Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E
Mukim Ulu Yam | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim/Bandar |
Asal nama | Ulu Yam |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Daerah Hulu Selangor |
Pihak Berkuasa Tempatan | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
Mukim | Hulu Yam |
Poskod | 44300/48200 |
Kawasan | Hulu Yam Lama, Hulu Yam Bharu, Antara Gapi |
Keluasan | 27 456 ekar |
Ulu Yam atau ejaan baharu, Hulu Yam merupakan sebuah mukim dan bandar utama kategori dua di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Hulu Yam mempunyai dua pusat penduduk iaitu Hulu Yam Lama dan Hulu Yam Bharu. Kadangkala, Antara Gapi juga turut dikira. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang berpusat di Kuala Kubu Bharu. Poskod bagi kawasan Hulu Yam Lama dan Hulu Yam Bharu sama dengan poskod bagi mukim Batang Kali iaitu 44300. Manakala poskod bagi kawasan Antara Gapi ialah 48200 seiring dengan Serendah.
Mukim Hulu Yam mempunyai beberapa pekan dan bandar kecil yang terletak di Hulu Yam Bharu dan Antara Gapi. Bandar-bandar tersebut dilengkapi dengan restoran masakan Melayu, restoran masakan Cina, pasaraya kecil, restoran makanan segera dan lain-lain. Kebanyakan penduduk yang menetap di bandar ini majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu dan Cina.
Di Antara Gapi pula dilengkapi dengan pusat komersial moden, stesen minyak, kedai serbaneka, pasaraya kecil dan restoran.
Pendidikan
- Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Bharu
- SRJK (C) Kg Gurney
- Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
- SJK (C) Choong Chee
- Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Lama
Kemudahan Awam
Rumah Ibadat
- Masjid Lama Ulu Yam Bharu
- Masjid Al-Ehsan, Ulu Yam Lama
- Kuil
Stesen Minyak
- Caltex Ulu Yam
Restoran Makanan Segera
- KFC - Caltex Ulu Yam
Kedai Runcit
- 7-Eleven - Pekan Hulu Yam Bharu
- 99 Speedmart - Pekan Hulu Yam Bharu, Taman Emas
- FamilyMart - Caltex Ulu Yam
- KK Super Mart - Pekan Hulu Yam Bharu
Pasaraya
- Pasaraya YST - Pekan Hulu Yam Bharu
Kedai Barangan Kelengkapan Harian
- Watsons - Caltex Ulu Yam
Kawasan perindustrian
- Kawasan Perindustrian Perabot
- Zon Perindustrian Jalan Tengas
- Zon Perindustrian Batu 29
Sistem pengangkutan
Terdapat sebuah perhentian keretapi kecil yang pernah berkhidmat di Hulu Yam Lama. Kini, perhentian tersebut dihentikan perkhidmatannya dan menjadi terbiar. Namun, stesen keretapi Batang Kali yang terletak di Batang Kali merupakan stesen pengangkutan keretapi yang terdekat, menyediakan perkhidmatan KTM Komuter 2 Laluan Pelabuhan Klang dan ETS .
Selain itu, bandar kecil ini juga tersedia dengan perkhidmatan bas henti-henti MARA Liner laluan 158 dan Bas Smart Selangor laluan HS02 .