Istilah lebuh raya (Jawi: لبوه راي ) merujuk kepada rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan beberapa lokasi penting, seperti antara bandar-bandar raya.
Di negara yang kurang maju ataupun mempunyai jaringan jalan raya yang kurang, istilah "lebuh raya" merujuk kepada laluan jalan raya kebangsaan utama bagi menghubungkan antara dua atau lebih bandar raya utama.
Peristilahan
Komponen "lebuh" ini dipercayai datang daripada perkataan bahasa Minangkabau labuah yang bermaksud "jalan" atau "lorong".[1]
Jenis
Terma lebuh raya boleh jadi berbeza mengikut negara:
Lebuh raya capaian terkawal
Jenis lebuh raya paling umum diketahui. Ia sering berlaluan kembardengan capaian melalui persimpangan bertingkat sahaja.
Lebuh raya ekspres (berkelajuan tinggi)
Sama seperti lebuh raya kereta: istilah lebuh raya ekspres digunakan di beberapa negara seperti Malaysia, Jepun, China, Singapura dll. Di Amerika Syarikat pula, takrifan lebuh raya ekspres mungkin berbeza; di California misalnya sebuah lebuh raya ekspres mungkin terdapat lampu isyarat.
Piawaian lebuh raya berkelajuan tinggi mungkin berbeza antara setiap negara, tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama seperti berikut:-
- Mempunyai sekurang-kurangnya 4 lorong (2 di setiap arah) yang dipisahkan oleh pembahagi lebuh raya.
- Kenderaan hanya boleh keluar masuk di lebuh raya melalui persimpangan bertingkat.
- Direka untuk pemanduan berkelajuan tinggi.
- Mempunyai had laju yang tinggi, bergantung kepada sesebuah negara.
Amerika Syarikat mempunyai rangkaian lebuh raya utama yang dikenali sebagai lebuh raya antara negeri yang menghubungkan antara negeri-negeri di Amerika Syarikat dan diuruskan oleh Lembaga Lebuhraya Persekutuan, manakala di Jerman pula sistem lebuh rayanya dikenali sebagai Autobahn.
Lebuh raya bebas
Lebuh raya berkembar berkelajuan tinggi dengan 2 atau lebih lorong pada setiap hala, keluar masuk melalui persimpangan bertingkat dan selalunya percuma dan tidak dikenakan tol.
Lebuh raya kereta
sama seperti lebuh raya bebas tetapi mungkin dikenakan tol, bergantung kepada negara masing-masing. Istilah lebuh raya kereta selalunya digunakan oleh United Kingdom, negara-negara Eropah serta beberapa negara Komanwel British seperti Pakistan.
Lebuh raya dua lorong
Jalan raya 2 lorong yang dibina mengikut piawaian lebuh raya dan ada persimpangan bertingkat. Lebuh raya 2 lorong boleh dinaiktaraf kepada sebuah lebuh raya ekspres penuh.
Lebuh raya taman
Lebuh raya yang dikelilingi pokok hiasan, ataupun melalui sebuah taman yang besar, ataupun mempunyai pokok-pokok hiasan di sepanjang pembahagi lebuh raya, misalnya Lebuhraya Taman Pantai Timur di Singapura.
Lebuh raya tol
Llebuh raya yang dikenakan tol.
Fakta ringkas
Dunia
- Lebuh raya antarabangsa terpanjang: Lebuhraya Pan Amerika (Benua Amerika) sepanjang 48,000 km.
- Lebuh raya kebangsaan terpanjang: Lebuhraya 1 di Australia sepanjang 20,000 km.
- Lebuh raya kebangsaan terpanjang (titik ke titik): Lebuhraya Trans Kanada sepanjang 7,821 km.
- Rangkaian lebuh raya kebangsaan terbesar: Amerika Syarikat mempunyai rangkaian lebuh raya sepanjang 6,430,366 km setakat tahun 2005.
- Lebuh raya paling sibuk: Lebuhraya 401 di Ontario, Kanada.
- Lebuh raya paling lebar: Lebuhraya Katy (sebahagian Lebuhraya Interstate 10) di Houston, Texas, Amerika Syarikat dengan jumlah sebanyak 26 lorong.
Malaysia
- Lebuh raya ekspres terpanjang: Lebuhraya Utara-Selatan (Lebuhraya dan ) dengan jumlah 966 km.
- Lebuh raya paling sibuk: Lebuhraya Persekutuan.
- Terowong lebuh raya terawal: Terowong Genting Sempah di Lebuhraya Karak .
- Terowong lebuh raya terpanjang: Terowong SMART sepanjang 4 km.
- Jambatan lebuh raya terpanjang : Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dengan 23.37 km.
- Jambatan lebuh raya kedua terpanjang: Jambatan Pulau Pinang dengan 13.5 km.
- Plaza tol paling banyak lorong : Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dengan 28 lorong.
- Plaza tol kedua paling banyak lorong: Plaza Tol Sungai Besi di Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan .
Sistem lebuh raya di Malaysia
Lebuh raya utama di Malaysia iaitu lebuhraya ekspres mempunyai kawalan akses sepenuhnya, persimpangan bertingkat dan sebahagian besarnya bertol. Lebuh raya ekspres menghubungkan ibu negeri utama di Semenanjung Malaysia dan bandaraya utama di Lembah Klang. Semua lebuh raya ekspres diuruskan oleh beberapa syarikat yang menerima konsesi daripada Kerajaan Pusat.
Terdapat juga lebuh raya yang diklasifikasikan sebagai laluan persekutuan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kerja Raya, contohnya Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Skudai. Sesetengah lebuh raya persekutuan mempunyai persimpangan lampu isyarat atau bulatan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel Sistem Lebuh Raya Malaysia.
Lihat juga
- Lebuh raya capaian terkawal
- Autobahn
- Sistem Lebuh Raya Malaysia
- Rangkaian Lebuhraya Singapura
- Laluan persekutuan
- Lebuhraya Utara Selatan
Rujukan
- ^ "labuah - Kamus Bahasa Minang". Kamusiana. 2008. Dicapai pada 20 Jun 2020.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Lebuh raya. |
- Lembaga Lebuhraya Malaysia Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine
- Jabatan Kerja Raya Diarkibkan 2009-03-19 di Wayback Machine
- PLUS Expressway Berhad Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine