Sultan Johor ialah jawatan warisan dan raja pemerintah negeri Johor di Malaysia. Sultan Johor mempunyai sejarah pemerintahan yang panjang yang berubah dari satu dinasti ke satu dinasti. Kini, tampuk takhta Johor dipegang oleh Wangsa Temenggong yang turut dikenali sebagai Kesultanan Johor Moden.
Berikut ialah senarai Sultan Johor:[1][2][3]
Senarai
No. | Gambar | Nama (Keputeraan-Kemangkatan) |
Tempoh pemerintahan | Wangsa |
---|---|---|---|---|
Sultan Johor (Johor-Riau) | ||||
1 | Sultan Alauddin Riayat Shah II[N 1] (1513-1564) |
1528 – 1564 | Melaka-Johor | |
2 | Sultan Muzaffar Shah II
(1546-1570) |
1564 – 1570 | Melaka-Johor | |
3 | Sultan Abdul Jalil Shah I
(1562-1571) |
1570 – 1571 | Melaka-Johor | |
4 | Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
(15XX-1597) |
1571 – 1597 | Melaka-Johor | |
5 | Sultan Alauddin Riayat Shah III
(15XX-1615) |
1597 – 1615 | Melaka-Johor | |
6 | Sultan Abdullah Ma'ayat Shah
(1571-1623) |
1615 – Mac 1623 | Melaka-Johor | |
7 | Sultan Abdul Jalil Shah III
(1590-1677) |
1623 – 1638 | Melaka-Johor | |
Sultan Johor (Johor-Riau-Pahang) | ||||
(7) | Sultan Abdul Jalil Shah III
(1590-1677) |
1638 – 22 November 1677 | Melaka-Johor | |
8 | Sultan Ibrahim Shah
(1XXX-1685) |
22 November 1677 – 16 Februari 1685 | Melaka-Johor | |
9 | Sultan Mahmud Shah II
(1675-1699) |
16 Februari 1685 – 3 September 1699 | Melaka-Johor | |
10 | Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
(16XX-1721) |
3 September 1699[N 2] – 21 Mac 1718[N 3] | Bendahara | |
11 | Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
(1699-1746) |
21 Mac 1718[N 4] – 4 Oktober 1722[N 5] | Melaka-Johor | |
12 | Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
(11 November 1699-20 Ogos 1760) |
4 Oktober 1722[N 6] – 20 Ogos 1760 | Bendahara | |
13 | Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V
(11 Mac 1738-29 Januari 1761) |
20 Ogos 1760 – 29 Januari 1761 | Bendahara | |
14 | Sultan Ahmad Riayat Shah
(1752-1761) Pemangku kuasa: Yamtuan Muda Riau, Daeng Kemboja |
29 Januari 1761 – 1761 | Bendahara | |
15 | Sultan Mahmud Riayat Shah III
(24 Mac 1756-12 Januari 1812) Pemegang kawasan Johor-Singapura: Temenggung Tun Abdul Rahman I (1806 - 1825) |
1761 – 12 Januari 1812 | Bendahara | |
16 | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
(1780-9 Ogos 1832) Pemegang kawasan Johor-Singapura: Temenggung Tun Abdul Rahman I (1806 - 1825) |
14 Januari 1812 – 1824 | Bendahara | |
Sultan Johor (Johor-Riau di Lingga) | ||||
(16) | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
(1780-9 Ogos 1832) |
1824 – 29 Oktober 1830[N 7] | Bendahara | |
Sultan Johor (Johor-Singapura) | ||||
17 | ![]() |
Sultan Hussein Muazzam Shah[N 8]
(1776-5 September 1835) Pemegang kawasan Johor-Singapura: Temenggung Tun Abdul Rahman I (1806 - 1824) Pemegang kawasan Singapura: Residen Singapura: William Farquhar (1819-1823), John Crawfurd (1823–1826), dan Gabenor Negeri Selat: Robert Fullerton (1826-2830), Robert Ibbetson (1830-1833), Kenneth Murchison (1833-1836) |
6 Januari 1819 – 5 September 1835[4][5] | Bendahara |
18 | ![]() |
Sultan Ali Iskandar Shah[N 9]
(1824-20 Jun 1877) Pemegang kawasan Johor: Temenggung Tun Daeng Ibrahim I (19 Ogos 1841 - 1855) Pemegang kawasan Singapura: Gabenor Negeri Selat: Kenneth Murchison (1833-1836), George Bonham (1836-1843), William John Butterworth (1843-1855) |
5 September 1835 – 10 Mac 1855 | Bendahara |
Pemerintah Johor (kecuali Kesang): Temenggung Seri Maharaja Johor | ||||
19 | ![]() |
Temenggung Tun Daeng Ibrahim I
(8 September 1810-31 Januari 1862) |
10 Mac 1855 – 31 Januari 1862 | Temenggung |
20 | ![]() |
Temenggung Wan Abu Bakar I
(3 Februari 1833-4 Jun 1895) |
31 Januari 1862–30 Jun 1868 | Temenggung |
Maharaja Johor | ||||
(20) | ![]() |
Maharaja Abu Bakar I
(3 Februari 1833-4 Jun 1895) |
30 Jun 1868 – 13 Februari 1886 | Temenggung |
Pemerintah Kesang | ||||
(18) | ![]() |
Sultan Ali Iskandar Shah[N 10]
(Sultan Muar) (1824-20 Jun 1877) |
10 Mac 1855 – 20 Jun 1877 | Bendahara |
(20) | ![]() |
Maharaja Abu Bakar I
(3 Februari 1833-4 Jun 1895) |
5 Februari 1879 - 1880[N 11] | Temenggung |
Sultan Johor | ||||
(20) | ![]() |
Sultan Sir Abu Bakar I[N 12]
(3 Februari 1833-4 Jun 1895) |
13 Februari 1886 – 4 Jun 1895 | Temenggung |
21 | ![]() |
Sultan Sir Ibrahim II
(17 September 1873-8 Mei 1959) |
7 September 1895 – 8 Mei 1959 | Temenggung |
22 | ![]() |
Sultan Sir Ismail I
(28 Oktober 1894-10 Mei 1981) |
8 Mei 1959 – 10 Mei 1981 | Temenggung |
23 | ![]() |
Sultan Iskandar I
(8 April 1932-22 Januari 2010) |
11 Mei 1981 – 22 Januari 2010 | Temenggung |
24 | ![]() |
Sultan Ibrahim III
(22 November 1958-kini) |
23 Januari 2010 – kini | Temenggung |
Lihat Juga
Catatan
- ^ Raja Ali mengasaskan Kesultanan Melayu Johor yang dinisbahkan kepada keturunan Sultan Melaka. Baginda telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang ke-5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jamil Shah - Sultan Pahang ke-4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Baginda juga membina Kota Sayong (1535-1540) sebelum berpindah ke Kota Batu (Johor Lama) pada tahun 1540.
- ^ Bendahara Tun Abdul Jalil diangkat oleh orang besar-besar Johor menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah II pada tahun 1699 kerana Sultan Mahmud Shah II tidak mempunyai putera untuk mewarisi takhta Sultan Johor.
- ^ Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV menyerah kalah kepada Raja Kechil selepas pusat pemerintahan Kesultanan Johor-Riau pada ketika itu iaitu Panchor ditawan oleh Raja Kechil pada tahun 1718. Walaupun begitu, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV diampunkan dan diangkat kembali menjadi Bendahara Johor oleh Raja Kechil yang menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
- ^ Raja Kechil menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah selepas baginda mengalahkan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dan menawan pusat pemerintahan Kesultanan Johor-Riau pada ketika itu iaitu Panchor pada tahun 1718.
- ^ Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah tidak lagi menjadi Sultan Johor selepas baginda kalah dalam peperangan melawan Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara yang membantu Raja Sulaiman untuk mendapatkan kembali takhta Sultan Johor pada tahun 1722. Selepas itu, Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah berpindah ke Siak dan menubuhkan Kesultanan Siak lalu menjadi Sultan Siak yang pertama.
- ^ Raja Sulaiman ditabalkan oleh Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah selepas baginda dengan bantuan Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah pada tahun 1722. Sebagai balasan, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah melantik salah seorang daripada Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara iaitu Daeng Marewah sebagai Yang Dipertuan Muda Johor-Riau yang pertama mengikut perjanjian yang dipersetujui oleh mereka. Jawatan Yang Dipertuan Muda dikhaskan kepada Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara dan waris-waris mereka.
- ^ Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan waris-warisnya menjadi Sultan Riau-Lingga selepas Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dan Belanda menandatangani Perjanjian 29 Oktober 1830 di mana Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar menerima syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Dalam erti kata lain, Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar bersetuju bahawa negeri Johor dan Pahang tidak lagi berada di bawah pemerintahan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan waris-warisnya. Singapura pula ditadbir oleh Britain.
- ^ Tengku Hussein menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Hussein Muazzam Shah selepas baginda dan Temenggung Tun Abdul Rahman menandatangani Perjanjian 6 Februari 1819 dengan Inggeris di Singapura. Sebagai balasan, Sultan Hussein Muazzam Shah dan Temenggung Tun Abdul Rahman bersetuju untuk melindungi loji-loji Inggeris dan membantu Inggeris melawan musuh-musuh Inggeris tetapi mereka dan waris-waris mereka tidak dibenarkan untuk membuat perjanjian dengan kuasa-kuasa asing yang lain. Namun, pelabuhan Singapura tertakluk di bawah perlindungan dan undang-undang Inggeris dan Inggeris mempunyai kuasa untuk mengutip cukai yang dikenakan ke atas kapal-kapal yang datang ke Singapura.
- ^ Takhta tidak disokong oleh British dan pembesar Melayu lain. Tuntutan berakhir sehingga pemeteraian Perjanjian Persetiaan 10 Mac 1855
- ^ Tengku Ali diakui sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Ali Iskandar Shah oleh Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Inggeris selepas baginda menandatangani Perjanjian 10 Mac 1855. Sebagai balasan, baginda menyerahkan sepenuhnya hak kedaulatannya ke atas negeri Johor kecuali daerah Kesang kepada Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan waris-warisnya untuk selama-lamanya.
- ^ Kesang dimasukkan ke dalam Johor selepas berakhirnya Perang Saudara Jementah
- ^ Maharaja Abu Bakar diiktiraf sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Abu Bakar oleh Inggeris selepas baginda dan Inggeris menandatangani Perjanjian 11 Disember 1885 di London. Selepas itu, Menteri Besar Johor Dato' Jaafar bin Haji Muhammad mengisytiharkan penggunaan gelaran Sultan oleh Sultan Abu Bakar ke seluruh negeri Johor pada 13 Februari 1886.
Rujukan
- ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
- ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ Suzana Haji Othman (2018), Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 198
- ^ Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (26 Januari 2024), Penubuhan rungkai status pemilikan Kesultanan Johor ke atas Singapura, Berita Harian, Diambil daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2024/01/1204963/penubuhan-rungkai-status-pemilikan-kesultanan-johor-ke-atas-singapura
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.