Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih (SKBSS) merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan di Bandar Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah.
Pada sesi persekolahan tahun 2024/2025, SKBSS mempunyai seramai 950 orang murid dan 56 orang guru.
Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih | |
---|---|
Lokasi | |
Bandar Sunway Semenyih, Semenyih 43500, Selangor ![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | "PENDIDIKAN BERKUALITI", INSAN TERDIDIK", "NEGARA SEJAHTERA" |
Ditubuhkan | 7 Julai 2012 (Tarikh Pecah Tanah) 12 Januari 2015 (Sekolah Dibuka Secara Rasmi) |
Autoriti pendidikan | Hulu Langat |
Sesi | Satu sesi ( Pagi ) |
Nombor sekolah | 03-8723 0984 |
Kod sekolah | BBA 4061 |
Pengerusi PIBG | Faical Bin Malik |
Guru besar | -TIADA- |
Tenaga pengajar | 56 orang |
Jumlah penuntut | 950 pelajar |
Kelas | 24 Kelas |
Warna | UNGU - RASMI |
Slogan | Proud To Be SunwayerS |
Lagu | SUNWAYERS GEMILANG
Sebaris berpadu tenaga, Seribu langkah ke hadapan, Buktikanlah pada semua, Berjanji taat setia. Semarak semangat perpaduan, Hadapi cabaran masa muka, Tunaikanlah cita di masa depan, Berbakti pada negara. SKBSS tetap gemilang, Megah berdiri warga cemerlang, Ayuhlah kita sama berjuang, Menuju puncak jaya. |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Amalina Binti Ismail |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Masran Bin Khalil |
Penolong Kanan Kokurikulum | Akmalul Husna Binti Mohamed Zauti |
Laman sesawang | Youtube - https://www.youtube.com/@SUNWAYERSTVPSS/featured
Facebook - https://www.facebook.com/skbandarsunwaysemenyih Telegram - https://t.me/+8NGI8aVFSwc3NDI1 |
Sejarah
SKBSS ditubuhkan pada 7 Julai 2012 dan Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Yang Berhomat Dr Mohd Puad Zarkashi.
SKBSS mula beroperasi pada 12 Januari 2015 dengan 34 orang guru, 1 staf sokongan dan 372 orang murid dari Tahun 2, 3 dan 4.
Nama SKBSS diambil sempena nama taman perumahan bersebelahan dengannya, iaitu Bandar Sunway Semenyih. Penduduk di sekitar perumahan ini termasuk Taman Desa Mewah mempunyai kira-kira 8000 penduduk.
Sekolah yang berkonsepkan moden ini berada dalam lingkungan Mukim Semenyih di daerah Hulu Langat. Pembinaan sekolah ini mengurangkan kesesakan di beberapa buah sekolah di Semenyih termasuklah Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching dan Sekolah kebangsaan Semenyih.
Pengurusan awal pembukaan sekolah oleh Puan Rohaya binti Mad Wazir yang telah dilantik sebagai "Care Taker".
Majlis penyerahan Bangunan telah disempurnakan oleh Abdul Aziz bin Haji Ashaari, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Logo dan bendera sekolah direka khas oleh Faiza binti Ahmad Fauzi, salah seorang guru SKBSS.
Lirik lagu sekolah telah dicipta oleh Azah Halimah binti Ramli yang merupakan guru di Sk Semenyih.
Guru Besar
Guru Besar Pertama - Adonie binti Adnan (2015 - 2017)
Guru Besar Kedua - Siti Rozita binti Yahya (2017 - 2019)
Guru Besar Ketiga - Sabarudin bin Abu Bakar (2019 - 2021)
Guru Besar Keempat - Samsul Irwan bin Sanusi (2021 - 2025)
Pencapaian
- Pertandingan Robotik
- Sijil dan Anugerah Pencapaian Kurikulum Sekolah
- Pencapaian UPSR (2018)
- Watikah dan Anugerah Kokurikulum "Anugerah dan Pencapain Hayl Arsyad bin Azrul Izham, Anugerah Rambu Biru Pengakap Kanak-Kanak Negeri Selangor"
- Perkhemahan TKRS Peringkat Kebangsaan 2018 di Pusat Kokurikulum Melaka
- Naib Johan Pertandingan Bercerita Zon Semenyih Tahap 1 (2019)
- Naib Johan KATMO Kriket Hulu Langat (2023)
- Tempat Ketiga Kriket MSSD Hulu Langat (2023,2024)
- Johan Pesta Pantun Daerah Hulu Langat (2024)
- Pingat Emas Pertama Sukan Olahraga (2024) - Lompat Tinggi - Mutiara Arissa
- Tuan Rumah, Pengelola MSSD Hulu Langat Boling Tenpin & Memimpin Boling Tenpin Hulu Langat menjuarai MSS Selangor selama 2 tahun berturut-turut (2023 & 2024)
Alamat
Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih, Jalan Sunway 1/1, Bandar Sunway Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor.
Pautan luar
- SUNWAYERS TVPSS di Youtube
- Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih di facebook
- SUNWAYERS OFFICIALdi Telegram