| المعهد الماليزي للتفاهم الإسلامي | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 18 Februari 1992 |
| Jenis | Agensi |
Bidang kuasa | Kerajaan Malaysia |
| Ibu pejabat | No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur |
| Moto | "Memahami Islam, Membina Peradaban" |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Jabatan Perdana Menteri |
Laman sesawang | www |
Institut Kefahaman Islam Malaysia (Jawi: المعهد الماليزي للتفاهم الإسلامي; secara rasmi disingkat sebagai IKIM) ialah sebuah pertubuhan Islam dan agensi kerajaan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ditubuhkan pada tahun 1992, peranannya ialah untuk memberi kefahaman Islam yang tepat dan menjalankan kajian mendalam terhadap ajaran dan tafsiran Islam.[1][2][3] Ia juga memiliki dan mengendalikan stesen radionya sendiri, IKIMfm.
Sejarah
Idea untuk penubuhan IKIM pertama kali dicadangkan oleh Perdana Menteri keempat ketika itu, Mahathir Mohamad apabila beliau menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah badan pemikir yang dikhususkan dan bertanggungjawab untuk meningkatkan pemahaman Islam dalam kalangan rakyat Malaysia.[4][5]
Cadangan beliau membawa kepada penubuhan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 18 Februari 1992 sebagai sebuah syarikat berhad dengan jaminan di bawah Akta Syarikat 1965[6] dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai aturcara dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.[7] Matlamatnya ialah untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan dan meningkatkan pemahaman Islam dalam kalangan umat Islam dan bukan Islam di Malaysia.[7]
Ia mula beroperasi pada 3 Julai 1992 dan dirasmikan oleh Mahathir di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.[8][9][10] Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Ahmad Sarji Abdul Hamid menjadi Pengerusinya yang pertama, manakala profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ismail Ibrahim menjadi Ketua Pengarahnya yang pertama.[7] Susulan penubuhannya, IKIM telah menganjurkan kongres dua hari, Ke Arah Abad ke-21: Islam dan Wawasan 2020, yang juga diadakan di PWTC.[11]
Ibu pejabat
Sewaktu IKIM mula ditubuhkan pada tahun 1992, ibu pejabatnya dicadang untuk dikendalikan di bangunan rumah kerajaan di Jalan Lapangan Terbang Lama, Sungai Besi, namun ia menyewa dan menduduki ruang di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur untuk dijadikan pejabat sementara.[12] Oleh kerana tanah di Sungai Besi itu tidak sesuai untuk diduduki, IKIM telah diperuntukkan satu tapak baharu di Jalan Duta, Kuala Lumpur meliputi kawasan seluas kira-kira tujuh ekar.[12] Pembinaan ibu pejabatnya bermula pada akhir tahun 1992 dan menelan belanja RM7.3 juta dan siap sepenuhnya pada Januari 1994.[13] IKIM berpindah ke ibu pejabatnya yang sekarang di Jalan Langgak Tunku, di luar Jalan Duta dan dirasmikan oleh Mahathir.[12]
Kepimpinan
Pengerusi
| No. | Nama | Memegang jawatan | Melepaskan jawatan |
|---|---|---|---|
| 1. | Ahmad Sarji Abdul Hamid | 15 Mac 1992 | 31 Ogos 2009 |
| 2. | Abdullah Ahmad Badawi | 1 September 2009[14] | 31 Ogos 2018 |
| 3. | Ahmad Sarji Abdul Hamid | 4 Februari 2019 | 28 Ogos 2021 |
| 4. | Mohd Kamal Hassan | 24 Februari 2022 | 7 Mei 2023 |
| 5. | Muhammad Nur Manuty | 8 Mei 2023 | 26 Jun 2025 |
Ketua Pengarah
| No. | Nama | Memegang jawatan | Melepaskan jawatan |
|---|---|---|---|
| 1. | Ismail Ibrahim | 16 April 1992 | 31 Mac 2002 |
| 2. | Abdul Monir Yaacob | 1 April 2002[15] | 31 Mei 2005 |
| 3. | Syed Ali Tawfik Al-Attas | 1 Jun 2005[16] | 1 Ogos 2009 |
| 4. | Nik Mustapha Nik Hassan | 2 Ogos 2009[17] | 31 Ogos 2015 |
| 5. | Azizan Baharuddin | 1 September 2015[18] | 31 Ogos 2021 |
| 6. | Mohamed Azam Mohd Adil | 3 Februari 2022[19] | kini |
Penerbitan
IKIM, melalui cabang penerbitannya Penerbit IKIM, bertanggungjawab terhadap penerbitan buku, jurnal dan karya lain dalam bahasa Melayu dan Inggeris oleh para penyelidik institut tersebut. Karya-karya terbitannya diterbitkan dalam akhbar dan majalah dan boleh didapati dalam versi elektronik dan cetak, melalui kedai buku yang terletak di dalam institut dan laman web IKIM Niaga.[20]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "IKIM mahu perbetul salah anggap". Berita Harian. 17 November 1992. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ "PM: Institute will correct misconceptions". New Straits Times. 4 Julai 1992. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ "Ikim sentiasa memastikan prinsip dan nilai Islam difahami" (PDF). Bernama. 27 Jun 2014. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
- ^ Mohd Yusof Sulaiman (19 Februari 2002). "IKIM tetap relevan untuk masyarakat Islam sejagat" (PDF). Berita Harian. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ Tajuddin Saman (30 Mei 1999). "Fungsi IKIM relevan dengan masyarakat Malaysia" (PDF). Berita Harian. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ Farush Khan; Sa'odah Elias (22 Mac 1994). "IKIM looks ahead to promote Islam". New Straits Times. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ a b c "KL tubuh institut kaji Islam". Berita Harian Singapura. 5 April 1992. m/s. 2. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ "Persiapan lancar IKIM beres...". Harian Metro. 3 Julai 1992. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ "Ke arah mengoptimum potensi ekonomi umat". Berita Minggu. 26 Julai 1992. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ Ahmad A. Taib (4 Julai 1992). "Dr. M: Carry out studies on Islamic interpretations". New Straits Times. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ Manan Osman (30 Jun 1992). "Two-day congress on Islamic perspectives". New Straits Times. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ a b c "MAJLIS PELANCARAN INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA". Hari Ini Dalam Sejarah. Arkib Negara Malaysia. 3 Julai 1992. Dicapai pada 24 Oktober 2025.
- ^ "Konsep paling berjaya". Berita Harian. 4 Ogos 1993. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
- ^ "Tun Abdullah secara rasmi terima tugas Pengerusi IKIM". mStar Online. 2 September 2009. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
- ^ "Abdul Monir appointed Ikim D-G". New Straits Times. 23 Mac 2002. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
- ^ "Dr. Syed Ali Ketua Pengarah IKIM". Harian Metro. 14 Mei 2005. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
- ^ "Nik Mustapha dilantik Ketua Pengarah IKIM". Harian Metro. 10 Julai 2009. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
- ^ "Dr. Azizan dilantik Ketua Pengarah IKIM". Berita Harian. 30 September 2015. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
- ^ Maisarah Sheikh Rahim (3 Februari 2022). "Mohamed Azam Ketua Pengarah IKIM baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Oktober 2022.
- ^ "Penerbit IKIM". Institut Kefahaman Islam Malaysia. Dicapai pada 24 Oktober 2022.








