Yang di-Pertua Negeri Sabah | |
---|---|
![]() | |
Gelaran | Tuan Yang Terutama |
Bidang kuasa | Sabah ![]() |
Kediaman | Istana Negeri |
Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong ![]() |
Penjawat sulung | Tun Datu Mustapha Datu Harun |
Dibentuk | 16 September 1963 |
Senarai | Senarai Yang di-Pertua Negeri Sabah ![]() |
Tapak web | istana |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Yang di-Pertua Negeri Sabah ialah ketua dan pemerintah Istana Negeri Sabah yang berpusat di Istana Seri Kinabalu. Pemegang jawatan ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Sabah dan nasihat daripada suara induk komuniti rakyat-rakyat Sabah.[1]
Sejarah
Jawatan ini diwujudkan selepas Sabah merdeka di bawah pembentukan Malaysia pada 1963. Ia diwujudkan bagi menggantikan jawatan Gabenor Borneo Utara. Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, Perlembagaan Sabah pada asalnya menetapkan ketua negeri sebagai Yang di-Pertua Negara[2]. Gelaran ini telah dibetulkan kepada Yang di-Pertuan Negara di bawah Akta 59/1966[3][4]. Seterusnya, pada 27 Ogos 1976, Akta A354 mengubah gelaran itu kepada Yang di-Pertua Negeri, yang masih digunakan hingga kini[5]. Istilah Gabenor secara tidak rasmi turut digunakan.
Pelantikan dan bidang kuasa
Menurut Perlembagaan Negeri, Yang di-Pertua Negeri dilantik selama empat tahun.
Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi seperti melantik Ketua Menteri dan menangguh dari memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.
Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
Sabah tidak mempunyai raja atau sultan. Sebaliknya Yang Di-Pertua Negeri merupakan ahli Majlis Raja-Raja. Setiap mesyuarat yang dihadirinya akan diiringi oleh Ketua Menteri Sabah. Bagaimanapun, Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Senarai penyandang
Yang di-Pertuan Negara (1963–1976)
Berikut ialah senarai penyandang Yang di-Pertuan Negara Sabah sebelum Akta (Pindaan) Perlembagaan 1976[2][4]:
No. | Jata Negeri | Potret | Yang di-Pertuan Negara | Tarikh Perkhidmatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Mula Berkhidmat | Tamat Berkhidmat | Tempoh | ||||
1 | ![]() |
![]() |
Mustapha Harun | 16 September 1963 | 16 September 1965 | 2 tahun, 0 hari |
2 | ![]() |
![]() |
Pengiran Ahmad Raffae | 16 September 1965 | 16 September 1973 | 8 tahun, 0 hari |
3 | ![]() |
![]() |
Tun Fuad Stephens | 16 September 1973 | 28 Julai 1975 | 1 tahun, 315 hari |
4 | ![]() |
![]() |
Mohd Hamdan Abdullah | 28 Julai 1975 | 27 Ogos 1976 | 1 tahun, 30 hari |
Yang di-Pertua Negeri (1976–kini)
Berikut ialah senarai penyandang Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas pindaan Perlembagaan 1976[5]:
No. | Jata Negeri | Potret | Yang di-Pertua Negeri | Tarikh Perkhidmatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Mula Berkhidmat | Tamat Berkhidmat | Tempoh | ||||
4 | ![]() |
![]() |
Mohd Hamdan Abdullah | 27 Ogos 1976 | 10 Oktober 1977 | 1 tahun, 44 hari |
5 | ![]() |
![]() |
Ahmad Koroh | 12 Oktober 1977 | 25 Jun 1978 | 256 hari |
6 | ![]() |
![]() |
Mohamad Adnan Robert | 25 Jun 1978 | 31 Disember 1986 | 8 tahun, 189 hari |
7 | ![]() |
![]() |
Mohamed Said Keruak | 1 Januari 1987 | 31 Disember 1994 | 7 tahun, 364 hari |
8 | ![]() |
![]() |
Sakaran Dandai[6] | 1 Januari 1995 | 31 Disember 2002 | 7 tahun, 364 hari |
9 | ![]() |
![]() |
Ahmadshah Abdullah [7] | 1 Januari 2003 | 31 Disember 2010 | 7 tahun, 364 hari |
10 | ![]() |
![]() |
Juhar Mahiruddin [8] | 1 Januari 2011 | 31 Disember 2024 | 13 tahun, 365 hari |
11 | ![]() |
![]() |
Musa Aman [9] | 1 Januari 2025 | kini | 80 hari |
Rujukan
- ^ Yang di-Pertua Negeri Sabah - About YDPN Sabah - lantikkan daripada nasihat Ketua Menteri dan nasihat Komuniti Rakyat-rakyat Sabah
- ^ a b "Agreement relating to Malaysia between United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore - Wikisource, the free online library". en.wikisource.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-11.
- ^ Kawi, Mohd Roji (2022-02-18). "Tiada keperluan tukar gelaran Yang di-Pertua Negeri". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-17.
- ^ a b "Malaysia Federal Legislation". lom.agc.gov.my. Dicapai pada 2025-03-11.
- ^ a b "Malaysia Federal Legislation". lom.agc.gov.my. Dicapai pada 2025-03-11.
- ^ "Perjuangan Tun Sakaran Dandai demi sosioekonomi, pendidikan rakyat Sabah". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-12-17.
- ^ "Ahmadshah canselor baru UMS" (PDF). Borneo Mail. 18 April 2003.
- ^ "Juhar Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2011-01-01. Dicapai pada 2024-12-17.
- ^ BERNAMA (2024-12-17). "Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-17.