Twentyfive.7 atau nama lain, 257 ialah sebuah perbandaran seluas 257 ekar yang terletak di Kota Kemuning, Selangor, yang dibangunkan oleh Gamuda Land. Komuniti mesra haiwan pelihara itu terkenal dengan konsep "kehidupan di tepi dermaga", yang mana di sekeliling sebuah tasik, sebuah pusat beli-belah dan ruang komuniti yang bersemangat. Quayside Mall, iaitu pusat beli-belah di Twentyfive.7 merupakan salah satu tempat untuk orang membeli-belah, makan dan minum, melihat pameran dan juga, berjumpa dengan orang yang terdekat dan rakan-rakan.
Twentyfive.7
257 | |
---|---|
Perbandaran | |
Koordinat: 2.955898°N 101.553884°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | ![]() |
Mukim | Tanjong Duabelas (I) |
Ditubuhkan | 2017 |
Dibangunkan oleh | Gamuda Land |
Keluasan | |
• Jumlah | 1.04 km2 (0.40 batu persegi) |
Penduduk | |
• Jumlah | - |
Zon waktu | WPM |
Poskod | 42500 |
Laman sesawang | https://www.gamudaland.com.my/developments/twentyfive-7 |
Tentang
Terletak di pinggir bandar Kota Kemuning, Twentyfive.7 adalah pembangunan perbandaran bersepadu yang memenuhi keperluan golongan muda dan berjiwa muda. Perbandaran ini diilhamkan dan dikelilingi oleh komuniti yang bertenaga. Penduduk menikmati rangkaian luas kedai F&B(food&beverage), kedai runcit dan hiburan dengan Quayside Mall terletak betul-betul di tengah-tengah pembangunan. Pusat beli-belah ini membuka ke taman pusat melalui persiaran tempat komuniti berkumpul dan mengenali antara satu sama lain.[2]
Lokasi dan aksesibiliti
Lokasi: Terletak di selatan perbandaran Kota Kemuning, di Persiaran Rimbayu, Telok Panglima Garang, Selangor.
Aksesibiliti: Ia menawarkan kebolehcapaian yang sangat baik ke lebuh raya utama, termasuk:
Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA)
KLIA terletak kira-kira 35km dari sini.
Kemudahan kereta EV
Twentyfive.7 mempunyai stesen pengecasan untuk kereta elektrik (EV), iaitu 'BMW Destination Charging Station' dan 'Shell Recharge Charging Station' dan 'ChargEV Charging Station' di dalam Pusat Beli-Belah Quayside. [3][4]
Residensi di Twentyfive.7
- Luxura
- Lucent
- Levane
- The Amber (apartment servis)
- Quayside Plazas (apartment servis)
Rujukan
- ^ "Majlis Perbandaran Kuala Langat". ms.m.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Kuala_Langat.
- ^ "twentyfive7". Gamuda Land. Dicapai pada 2025-09-17.
- ^ "BMW Destination Charging Station".
- ^ "Electric Vehicle Charging | Shell Malaysia". www.shell.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-18.