Native name: Pulau Indah ڤولاو اينده | |
---|---|
Geography | |
Location | Selat Melaka |
State | Selangor |
District | Klang |
Demographics | |
Population | 20,000 |
Pulau Indah atau nama asalnya, Pulau Lumut, merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor, Malaysia. Pelabuhan Barat Pelabuhan Klang terletak di sini.
Pulau Indah dalam Daerah Dan Mukim Klang merupakan Pulau yang menempatkan Pelabuhan Barat Dan Tiga Sekolah Kerajaan. Pulau Indah diuruskan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang. Pulau yang kaya dengan hasil lautan dan flora dan fauna ini menyebabkan ramai yang menetap di pulau ini. Di Pulau Indah, Terdapat empat buah Kampung Tadisi yang diberi nama Sungai Pinang,Sungai Kembong,Perigi Nanas dan Telok Nipah. Terdapat dua jalan perhubung antara tanah besar Klang dan pulau ini iaitu Lebuhraya Pulau Indah Dan Lebuhraya SKVE.