Pekan Kapar | |
---|---|
![]() | |
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | Kampar[1] |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Daerah Klang |
Mukim | Pekan Kapar |
Keluasan | N/A |

Pekan Kapar terletak di daerah Klang, Selangor, Malaysia. Pekan Kapar berhampiran dengan Sungai Kapar yang mengalir ke Selat Melaka. Di sebelah barat pekan ini, terdapat kawasan paya yang luas tapi sebahagiannya telah ditebusguna. Nama Kapar, berasal dari nama Ikan Kapar kerabat Ikan Puyu dan Temakang
Pekan Kapar merupakan kawasan yang diduduki oleh kaum Melayu, Cina dan India. Ramai dari penduduk Melayunya berketurunan Jawa. Di kawasan bandar dipenuhi deretan kedai yang diusahakan oleh kaum Cina.
Kapar dipercayai terkenal dengan kisah lagenda Batu Belah Batu Bertangkup.
Etimologi
Menurut ahli bahasa Asmah Haji Omar, nama Kapar asalnya daripada nama Kampar iaitu nama sebuah kabupaten di pulau Sumatera di Indonesia. Menurut beliau, ia juga mempunyai kaitan dengan nama daerah Kampar yang terdapat di Perak dan dengan ungakapan urang kampar yang digunakan dalam bahasa Iban untuk membawa maksud "orang asing".[1]
Pautan luar
Rujukan
- ^ a b Asmah Haji Omar (2015). "Kampar dalam geolinguistik dan geobudaya Melayu" (PDF). Jurnal Bahasa. 15 (2): 213–217. Dicapai pada 18 Februari 2025 – melalui UKM Learning and Research Repository.