MARA Profesional College | |
Nama lama | Institut Perdagangan MARA (IPM) |
---|---|
Jenis | Kolej Universiti Kerajaan |
Ditubuhkan pada | Mei 1977 sebagai IPM |
Lokasi | |
Laman sesawang | Laman Rasmi |
Kolej Profesional MARA (KPM) ialah sebuah kolej awam yang diuruskan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada mulanya dikenali sebagai Institut Kemahiran MARA (Perdagangan) dan kemudiannya ditukar nama kepada Institut Perdagangan MARA (IPM). IPM pertama telah ditubuhkan pada Mei 1977 di Kuala Lumpur. Pada bulan Jun 1998, IPM Kuala Lumpur mendapat kampus tetap di Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Bersempena dengan perpindahan ke kampus baharu, IPM dijenamakan sebagai Kolej Profesional MARA (KPM). Sejak itu, terdapat enam buah kampus KPM ditubuhkan di seluruh Malaysia.
- KPM Beranang di Selangor (asalnya IPM Kuala Lumpur)
- KPM Bandar Melaka di Melaka
- KPM Ayer Molek di Melaka
- KPM Indera Mahkota di Pahang
- KPM Seri Iskandar di Perak
- KPM Bandar Penawar di Johor.
Organisasi-Organisasi Pelajar
Seiring dengan dasar penubuhan KPM untuk melahirkan pemimpin daripada kalangan pelajar, beberapa organisasi dan pogram kepimpinan telah di tubuhkan untuk mengasah bakat kepimpinan pelajar. Organisasi-organisasi ini dikendali sepenuhnya oleh pelajar dengan bantuan penasihat.
- Majlis Perwakilan Pelajar
- Program Siswa Niaga
- Majlis Perwakilan Sukan Mahasiswa/i
- Peers Guidance Council
- Badan Dakwah dan Rohani
- Kelab-kelab kursus
- Mentor Mentee
- Kelab Koir D'Ruffmixx
Pautan luar
- Kolej Profesional MARA Diarkibkan 2009-04-08 di Wayback Machine
- [1]
- [2] Diarkibkan 2013-11-04 di Wayback Machine