Negara asal | Republik Czech | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Terier Czech[a] ialah satu baka anjing jenis terier kecil yang berasal dari Czechoslovakia.
Sejarah
Terier Czech dihasilkan oleh seorang pembiak baka Czech, František Horák, pada tahun 1948, sebagai silangan antara seekor terier Sealyham dengan seekor terier Scotland, untuk menghasilkan terier yang sesuai untuk perburuan di hutan Bohemia. Walaupun bukan ahli sains terlatih, Horák bekerja selama bertahun-tahun sebagai pembantu penyelidik di Akademi Sains Czechoslovakia dan menggunakan pengetahuan yang dituntut di sana dalam pembiakbakaan anjing beliau. Czechoslovakia diperintah oleh rejim komunis pada masa itu; semasa anjing milik Horák menjadi lebih popular di seluruh dunia, beliau mula menerima sejumlah besar surat dari luar negara, yang menarik perhatian polis rahsia.[1] Horák meninggal dunia pada tahun 1997.
Terier Czech diiktiraf untuk pertandingan antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1963 sebagai baka nombor 246 dalam Kumpulan 3, Terier.[2] Baka ini kini diiktiraf oleh semua kelab kenel utama di dunia berbahasa Inggeris. Terier Czech ialah salah satu daripada enam baka anjing paling jarang di seluruh dunia.[3]
Baka ini pertama kali diimport ke Amerika Syarikat pada tahun 1980-an oleh sekumpulan penggemar. Mereka membentuk Cesky Terrier Club of America pada Januari 1988.[4] Semakin minat meningkat, baka ini menjadi layak untuk menyertai Program Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club (AKC) mulai 1 Januari 2004, lalu membolehkannya bertanding dalam ujian Anjing Bumi AKC.[5] Pada peringkat ini, American Cesky Terrier Fanciers Association dibentuk dan diiktiraf oleh AKC.[6] Ini ialah kelab yang diterima sebagai kelab induk oleh AKC.[7] Walau bagaimanapun, Cesky Terrier Club of America kekal aktif dalam mempromosikan baka ini di Amerika Syarikat. Dari pertengahan tahun 2011, terier Czech dapat bertanding dalam kumpulan terier di Amerika kerana ia diterima untuk kemasukan ke dalam Buku Pembaka AKC.[5]
Baka ini pertama kali tiba di United Kingdom pada tahun 1989 dan terpaksa bertanding daripada daftar import. Terier Czech diiktiraf oleh The Kennel Club (UK) pada tahun 1990[8] dan pada 1 Januari 2000 dan ia mendapat status baka jarang. Sejak itu, ia telah berjaya bertanding dalam pertandingan pertunjukan di United Kingdom.[9]
Perihal
Penampilan
Terier Czech ialah terier pemburu cukup berotot, bertungkai pendek, dan cukup berpigmen yang berformat segi empat tepat. Terier Czech mempunyai telinga labuh semula jadi, ekor semula jadi, dan lapis bulu sutera panjang dan sedikit bertekstur dengan cahaya warna kelabu daripada arang kepada platinum (berpigmen hitam) atau jarang perang (berpigmen hati). Terier Czech adalah lebih panjang daripada ketinggiannya dan mempunyai garis atas yang naik sedikit ke arah belakang.
Piawaian baka
Piawaian baka FCI memberikan ukuran unggul untuk terier Czech seperti yang berikut:
- Ketinggian – Ketinggian pada paras kelasa sebaik-baiknya 11.5 inci (29 cm) untuk jantan dan 10.5 inci (27 cm) untuk betina; tidak kurang daripada 9.5 inci (24 cm) dan tidak lebih daripada 12.5 inci (32 cm).
- Berat – Berat unggulnya ialah 13–22 paun (5.9–10.0 kg).[10][11]
- Tiada terier Czech dalam keadaan otot baik dan sebaliknya cukup seimbang yang dikenakan penalti kerana berada sedikit di luar daripada ketinggian atau berat unggul.
- Panjang – Panjang tubuh yang diukur dari sternum ke punggung sebaik-baiknya ialah 16–17 inci (41–43 cm). Ia berada dalam nisbah hampir-hampir 1 1/2 (panjang) dengan 1 (tinggi). Keseimbangan keseluruhan adalah lebih penting daripada mana-mana spesifikasi tunggal.
- Lilitan toraks (di belakang siku) – Lilitan tubuh yang diukur pada toraks, di belakang siku sebaik-baiknya ialah 17–18 inci (43–46 cm).
Kepala
- Ekspresi — Tenang dan baik hati
- Mata — Terletak dalam-dalam sedikit dengan ekspresi ramah, bersaiz sederhana. Warnanya ialah perang atau perang gelap pada anjing kelabu semua cahaya warna, hati pada anjing perang. Entropion atau ektropion ialah kecacatan yang menjadi syarat penyingkiran.
- Telinga — Bersaiz sederhana, labuh dengan cara yang menutup lubang dengan baik. Telinganya terletak dengan agak tinggi dengan tepi hadapan yang terletak dekat dengan pipi. Berbentuk seperti segi tiga, dengan sisi lebih pendek segi tiga pada lipatan telinga.
- Kepala — Kepala sebaik-baiknya sepanjang 8 inci (20 cm), selebar 3.5–4 inci (8.9–10.2 cm) dan berbentuk seperti baji panjang dan tumpul. Satah dahi membentuk stop ringan tetapi jelas dengan batang hidung. Lebar di antara telinga adalah lebih besar sedikit untuk jantan daripada betina.
- Tengkorak — Tengkorak berbentuk seperti baji tumpul dengan bahagian terlebear di antara telinga yang melengkung secara sederhana ke arah rabung supraorbital. Bonjol oksiput mudah mempalpat, tulang pipi sederhana menonjol. Alur hadapan hanya bertanda sedikit.
- Muncung — Batang hidung lurus. Muka sempit tidak diingini.
- Stop — Tidak menonjol tetapi jelas.
- Hidung — Gelap dan cukup terbentuk. Warnanya hitam dalam semua cahaya warna kelabu dan hati pada anjing perang.
- Bibir — Agak tebal, padan dengan kemas.
- Gigitan — Gigigtan gunting atau gigitan separas, kegigian lengkap diutamakan. Ketiadaan 2 batang geraham kecil pada rahang bawah tidak perlu dikenakan penalti. Ketiadaan lebih daripada 4 batang gigi atau sebarang kacip ialah kecacatan yang menjadi syarat penyingkiran.
- Gigi – Terletak bersudut tegak dengan rahang, kuat, dan sejajar dengan nalar.
Leher, garis atas, dan tubuh
- Leher – Cukup berotot dan kuat. Sederhana panjang, terangkat secara condong.
- Garis atas – Tidak lurus tetapi dengan sedikit kenaikan.
- Tubuh – Sepenuhnya berotot, bujur. Kelasa tidak begitu ketara dengan leher yang terletak agak tinggi. Krup terbentuk dengan jelas, berotot; pelvis sederhana condong. Tulang pinggul kerap lebih tinggi sedikit daripada kelasa.
- Dada – Lebih berbentuk silinder daripada dalam.
- Rusuk – Cukup melengkung.
- Garis bawah – Perut lebar dan sedikit berkelim. Lambung cukup berisi.
- Loin – Agak panjang, berotot, lebar, dan sedikit membulat.
- Ekor – Panjang unggul ialah 7–8 inci (18–20 cm), agak kuat dan terletak rendah-rendah. Ekor mungkin terangkat ke bawah atau dengan sedikit bengkok di hujung; atau terangkat dengan bentuk saber secara mendatar atau lebih tinggi. Semua gaya angkat ekor ini dianggap betul tanpa ada keutamaan. Ekor melingkar atau terangkat ke atas belakang perlu dikenakan penalti.
Sukuan hadapan
- Penyudutan — Cukup sederhana bersudut.
- Bahu – Berotot, santai ke belakang, dan berkuasa.
- Siku – Agak longgar, namun tidak terpusing ke dalam atau ke luar.
- Kaki – Pendek, lurus, cukup bertulang, dan selari. Kuku embun mungkin hadir.
- Kaki – Jari kaki besar dan cukup melengkung dengan kuku kuat dan tapak tebal cukup terbentuk.
Sukuan belakang
- Penyudutan — Cukup bersudut.
- Kaki — Kuat, selari, dan cukup berotot.
- Paha atas — Cukup berotot.
- Stifel — Cukup bengkok.
- Paha kedua — agak pendek
- Sendi keting – Kuat dan cukup terbentuk. Terletak agak tinggi.
- Kaki – Lebih kecil daripada kaki hadapan, jari kaki cukup melengkung, kuku kuat, dan tapak tebal cukup terbentuk.
Lapis bulu
- Panjang, halus, kukuh dengan sedikit tekstur, sedikit beralun dengan licauan sutera. Tidak berlebihan dengan terlalu banyak jumbai. Kecacatan: Tekstur keriting, kasar atau mirip wul kapas. Terier Czech didandani dengan menggunting dan memotong menjadi corak pelana pada tubuh, dengan bulu lebih panjang yang berakhir dengan huruf V pada ekor. Rupa bentuk "U" dipotong daripada bahagian sisi atas kaki hadapan dan kawasan leher, kepala, dada, bahu, ekor, dan paha belakang dari bahagian atas V pada ekor ke bahagian atas keting dan mengelilingi lohong dipotong menjadi lebih pendek untuk mencapai penampilan ini dan untuk menyoroti otot cukup terbentuk pada terier Czech. Bulu pada muka hadapan dari tengah mata ke pinggir belakang garisan bibir tidak perlu dipotong, lalu membentuk kening dan janggut. Peralihan antara kawasan terpotong dengan kawasan tidak terpotong patut menyenangkan mata dan tidak mengejut sama sekali.
Warna
- Terier Czech mempunyai dua keragaman warna: Pada anjing matang, berusia 3 tahun atau lebih tua: 1. Mana-mana cahaya warna kelabu daripada arang kepada kelabu platinum dengan pigmen hitam. 2. Perang kopi dengan pigmen hati. Hitam mungkin muncul pada kepala, janggut, pipi, telinga, kaki, dan ekor. Tanda-tanda putih, kelabu, perang, dan kuning diizinkan pada kepala, janggut, pipi, leher, dada, anggota tubuh, dan di sekitar lohong. Kolar putih atau hujung putih diizinkan pada ekor. Warna dasar mesti sentiasa meluas. Kecacatan: Lapis bulu brindle panjang pada anjing yang berusia lebih daripada 2 tahun, putih meliputi lebih daripada 20%, dan takik putih merupakan kecacatan yang menjadi syarat penyingkiran.[10][11]
Gaya jalan
- Tindakan patut bebas, terdorong, dan bertahan. Derapan agak perlahan tetapi berkekalan. Tungkai hadapan memanjang dalam garis lurus ke hadapan.
Perangai
Piawaian baka mensyaratkan anjing tenang dan agresi ialah kecacatan yang menjadi syarat penyingkiran. Terier Czech terkenal kerana kurang aktif dan lebih senyap berbanding dengan terier lain.[12] Ini mungkin atau mungkin tidak menjadikannya haiwan peliharaan sesuai untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak.
Penjagaan
Lapis bulu terier Czech tidak dilucutkan (bulu mati dicabut dengan jari atau pisau khas) seperti terier lain, sebaliknya diklip. Bulu lebih panjang patut diberus setiap hari.[13]
Kesihatan
Baka ini kadang-kadang mengalami kejang scotty, iaitu masalah kecil yang menyebabkan pergerakan kekok, tetapi ia tidak mengancam nyawa.[14]
Ternakan pembiakbakaan patut diperiksa untuk displasia pinggul, kehelan tempurung lutut, keabnormalan jantung, PLL (kehelan kanta primer) dan gangguan mata lain seperti katarak, isu tiroid, mielopati degeneratif, dan penyakit von Willebrand jenis 3, yang kesemuanya telah menjadi is berdokumen pada baka ini.[14]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: تيريئر چيک ; Czech: český teriér ; bahasa Inggeris: Czech terrier; cesky terrier
Rujukan
- ^ Atter, Sheila. "František Horák" (dalam bahasa Inggeris). Cesky Terrier Club (United Kingdom). Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ "History" [Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). Cesky Terrier Club (United Kingdom). Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ Finlay, Katie. "11 Rare Dog Breeds You Never Knew Existed" [11 Baka Anjing Jarang Yang Kewujudannya Tidak Pernah Anda Ketahui]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ "Cesky Terrier Club of America" (dalam bahasa Inggeris). Cesky Terrier Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2013. Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ a b "Did You Know?" [Tahukah Anda?] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ "Breed history" [Sejarah baka] (dalam bahasa Inggeris). Cesky Terrier Fanciers Association. Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ "Parent breed club" [Kelab baka induk] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ "The Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ "In the UK" [Di UK] (dalam bahasa Inggeris). Cesky Terrier Club (United Kingdom). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2018. Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ a b "FCI-Standard Nr. 246 CESKY TERRIER (Tschechischer Terrier)" [Piawaian FCI No. 246 Terier Czech] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 20 Januari 1998.
- ^ a b "FCI-Standard N° 246 CESKY TERRIER (Czech Terrier)" [Piawaian FCI No. 246 Terier Czech] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Bechov, K.; Binder-Gresly, Ruth. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 20 Januari 1998. Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ "The Right Breed?" [Baka Betul?] (dalam bahasa Inggeris). Cesky Terrier Club (United Kingdom). Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ "Grooming" [Pendandanan] (dalam bahasa Inggeris). Cesky Terrier Club (United Kingdom). Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ a b "The Cesky Terrier" [Terier Czech]. Pet Health Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2024.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Terier Czech. |
- Panduan Terier Czech Kanada (dalam bahasa Inggeris)