Hubungan Malaysia - Turkmenistan semakin erat semenjak Turkmenistan mencapai kemerdekaan pada 1991. Hubungan diplomatik terjalin sejak 1992. Malaysia baru mendirikan pejabat konsulat di Ashgabat pada 2011. Turkmenistan terletak di Asia Tengah dan berjiran dengan Kazakhstan dan Rusia. Penduduknya tidak ramai, sekitar 5 juta orang sahaja.
Duta Malaysia ke Turkmenistan ialah Datuk Saipul Anuar Abdul Muin.
Lawatan Najib Tun Razak
Pada 11 Julai 2011, Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak menemui Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov di Istana Presiden , Ashgabat , ibu negara tersebut. Kemudian mereka bertemu di Kiyanji, Turkmenbasy, kira-kira 600 kilometer dari Ashgabat.
Rombongan turut disertai oleh Menteri Luar, Anifah Aman, Nor Mohamed Yakcop dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Dibawah Anwar Ibrahim
Pada 19 Disember 2024, Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim telah menjemput Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov di Kompleks Perdana Putra untuk mengukuhkan ikatan dua hala antara kedua-dua negara. [1]
Ia juga membincangkan fasal perdagangan minyak melalui Petronas dan kedua-dua pemerintah menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) dalam bidang pelancongan. [2]
Kerjasama ekonomi
Pada 2010 jumlah dagangan kedua-dua negara hanya AS$28.90 juta berbanding AS$205.61 juta pada tahun 2009.
Dewan Perniagaan Turkmenistan dan Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia telah mengadakan MOU bersama.Perjanjian penjualan gas antara Petronas dengan Turkmen Gas disaksikan oleh Presiden Turkmenistan.
Najib dan Presiden Berdimuhamedov merasmikan bersama Terminal Gas Petronas dan menyaksikan upacara pengeluaran gas pesisir pantai pertama Petronas di Kinyali, Turkmenbashy.[3] 500 juta meter padu gas akan dikeluarkan dalam fasa-fasa akan datang. Petronas melabur AS$5.2 bilion untuk projek gas asli itu. Pelajar negara itu akan ditambah pengambilan di Universiti Petronas di Tronoh, Perak.[4]
Pada 2023, Turkmenistan merupakan pasangan perdagangan keempat terbesar Malaysia dengan jumlah lebih dari AS$10.72 juta.
Rujukan
- ^ BERNAMA (2024-12-19). "Malaysia, Turkmenistan To Strengthen Ties, Petronas Central To Relationship". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-25.
- ^ Anis, Nik Mazwin Binti Nik (2024-12-20). "Malaysia and Turkmenistan committed to enhancing ties". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-25.
- ^ Malaysia tubuh konsulat di Turkmenistan Utusan Malaysia
- ^ Malaysia rakan Turkmenistan