![]() | |
Penyandang Orang Kaya-Kaya Seri Agar DiRaja Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib sejak 1 Mei 2025 | |
Jenis | rencana senarai Wikimedia ![]() |
---|---|
Gelaran | Tuan Yang Terutama |
Kediaman | Seri Mutiara |
Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong |
Penjawat sulung | Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad |
Dibentuk | 31 Ogos 1957 |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ialah jawatan tertinggi di Pulau Pinang, nama tidak rasminya Gabenor Pulau Pinang. Pulau Pinang yang diambilalih oleh penjajah British, Kapten Francis Light sehingga kini tidak mempunyai sultan atau raja.
Biasanya tokoh politik yang berjasa akan dilantik menyandang jawatan ini. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang akan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Tun Ramli Ngah Talib ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang terkini sejak 1 Mei 2025. Watikah pelantikan beliau telah diserahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April 2025 di Istana Negara, Kuala Lumpur dan telah mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mei 2025. [1]
Senarai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Nama | Tempoh berkhidmat |
---|---|
Raja Tun Dato' Seri Utama Haji Sir Uda Raja Muhammad | 1957 – 1967 |
Tun Dato' Seri Utama Haji Syed Sheh Syed Abdullah Shahabudin | 1967 – 1969 |
Tun Dato' Seri Utama Haji Syed Sheh Syed Hassan Barakbah | 1969 – 1975 |
Tun Dato' Seri Utama Haji Sardon Jubir | 1975 – 1981 |
Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Awang Hassan | 1981 – 1989 |
Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Hamdan Sheikh Tahir | 1989 – 2001 |
Tun Dato' Seri Utama Haji Abdul Rahman Abbas | 2001 – 2021 |
Tun Dato' Seri Utama Haji Ahmad Fuzi Abdul Razak | 2021 – 2025 |
Orang Kaya-Kaya Seri Agar DiRaja Tun Dato' Seri Utama Ramli Ngah Talib | 2025 – kini |
Seri Mutiara
Kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau PInang adalah Seri Mutiara. Seri Mutiara dibina pada tahun 1890 pada asalnya dikenali sebagai "Residency".
Rujukan
- ^ "Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang". Berita Harian. 1 Mei 2025. Dicapai pada 2 Mei 2025.