| Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan Segala Jajahan Takluknya | |
|---|---|
Wilayah/Negeri | |
| Penjawat kini | |
| Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sejak 11 Januari 2019 | |
| dimasyhurkan 15 Januari 2019 | |
| Butiran | |
| Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
| Pewaris takhta | Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah |
| Penyandang pertama | Sultan Muhammad Shah |
| Pembentukan | 1 Mac 1470 |
| Persemayaman | Istana Abu Bakar, Pekan |
| Laman sesawang | www |
Kesultanan Pahang Darul Makmur adalah daripada keturunan Kesultanan Melaka dan Bendahara Johor yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri.
Sejarah Kesultanan Pahang
Pengasas
Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah[1] iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam.
Perebutan kuasa
Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang.
Serangan Acheh
Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh.
Di bawah pemerintahan Johor
Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).
Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.
Pemerintahan sendiri
Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.
Senarai Sultan dan Pemerintah Pahang
Kesultanan Pahang Tua (1470–1617)
| No. | Sultan Pahang | Tempoh pemerintahan |
|---|---|---|
| Wangsa Melaka-Pahang | ||
| 1. | Sultan Muhammad Shah | 1470–1475 |
| 2. | Sultan Abdul Jamil Shah | 1475–1475 |
| 3. | Sultan Mansur Shah I (kali pertama) | 1475–1475 |
| 4. | Sultan Ahmad Shah I | 1475–1497 |
| (3.) | Sultan Mansur Shah I (kali kedua) | 1497–1519 |
| 5. | Sultan Mahmud Shah I | 1519–1530 |
| 6. | Sultan Muzaffar Shah | 1530–1542 |
| 7. | Sultan Zainal Abidin Shah | 1542–1555 |
| 8. | Sultan Mansur Shah II | 1555–1560 |
| 9. | Sultan Abdul Jamal Shah (memerintah bersama Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah) |
1560–1590 |
| 10. | Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah (memerintah bersama Sultan Abdul Jamal Shah) |
1560–1590 |
| 11. | Sultan Ahmad Shah II | 1590–1592 |
| 12. | Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah | 1592–1614 |
| 13. | Sultan Alauddin Riayat Shah | 1614–1615 |
| 14. | Sultan Abdul Jalil Shah III (kemudian menjadi Sultan Johor-Pahang pada tahun 1623) |
1615–1617 |
Kesultanan Johor-Pahang (1623–1830)
| No. | Sultan Johor-Pahang | Tempoh pemerintahan |
|---|---|---|
| Wangsa Melaka-Johor | ||
| 1. | Sultan Abdul Jalil Shah III | 1623–1677 |
| 2. | Sultan Ibrahim Shah | 1677–1685 |
| 3. | Sultan Mahmud Shah II | 1685–1699 |
| Wangsa Bendahara | ||
| 4. | Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV | 1699–1718 |
| Wangsa Melaka-Johor | ||
| 5. | Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah | 1718–1722 |
| Wangsa Bendahara | ||
| 6. | Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah | 1722–1760 |
| 7. | Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V | 1760–1761 |
| 8. | Sultan Ahmad Riayat Shah | 1761–1761 |
| 9. | Sultan Mahmud Riayat Shah III | 1761–1812 |
| 10. | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (kemudian menjadi Sultan Riau-Lingga pada tahun 1830) |
1812–1830 |
Sultan Riau-Lingga yang masih diiktiraf sebagai Sultan Johor-Pahang oleh Bendahara dan para pembesar Melayu yang lain
| No. | Sultan Riau-Lingga (Sultan de jure Johor-Pahang) | Tempoh pemerintahan |
|---|---|---|
| (10.) | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah | 1830–1832 |
| (11.) | Sultan Muhammad II Muazzam Shah | 1832–1835 |
| (12.) | Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah | 1835–1857 |
Kerajaan Bendahara Pahang (1770–1881)
| No. | Bendahara Johor-Pahang (Raja Bendahara Pahang) (Pemerintah autonomi Pahang) |
Tempoh pemerintahan |
|---|---|---|
| Kesultanan Johor-Pahang | ||
| 1. | Bendahara Tun Abdul Majid | 1770–1802 |
| 2. | Bendahara Tun Muhammad | 1802–1803 |
| 3. | Bendahara Tun Koris | 1803–1806 |
| 4. | Bendahara Tun Ali | 1806–1830 |
| Pahang bertuankan Sultan Riau-Lingga | ||
| (4.) | Bendahara Tun Ali | 1830–1847 |
| 5. | Bendahara Tun Mutahir | 1847–1857 |
| Negeri Pahang Moden | ||
| (5.) | Bendahara Tun Mutahir | 1857–1863 |
| 6. | Bendahara Tun Ahmad (kemudian menjadi Sultan Pahang pada tahun 1881) |
1863–1881 |
Kesultanan Pahang Moden (1881–kini)
| No. | Sultan Pahang | Tempoh pemerintahan |
|---|---|---|
| Wangsa Raja Bendahara | ||
| 1. | Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah[2] | 1881–1914 |
| 2. | Sultan Mahmud | 1914–1917 |
| 3. | Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah | 1917–1932 |
| 4. | Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah | 1932–1974 |
| 5. | Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah | 1974–2019 |
| 6. | Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah[3] | 2019–kini |
Rujukan
- Aruna Gopinath (1991). Pahang 1880-1933: A Political History. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
Nota kaki
- ^ "Sejarah Kesultanan Pahang". Laman Komuniti Pekan. Laman Komuniti Pekan. 2010. Dicapai pada 7 Februari 2010.
- ^ "KDYMM Sultan Pahang". Laman Web Rasmi Pahang Darul Makmur. Kerajaan Negeri Pahang. 2009. Dicapai pada 6 Februari 2010.
- ^ Israr Khalid (12 Januari 2019). "Tengku Abdullah dimasyhur Sultan Pahang 15 Jan". Astro Awani. Dicapai pada 12 Januari 2019. Unknown parameter
|dead-url=ignored (bantuan)








