![]() Seekor terier Lucas | |
Negara asal | Scotland |
---|---|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Terier sukan Lucas[a] ialah satu baka anjing kecil daripada jenis terier. Baka ini dinamai sempena Jocelyn Lucas.
Penampilan
Ia merupakan terier pekerja bertungkai pendek yang mesti kecil dan berdada cukup sempit untuk memasuki tanah apabila perlu. Ia kira-kira setinggi 12 inci (30 cm) pada paras kelasa dan kira-kira seberat 15 paun (6.8 kg). Lapis bulu berjumbai kasar berwarna putih dengan tompok-tompok gelap, atau pelbagai kombinasi perang, hitam dan sawo matang, atau grizzle dan sawo matang.
Sejarah
Terier sukan Lucas dikembangkan di Scotland (mula-mula di Mey, Caithness dan kemudian di Abington, South Lanarkshire) daripada terier Lucas, terier Jack Russell, dan pelbagai fell terrier oleh Brian Plummer pada tahun 1990-an, dalam usaha untuk mewujudkan terier pekerja bagus.[perlu rujukan] Pada tahun 1999, Lucas Terrier Club menyahsenaraikan semua anjing milik Brian Plummer kerana mereka "tidak ingin agar suntikan jenis terier lain dimasukkan ke dalam susur galur mereka".[1] Kelab-kelab baka kemudian didirikan untuk anjing Plummer yang kemudian menjadi terier sukan Lucas, walaupun pada hakikatnya hubungan dengan terier Lucas asli adalah kecil.[perlu rujukan]
Terier Lucas diwujudkan oleh Mejar Jocelyn Lucas pada akhir 1940-an dalam usaha untuk membiakbakakan terier Sealyham yang mampu memasuki tanah, daripada terier Sealyham dan terier Norfolk. Dengan lebih daripada 500 individu di United Kingdom, ia terutamanya merupakan anjing peliharaan di negara itu.[2] Walau bagaimanapun, di Amerika Syarikat, terdapat usaha bersepadu untuk mengembalikan terier Lucas kepada anjing kecil, seperti sifat pekerja aslinya, dan ia semakin banyak terdapat dalam ujian sukan.[perlu rujukan]
Satu lagi baka terier yang dikembangkan oleh Brian Plummer ialah terier Plummer.[3] Ia adalah serupa, tetapi bulterier juga digunakan, dan anjing itu memperoleh reputasi kerana sifat suka bergaduh.[perlu rujukan]
Pengiktirafan
Antara kelab kenel utama di dunia berbahasa Inggeris, hanya United Kennel Club (Amerika Syarikat) yang mengiktiraf terier sukan Lucas, dalam Kumpulan Terier.[4] Ia juga mungkin diiktiraf oleh mana-mana kelab anjing khusus, kelab sukan anjing, pejabat pendaftaran kecil, dan perniagaan pendaftaran baka berdasarkan Internet.[perlu rujukan]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: تيريئر سوکن لوکس; bahasa Inggeris: sporting Lucas terrier
Rujukan
- ^ "Similar Name But Not The Same" [Nama Serupa tetapi Tidak Sama] (dalam bahasa Inggeris). lucasterrier.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2008. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Plummer Terriers" [Terier Plummer] (dalam bahasa Inggeris). Terrierman.com. Dicapai pada 2 April 2024.
Today the Lucas Terrier is a scruffy show ring dog, [...]
- ^ "PTCGB Official AGM" [Mesyuarat Agung Tahunan Rasmi PTCGB] (dalam bahasa Inggeris). plummerterrier.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2008. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Sporting Lucas Terrier" [Terier Sukan Lucas] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 2 April 2024.
Bacaan lanjut
- Plummer, David Brian (1997). Tales of a Rat-hunting Man [Kisah-kisah Seorang Pemburu Tikus] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Lyons & Burford. ISBN 9781558215955. OCLC 36746327.