Mutiara Damansara | |
---|---|
Transkripsi Lain-lain | |
• Bahasa Cina | 珍珠白沙羅 |
Koordinat: 3°05′N 101°39′E / 3.083°N 101.650°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Petaling Jaya |
Keluasan | |
• Jumlah | 1.38 km2 (0.53 batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 47810 |
Mutiara Damansara merupakan satu kawasan perumahan dan komersial yang baru yang dimiliki Mutiara Rini Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Boustead, di daerah Petaling, Selangor.
Ciri-ciri
Mutiara Damansara merupakan projek pembangunan perumahan dan komersial berbentuk mewah yang mengambil tanah seluas kira-kira 145 hektar yang terletak di pusat sektor paling lumayan Lembah Klang, dan mempunyai nilai pembangunan kasar RM1 bilion. Petempatan ini yang dikelilingi Bandar Utama, Taman Tun Dr. Ismail, Bandar Sri Damansara dan Sunway Damansara merupakan salah satu tempat yang paling digemari oleh pembeli hartanah di Lembah Klang.
Pembangunan komersial
the Curve
Pembangunan komersial yang pesat menggambarkan para penghuninya - giat, beraneka dan mesra. The Curve di Mutiara Damansara mampu membayangkan semua kualiti ini. The Curve merupakan pusat gaya hidup terbuka yang terulung di Malaysia yang dilengkapi lorong beli-belah khusus yang menjanjikan pengalaman baru kepada para pelanggan. Dengan 250 kedai makanan dan butik fesyen yang didirikan jenama terkemuka, inilah tempatnya di mana seseorang dapat memperoleh kepelbagaian fesyen, hiburan yang penuh keseronokan dan makanan yang lazat. The Curve dilengkapi hiburan luar bangunan yang dipenuhi acara muzik dan kesenian sepanjang tahun.
Keluasan tanah bersih (ruang yang boleh disewa untuk kedai makan, fesyen dan pejabat) the Curve kira-kira 63,000 meter persegi, turut didampingi hotel Royale Bintang yang bertaraf empat bintang, plaza umum, laluan mesra pejalan kaki ke IKEA, Lotus's dan Cineleisure serta tempat letak kereta bawah tanah beraras dua yang boleh menampung sebanyak 2,400 buah kereta.
IKEA
IKEA merupakan jenama penjual perabot yang terkemuka dari Sweden yang mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah negara. Cawangan Malaysia di Mutiara Damansara yang dibuka pada Ogos 2003 (setelah berpindah dari 1 Utama) merupakan cawangan IKEA yang terbesar di Asia, mengambil tanah seluas kira-kira 25100 meter persegi, menawarkan lebih 7,000 keperluan dan hiasan perumahan untuk semua.
Cineleisure Damansara
Kumpulan Cathay serta pemaju penempatan ini telah membangunkan pusat beli-belah dan hiburan yang mengambil tanah seluas 19000 meter persegi sebagai penghuni utama ketiga di kawasan niaga Mutiara Damansara, iaitu Cineleisure Damansara. Cineleisure Damansara yang dibuka pada pertengahan tahun 2006 khusus sebagai tempat pawagam, akan dilengkapi pusat boling 60 lorong, disko, arked permainan video dan kedai peruncit bahan hiburan, serupa dengan Kompleks Cineleisure di Orchard Road, Singapura. Kemudian Kumpulan Boustead membeli pusat beli-belah itu kemudian menjenamakan semula kepada eCurve. Pusat membeli-belah itu kemudian ditutup untuk dijenamakan semula sebagai The Lines Mutiara Damansara.
Pengangkutan
Mutiara Damansara dapat dicapai dengan menggunakan perkhidmatan bas awam yang disediakan oleh Rapid KL; iaitu laluan 780 dalam Koridor Lebuhraya Persekutuan, 801 dan 802 dalam Koridor Damansara Laluan bas 780 akan bermula di Hentian Akhir Bandar (HAB) Pasar Seni di Platform D, di Jalan Sultan Mohamed, Kuala Lumpur (kod hentian bas – KL2212) dan tamat di Seksyen 8 Kota Damansara dekat PPR Kota Damansara di Jalan Pekaka 8/1, Kota Damansara untuk ke arah Kota Damansara. Manakala untuk ke arah Hab Pasar Seni, adalah sebaliknya.[1] Laluan 801 pula bermula di Terminal Bandar Utama dekat 1 Utama menuju ke Taman Usahawan dekat Kepong manakala laluan 802 pula bermula di stesen LRT Kelana Jaya menuju ke Seksyen 11 Kota Damansara.[2][3] Perkhidmatan bas laluan 780 dan 802 hanya berkhidmat di sekitar Persiaran Surian manakala laluan 801 berkhidmat di sepanjang Jalan PJU 7/1.[1][2][3]
PJ City Bus (atau bas Smart Selangor) juga berkhidmat di sekitar Mutiara Damansara. Laluan bas PJ06 bermula di Terminal Bandar Utama ke Damansara Damai berkhidmat di sepanjang Jalan PJU 7/1, Mutiara Damansara. Jumlah flet bas PJ City Bus yang diperuntukkan untuk laluan PJ06 ialah sebanyak tiga buah flet sehari, dengan kekerapan bas di antara 30 hingga 35 minit. Laluan bas PJ06 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid KL.[4][5][6] Panjang keseluruhan laluan bas PJ06 ialah 30.5 kilometer (19.0 bt).[6]
Selain itu juga, stesen MRT Mutiara Damansara merupakan satu-satunya stesen kereta api di Mutiara Damansara. Stesen kereta api ini menyediakan perkhidmatan Laluan Kajang dan buat julung kalinya beroperasi pada 16 Disember 2016 di bawah Fasa 1 pembukaan Laluan Kajang.[7] Di stesen MRT ini juga, terdapat perkhidmatan bas perantara MRT Laluan Kajang.[8] Terdapat dua laluan bas yang disediakan, membabitkan T809 dan T810 dalam Koridor Damansara. Laluan bas T809 bermula di Pintu C stesen menuju ke Damansara Perdana dan Bandar Utama manakala laluan bas T810 bermula di Pintu B stesen menuju ke Kampung Bukit Lanjan.[8][9][10]
Rujukan
- ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | 751" [MyRapid - Hentian Bas | 751]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | 801" [MyRapid - Hentian Bas | 801]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | 802" [MyRapid - Hentian Bas | 802]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "MyRapid - Bus Kiosk | PJ06" [MyRapid - Hentian Bas | PJ06]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "'PJ CITY BUS' Free Bus Service" [Perkhidmatan Bas Percuma 'PJ City Bus']. Causeway Link (dalam bahasa Inggeris). Handal Indah. Dicapai pada 16 Februari 2024.
- ^ a b "#MariNAIK PJ City Bus" (PDF). Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2018. Dicapai pada 16 Februari 2024.
- ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Disember 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2017. Dicapai pada 6 November 2018.
- ^ a b "Rapid KL - Bus Info: Feeder Bus For MRT Kajang Line" [Rapid KL - Maklumat Bas: Bas Perantara untuk MRT Laluan Kajang]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia Berhad. Dicapai pada 28 Januari 2024.
- ^ "MyRapid - Bus Kiosk | T809" [MyRapid - Hentian Bas | T809]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "MyRapid - Bus Kiosk | T810" [MyRapid - Hentian Bas | T810]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
Koordinat: 3°09′21″N 101°36′41″E / 3.1559303°N 101.611417°E