Semenyih
Bandar Semenyih | |
---|---|
Bandar | |
Koordinat: 2°57′N 101°51′E / 2.950°N 101.850°EKoordinat: 2°57′N 101°51′E / 2.950°N 101.850°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Hulu Langat |
Mukim | Bandar Semenyih |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak dipatuhi |
Laman sesawang | http://www.mpkj.gov.my |
Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih.
Istilah
Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau.
Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud 'sembunyi'. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan. Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Sungai Ujong yang merupakan salah satu luak yang membentuk Negeri Sembilan, manakala Lukut pula di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Sungai Ujong dan Semenyih diserahkan kepada Selangor.
Lokasi
Di dalam peta topografi, Semenyih terletak di latitud Utara 2° 57' , longitud Timur 101° 50' . Ketinggian pada 43 meter dari aras laut.
Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.
Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang.
Jarak
Jarak di antara Semenyih dengan bandar atau pekan yang berhampiran adalah seperti berikut:
- 1. Semenyih ke Kajang 8 km
- 2. ke Kuala Lumpur 32 km
- 3. ke Beranang 8 km
- 4. ke Broga 12 km
- 5. ke Kuala Klawang 60 km
- 6. ke Bangi Lama 8 km
- 7. ke Bandar Baru Bangi 20 km
- 8. ke Seremban 32 km
- 9. ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 56km
Semenyih hanya boleh dihubungi ke tempat-tempat di atas melalui jalan raya lama dan lebuh raya. Tidak ada landasan kereta api dan jalan air mahupun landasan kapal terbang. Lapangan terbang terdekat adalah KLIA yang berjarak 60km.
Bentuk Mukabumi
Semenyih terletak pada ketinggian 43 meter dari aras laut.
Muka bumi Semenyih tidak begitu rata. Permukaaannya pamah dan beralun. Di kawasan Hulu Semenyih diliputi kawasan berbukit-bukit. Kawasan yang agak rata terletak berhampiran dengan tepi Sungai Semenyih. Di sinilah kegiatan ekonomi , perumahan dan pembangunan infrastruktur dilaksanakan.
Kawasan di Pekan Semenyih bolehlah dikatakan rata. Permukaannya semakin meninggi apabila menghala ke hulu Sungai Semenyih. Sementara di kawasan hilir Sungai Semenyih, tanahnya lebih rendah. Pada suatu masa dahulu, iaitu tahun-tahun sebelum 1965, kawasan hilir sungai Semenyih merupakan kawasan limpahan banjir. Banjir sering berlaku di tebing-tebing sungai. Contohnya di kawasan Kampung Sungai Purun, Kampung Batu Tiga dan Rinching Hilir.
Kini, banjir tidak berlaku lagi kerana sungai Semenyih telah diluruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) dan terbinanya sebuah empangan di hulu sungai Semenyih.
Sungai
Terdapat beberapa sungai yang utama di Semenyih. Sungai tersebut adalah seperti berikut:-
- 1. Sungai Semenyih
- 2. Sungai Batangsi
- 3. Sungai Lalang
- 4. Sungai Saringgit
- 5. Sungai Kachau
- 6. Sungai Broga
- 7. Sungai Rinching
- 8. Sungai Purun
- 9. Sungai Tekala
- 10. Sungai Pening.
Sungai yang utama dan terpanjang ialah sungai Semenyih. Punca sungai ini adalah dari Bukit Arang yang berhampiran dengan sempadan negeri Sembilan. Lebar sungai ini kira-kira 40 kaki. Sementara airnya tidak dalam, kira-kira 1 -2 meter sahaja. Sungai Semenyih ini bercantum dengan sungai utama di daerah Hulu Langat iaitu Sungai Langat. Pertemuan sungai ini terletak di Jenderam Hilir dan menjadi lokasi Loji Semenyih.
Tanah Tinggi
Terdapat beberapa kawasan berbukit yang utama, terutama sekali di kawasan yang bersempadan dengan negeri Sembilan. Antaranya ialah:
Bukit | Tinggi (kaki) |
---|---|
Bukit Arang | 1838 |
Bukit Naning | 1418 |
Bukit Tekala | 783 |
Bukit Pening | 1068 |
Bukit Berak | 331 |
Bukit Ulu Beranang | 2654 |
Bukit Broga | 400 |
Bukit Rambai | 490 |
Bukit Buluh | 421 |
Bukit Tempurung | 401 |
Bukit Payung | 354 |
Legeh pada bukit-bukit ini merupakan kawasan punca sungai. Air sungai mengalir dari kawasan berbukit-bukit ini. Ia merupakan kawasan tadahan hujan yang paling sesuai. Kawasan tadahan hujan adalah luas. Oleh yang demikian, sebuah empangan telah dibina khusus untuk bekalan air bersih di daerah Hulu Langat. Empangan Semenyih ini menampung keperluan penduduk Lembah Kelang khususnya Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Petaling Jaya, Sepang, Kuala Langat dan lain-lain.
Cuaca
Secara am, cuaca di Semenyih adalah panas dan lembab . Keadaan ini berlaku siang dan malam sepanjang tahun. Suhu panas disederhanakan oleh pokok-pokok tanaman dan pokok semulajadi yang banyak terdapat di Semenyih. Suhunya di antara 27 hingga 29 darjah Celcius.
Hujan sering turun pada waktu petang. Biasanya dari jenis hujan perolakan
Tumbuhan semula jadi
Hutan Lipur Sungai Tekala terletak di mukim Hulu Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
Hutan Lipur Sungai Tekala termasuk dalam Hutan Simpan Sungai Lalang, Selangor.
Hutan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan dan air yang ditadah, diempang oleh Empangan Semenyih. Airnya disalurkan melalui paip air ke Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Semenyih tidak menerima air daripada Empangan Semenyih. Kawasan Semenyih kmendapat bekalan air dari hilir Sungai Semenyih iaitu di Jenderam yang dipanggil Semenyih Intake.
Sejarah
- Engku Husain
- Sistem Pentadbiran di Semenyih
- Sejarah Kampung Baru Daerah Hulu Langat
- Penduduk Semenyih
- Kemudahan Awam di Semenyih
- Sejarah komunis di Selangor
- Tragedi Semenyih
Pusat Rekreasi Semenyih
- Air terjun Sungai Tekala
- Air Terjun sungai Batangsi
- Air Terjun Sungai Gabai
- Air Terjun Sungai Lalang
- Empangan Semenyih
- Air panas Broga
- Bukit Broga
- Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih
- Masjid Kampung Pasir ,Kampung Pasir
- Masjid Kampung Rinching Hilir , Kampung Rinching Hilir
- Masjid Kampung Batu Tiga,Kampung Batu Tiga
- Masjid Kampung Rinching Hulu, Kampung Rinching Hulu
- Masjid Kampung Sungai Kembung,Kampung Sungai Kembung
- Kuil Seri Subramaniam ,Pekan Semenyih
- Kuil Ladang Semenyih,Ladang Semenyih
- Kuil Kampung Rinching Tengah,Kampung Rinching Tengah
- Kuil Sekolah Tamil Ladang Rinching
- Kuil Kampung Sireh, Kampung Sireh
- Gereja Ladang Semenyih, Kampung Baru Jaya, Semenyih
- Gereja Lutheran Kampung Baru Jaya, 43500 Semenyih
- Gereja Semenyih Assembly of God, Taman Paling Jaya, Semenyih
Pendidikan di Semenyih
- Sekolah Rendah[1][2]
- Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih
- Sekolah Kebangsaan Semenyih
- Sekolah Kebangsaan Beranang
- Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Pajam
- Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin
- Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma
- Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi
- Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching
- Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Semenyih
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Dominion
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Rinching
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Ming
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kampung Baru Semenyih
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ton Fah
- Sekolah Agama[3][4][5]
- Sekolah Rendah Agama Kampung Pasir Baru
- Sekolah Rendah Agama Batu 3 Jalan Bangi
- Sekolah Rendah Agama Bandar Baru Rinching
- Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih
- Sekolah Rendah Agama Sesapan Batu Minangkabau
- Sekolah Rendah Integrasi Al-Munawwarah (Semenyih)
- Sekolah Rendah Integrasi Taman Pelangi Semenyih
- Sekolah Rendah Integrasi Al-Islah At-Taqwa
- Sekolah Rendah Islam Nur Hikmah
- Sekolah Rendah Islam Raudhatul Iman
- Pengajian Tinggi[8]
- Kolej Vokasional Kajang
Taman perumahan di Semenyih
- Ascotte Boulevard
- Bandar Teknologi Kajang
- Bandar Rinching
- Bandar Sunway Semenyih (http://www.ppbss.org Diarkibkan 2009-04-13 di Wayback Machine)
- Kem Batalion 4 P.G.A Semenyih
- Rumah PKNS Batu 1/2 Jalan Bangi
- Setia Ecohill
- Setia Ecohill 2
- Taman Bangi Jaya
- Taman Bukit Semenyih
- Taman Bunga Raya
- Taman Dalma batu 1/2 Jalan Bangi
- Taman Desa Anggerik
- Taman Desa Mewah
- Taman Dusun Jaya
- Taman Gembira
- Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang
- Taman Hiew Piow
- Taman Kenanga
- Taman Paling Jaya
- Taman Pelangi Semenyih
- Taman Raja Uda
- Taman Semenyih Impian
- Taman Semenyih Indah
- Taman Semenyih Mewah
- Taman Semenyih Mewah Fasa 2
- Taman Semenyih Permai
- Taman Semenyih Ria
- Taman Seri Haneco
- Taman Sri Mawar
- Taman Sri Tanjung
- Taman Tan Sri Manickavasagam (sejak 1990-an)
- Taman Tasik Semenyih
- Tiara East Residence
- Taman Semenyih Indah 2
- Taman Semenyih Mewah Fasa 3 (The Green)
- Taman Semenyih Mewah Fasa 4 (The House)
- Taman Semenyih Jaya
Serta banyak lagi yang lain di Semenyih yang tidak dapat diketahui nama taman perumahan itu.
Kampung Di Semenyih.
- Kampung Sungai Purun
- Kampung Batu 3
- Kampung Batu 5
- Kampung Pasir Baru
- Kampung Tanjung
- Kampung Sentosa
- Kampung Rinching Hulu
- Kampung Machang
Ekonomi Semenyih
- Sektor Pertanian di Semenyih
- Sektor Perlombongan di Semenyih
- Perindustrian di Semenyih
- Sektor Perniagaan dan Perdagangan
Rujukan
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-27. Dicapai pada 2019-04-27.
- ^ https://www.apac.com.my/location/selangor/semenyih/
- ^ http://pendidikan.jais.gov.my/sra-hlangat
- ^ http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senarai-sekolah-rendah-agama-sra-swasta/resource/0036e117-0cef-407d-9601-923f1c628289
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-24. Dicapai pada 2021-09-05.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-27. Dicapai pada 2019-04-27.
- ^ https://www.apac.com.my/location/selangor/semenyih/
- ^ https://university.tuitionjob.com/UniversityList/Selangor/Semenyih
Pautan luar