Daerah Kuala Langat | |
---|---|
Kuala Langat | |
Transkripsi lain | |
• Jawi | كوالا لاڠت |
• Cina | 瓜拉冷岳县 |
• Tamil | குவாலா லாஙாட் |
Lokasi Daerah Kuala Langat di Malaysia | |
Koordinat: 2°50′N 101°30′E / 2.833°N 101.500°EKoordinat: 2°50′N 101°30′E / 2.833°N 101.500°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Pusat | Teluk Datok |
Bandar terbesar | Banting |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Kuala Langat |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Heeza Hassan[1] |
• Orang Besar Daerah | Mohamed Al Haj Harun[2] |
Keluasan | |
• Jumlah | 858 km2 (331 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 307,449 |
• Kepadatan | 360/km2 (930/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak diamalkan) |
Poskod | 425xx-428xx, 471xx |
Nombor telefon | +6-03-31, +6-03-51, +6-03-5614, +6-03-80 |
Nombor plat kenderaan | B |
Kuala Langat merupakan salah satu dari sembilan daerah di Selangor, Malaysia. Daerah ini terletak di selatan negeri Selangor bersempadan dengan daerah Klang dan Petaling di utara, daerah Sepang di timur dan Selat Melaka di barat dan selatan. Daerah ini berkeluasan 858 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 307,449 orang pada tahun 2020.
Antara bandar utama di daerah ini termasuklah Morib, Banting, Jugra dan Pulau Carey.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Kuala Langat ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang dinaiktaraf kepada majlis perbandaran pada tahun 2020. Daerah ini terbahagi kepada enam mukim, lima bandar dan 17 pekan.[4]
Mukim
[sunting | sunting sumber]Bandar dan pekan
[sunting | sunting sumber]- Bandar Banting
- Bandar Jenjarom
- Bandar Sijangkang
- Bandar Tanjong Sepat
- Bandar Telok Panglima Garang
- Pekan Batu
- Pekan Bukit Changgang
- Pekan Chodoi
- Pekan Jenjarom
- Pekan Kanchong
- Pekan Kanchong Darat
- Pekan Kelanang Batu Enam
- Pekan Morib
- Pekan Permatang Pasir
- Pekan Sijangkang
- Pekan Simpang Morib
- Pekan Sungai Manggis
- Pekan Sungai Raba
- Pekan Tanjong Duabelas
- Pekan Telok Datok
- Pekan Tongkah
- Pekan Telok
Politik
[sunting | sunting sumber]Pihak Berkuasa Tempatan
[sunting | sunting sumber]Daerah Kuala Langat berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang dinaik taraf pada tahun 2020.
Ahli Parlimen
[sunting | sunting sumber]- Ahli Parlimen Kuala Langat
- YB Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi
- Ahli Parlimen Sepang
- YB Datuk Aiman Athirah Sabu
Ahli Dewan Negeri (ADN)
[sunting | sunting sumber]- ADN Sijangkang
- YB Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi
- ADN Banting
- YB Tuan Papparaidu Veraman
- ADN Morib
- YB Tuan Rosnizan Ahmad
- ADN Tanjong Sepat
- YB Tuan Borhan Aman Shah
Penyelaras Parlimen
[sunting | sunting sumber]- Pegawai Penyelaras Parlimen Kuala Langat
Demografi
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Kuala Langat ialah seramai 307,449 orang dengan kepadatan penduduk 359 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 70 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak lima peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 110:100. Terdapat 95,799 tempat kediaman dengan sebanyak 79,890 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 214 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 82 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 10 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 205,011 |
Cina | 53,101 | |
India | 31,624 | |
Lain-lain | 1,045 | |
Bukan warganegara | N/A | 16,668 |
Agama | Jumlah | % |
---|---|---|
Islam | 210,834 | 68.6 |
Buddha | 47,634 | 15.5 |
Hindu | 31,983 | 10.4 |
Kristian | 5,316 | 1.7 |
Lain-lain | 7,595 | 2.5 |
Tidak beragama | 2,587 | 0.8 |
Tidak diketahui | 1,500 | 0.5 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Portal Rasmi PDT Kuala Langat Carta Organisasi PDKL". www.selangor.gov.my. 2023-02-25.
- ^ "Portal Rasmi PDT Kuala Langat Orang Besar Daerah". www.selangor.gov.my. 2023-02-25.
- ^ "Portal Rasmi PDT Kuala Langat Profil Kuala Langat". www2.selangor.gov.my. 2016-08-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-25.
- ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH SELANGOR" (PDF).
- ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/