu sejajar dengan paling rapat dengan dingo Australia atau dengan anjing menyanyi New Guinea dan lebih jauh berkaitan dengan baka-baka asal Asia yang diiktiraf oleh AKC tetapi kurang sedemikian deengan baka-baka asal Eropah.[2]
Pada tahun 1926, langkah kawalan rabies melarang semua kemasukan anjing asing ke pulau itu; maka, anjing di Bali telah membiak dalam takung gen unik sendiri, setelah diperhalus selama hampir satu ratus tahun sejak kelulusan dasar ini.[3]
Ciri
Anjing Kintamani terlihat lebih kurang seperti campuran antara anjing Samoyed dengan malamut Alaska. Ia mempunyai bulu panjang, muka lebar, dahi rata, dan pipi rata seperti anjing-anjing China, seperti cau-cau atau shar pei. Ia gembira menjalani kehidupan sebagai haiwan peliharaan atau pendamping di rumah, tetapi banyak anjing tidak mempunyai pemilik formal atau rumah, dan kerap diberi makan oleh warga baik dan orang tempatan. Walau bagaimanapun, anjing ini menjalani sebahagian besar kehidupannya di ruangan luar, sambil menggali lubang untuk tempat perlindungan; sesetengah pula tinggal di dalam gua kecil di antara bebatuan di sekitar Kintamani. Di sana, ia dianggap sebagai anjing "berpenampilan elok" dan menarik dan agak dicari-cari sebagai anjing peliharaan. Anjing Kintamani lembut di sekitar orang, namun mengekalkan cukup tingkah laku tegas untuk menjadikannya sebagai anjing pengawal layak perhatian, namun tidak ganas.[2]
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b7/Kintamanying.jpg/220px-Kintamanying.jpg)
Warna lapis bulu yang paling diingini ialah putih, sebaik-baiknya dengan telinga berhujung aprikot. Para pembiak baka kerap mengurung anjing di dalam gua gelap dan lebih sejuk dekat dengan gunung berapi Kintamani, dengan menegaskan bahawa ini merupakan langkah penting dalam mengembangkan lapis bulu putih tebal. Piawaian FCI juga menerima lapis bulu perang kekuning-kuningan (kuning air), merah, brindle, dan hitam. Pada variasi perang kekuning-kuningan, merah, dan belang, topeng hitam lebih diutamakan.
Ketinggian kelasa bagi anjing Kintamani betina ialah 44–52 sentimeter (17–20 inci), 49–57 sentimeter (19–22 inci) untuk jantan, hampir sama dengan pendirian anjing jalanan Bali. Ciri fizikal anjing Kintamani yang diingini termasuk telinga tegak, ekor melengkung ke hadapan yang tertahan di garis tengah, lapis bulu sederhana hingga panjang, mata perang berbentuk badam, dan pigmen kulit hitam.
Anjing jalanan Bali terdapat dengan banyak warna dan corak lapis bulu dan mereka hampir selalu berbulu pendek dan berekor antara lurus dengan melengkung. Kedua-duanya masih beranak di dalam korok yang digali ke dalam bumi, seperti trait anjing liar.
Perangai
Sebagai baka sangat berdikari, anjing Kintamani dapat menjadi agresif dalam menjaga wilayah namun masa sama juga lembut dan penyayang dengan keluarga sendiri. Walaupun kebanyakan baka anjing enggan memanjat atau berada di tempat tinggi, anjing Kintamani akan memanjat dari bumbung ke bumbung, ke atas pokok, atau meluangkan sebahagian hari dengan gembira dengan duduk terlentang atau tidur di atas dinding kebun; sifat arboreal ini berkemungkinan merupakan warisan daripada anjing menyanyi New Guinea, iaitu kanin sangat aktif jenis arboreal. Anjing Kintamani berkaki ringan dan bergerak dengan bebas, lancar, dan licik, dan akan memberikan amaran atau menyalak apabila berhadapan dengan bunyi atau kelibat bagi sesuatu yang tidak dikenali.
Akreditasi
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/82/Gunung_Batur%2C_Kintamani_MWD_22.jpg/220px-Gunung_Batur%2C_Kintamani_MWD_22.jpg)
Pihak berkuasa Kabupaten Bangli memudahkan Pameran dan Pertandingan Anjing Kintamani pada setiap tahun untuk mempromosikan anjing Kintamani. Pihak berkuasa ini juga membimbing para pembiak baka anjing Kintamani, menetapkan peraturan tentang piawaian baka anjing Kintamani, dan telah membuat projek perintis demonstrasi di beberapa buah desa.[4]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ کينتاماني-بالي; انجيڠ کينتاماني بالي ; bahasa Inggeris: Kintamani-Bali dog; Balinese kintamani
- ^ Jawi: انجيڠ کينتاماني ; Templat:Lang-ban; bahasa Inggeris: Kintamani dog; kintamani
Rujukan
- ^ a b "FCI-Standard N° 362 ANJING KINTAMANI-BALI (Kintamani-Bali Dog)" [Piawaian FCI No. 362 Anjing Kintamani-Bali] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Himpunan Trah Anjing Kintamani-Bali. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 26 Mac 2019. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- ^ a b Puja, I Ketut; Irion, Dawn N.; Schaffer, Alison L.; Pedersen, Niels C. (13 Julai 2005). Galibert, Francis (penyunting). "The Kintamani Dog: Genetic Profile of an Emerging Breed from Bali, Indonesia" [Anjing Kintamani: Profil Genetik bagi Satu Baka Membangun dari Bali, Indonesia]. Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 96 (7): 854–859. doi:10.1093/jhered/esi067. ISSN 1465-7333. PMID 16014810. S2CID 17713355.
- ^ Corrieri, Luca; Adda, Marco; Miklósi, Ádám; Kubinyi, Enikő (5 Jun 2018). Walsh, Carolyn J. (penyunting). "Companion and free-ranging Bali dogs: Environmental links with personality traits in an endemic dog population of South East Asia" [Anjing pendamping dan anjing bebas merantau Bali: Pautan persekitaran dengan trait keperibadian dalam populasi anjing endemik di Asia Tenggara]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 13 (6): e0197354. Bibcode:2018PLoSO..1397354C. doi:10.1371/journal.pone.0197354. ISSN 1932-6203. PMC 5988322. PMID 29870525. S2CID 46942682.
- ^ "Kontes Anjing Kintamani di Bangli: Layak Dapat Penghargaan Dunia" (dalam bahasa Indonesia). MetroBali. 12 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2014. Dicapai pada 7 Januari 2024.