Rimbayu (Jawi: ريمبايو) ialah sebuah pembangunan perbandaran yang besar dan bersebelahan dengan kawasan Telok Panglima Garang, di Selangor yang diwujudkan oleh IJM Land, sebuah kawasan kediaman, komersial, dan rekreasi yang meluas di Shah Alam, Selangor, yang direka untuk mengintegrasikan kehidupan dengan alam semula jadi serta, nama 'Rimbayu' merupakan kombinasi dua perkataan iaitu 'Rimba' dan 'Bayu'. Dengan keluasan 1,879 ekar, ia menawarkan pelbagai jenis rumah seperti rumah kediaman dua tingkat, rumah konsep fleksibel, dan kawasan komersial yang tertumpu di Uptown @Rimbayu, menjadikannya kawasan yang berdikari dan mesra alam. Kawasan ini terbahagi kepada beberapa zon/presint, iaitu Flora, Fauna, Bayu and Hab Komersial (Commercial Hub). Rimbayu mempunyai sambungan lebuh raya yang sangat baik, dengan akses ke lebuhraya seperti
Lebuhraya Shah Alam (KESAS),
Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA),
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan
Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE).[1]
Rimbayu | |
|---|---|
Perbandaran | |
| Bandar Rimbayu | |
| Transkripsi lain | |
| • Tulisan Jawi | ريمبايو |
| • Bahasa Cina | 林巴尤市 (Lín bā yóu shì) |
| • Bahasa Tamil | ரிம்பாயு நகரம் (Rimpāyu nakaram) |
Jalan raya di Bandar Rimbayu | |
| Etimologi: Gabungan perkataan 'Rimba' dan 'Bayu' | |
| Koordinat: 2.934126°N 101.539507°E | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | |
| Mukim | Tanjong Duabelas (I) |
| Ditubuhkan | 2013 |
| Diasaskan oleh | IJM Land |
| Pentadbiran | |
| • Ditadbir oleh | Majlis Perbandaran Kuala Langat[2] |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 7.6 km2 (2.9 batu persegi) |
| Penduduk (lewat 2024) | |
| • Jumlah | 20,000 (anggaran) |
| Zon waktu | WPM |
| Poskod | 42500 |
| Laman sesawang | Bandar Rimbayu | IJM Land |
| Lokasi Bandar Rimbayu di Peta Google | |

Juga, terdapat bandar-bandar yang terdekat di Rimbayu seperti Eco Santuari, Tropicana Aman, Twentyfive.7, Kampong Jalan Kebun, Kampung Lombong dan Bandar Saujana Putra. Serta, pasar raya besar iaitu Lotus's terletak di Rimbayu. Stesen minyak Shell dan Caltex juga terletak di Rimbayu.
Ciri-ciri utama
- Konsep Pembangunan: Bandar ini direka bentuk sebagai komuniti yang berpusat pada alam semula jadi, dengan banyak kawasan hijau dan kemudahan komuniti untuk menyokong kehidupan yang sihat dan aktif.
- Lokasi: Ia terletak bersebelahan denganKota Kemuning, dan mempunyai sambungan lebuh raya yang sangat baik.
- Pembangunan Pelbagai Guna: Rimbayu merangkumi kawasan perumahan, komersial, dan kemudahan rekreasi dalam satu kawasan pembangunan yang bersepadu.
- Kemudahan Perniagaan: Uptown @ Rimbayu ialah pusat perniagaan dan gaya hidup yang menyediakan kedai dan pejabat perniagaan, serta mewujudkan destinasi yang meriah.
- Kemudahan Komuniti: Terdapat juga kemudahan seperti The Club @ Rimbayu, yang menawarkan ruang untuk senaman, bersosial, dan menjamu selera.
- Rangkaian Hijau: Rimbayu menekankan aspek kehijauan, dengan kawasan hijau yang luas dan reka bentuk yang mengutamakan alam sekitar dalam pembangunan rumah dan kawasan umum.
- Infrastruktur: Rimbayu juga dilengkapi dengan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi 4G.
Akses
Ia mudah diakses melalui lebuh raya utama yang menghubungkan ke Kuala Lumpur, Subang, Petaling Jaya, Shah Alam, dan Klang seperti lebuhraya SKVE, ELITE, LKSA dll.
Akses ke Bandar Rimbayu
- Melalui Persiaran Bayu dari Bandar Saujana Putra/
Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE)/
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).
- Melalui Jalan Kebun dari Kampong Jalan Kebun/
Lebuhraya Shah Alam (KESAS)/Alam Impian/Shah Alam.
- Melalui Persiaran Rimbayu dari Kota Kemuning/
Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA)/Shah Alam/
Lebuhraya Shah Alam (KESAS).[3]
Residensi di Bandar Rimbayu
- Scarlet
- Wisteria
- Perennia
- Periwinkle
- Chimes
- Livia
- Avela
- Robin
- Starling
- Halaman 11
- Anthea
- Penduline
- Swans
- Meta[4]
Rujukan
- ^ {{Cite web|url=https://rimbayu.ijmland.com/%7Ctitle=IJM Rimbayu | Official Website|last=Berhad|first=IJM Land|website=rimbayu.ijmland.com|access-date=2025-09-17}}
- ^ "Majlis Perbandaran Kuala Langat". ms.m.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Kuala_Langat.
- ^ "Google Maps". Google Maps. Dicapai pada 2025-09-19.
- ^ Berhad, IJM Land. "IJM Rimbayu | Masterplan". rimbayu.ijmland.com. Dicapai pada 2025-09-19.









