Rencana ini perlu dikemas kini. |
Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan ݢابوڠن ڤرتوبوهن٢ إسلام بوکن کراجاٴن | |
---|---|
Jenis | NGO |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Penubuhan | |
Diasaskan | 1999 |
Identiti | |
Orang penting | Datuk Haji Zainal Abidin bin Hj Abdul Kadir (PERKIM) |
Fokus | Islam |
Matlamat | Memperjuangkan kepentingan syariah dan dakwah agama Islam |
Ahli | 100,000 |
Laman sesawang | accinmalaysia |
sunting |
Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (bahasa Inggeris: Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs, singkatannya ACCIN) merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, dan dianggotai 17 NGO Islam termasuk PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia), PUM (Persatuan Ulama’ Malaysia), ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Rakyat Sejahtera), Darul Fitrah (Persatuan Darul Fitrah), JIM (Jamaah Islah Malaysia), MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association), IIS (Islamic Information and Services Foundation), RICOI (Research and Information Centre on Islam), Al-Hidayah (Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia), ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia), Al-Hunafa (Persatuan al-Hunafa’), IMAN (Interactive Muslimah Association), Jam’iyah (Persekutuan Seruan Islam Selangor & W.P), Darussyifa' (Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia), WAMY (World Assembly of Muslim Youth) dan GEPIMA (Pergerakan India Muslim Malaysia).
ACCIN bermatlamat untuk memperjuangkan kepentingan syariah agama Islam. [1] [2]
Rujukan
- ^ "ACCIN alu-alukan forum IFC dihentikan, Written by Harakahdaily". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-24. Dicapai pada 2011-11-02.
- ^ Terima hakikat Islam agama rasmi – PUM
Pautan Luar
- Laman ACCIN
- Laman RICOI Diarkibkan 2011-07-28 di Wayback Machine