Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V | |
---|---|
Sultan Johor-Pahang | |
Pemerintahan | 20 Ogos 1760 – 29 Januari 1761 |
Didahului oleh | Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah |
Diikuti oleh | Sultan Ahmad Riayat Shah |
Keputeraan | Raja Abdul Jalil ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah 11 Mac 1738 |
Kemangkatan | 29 Januari 1761 Kuala Selangor, Selangor |
Pemakaman | 29 Januari 1761 Batangan, Kepulauan Riau |
Pasangan | 1. Raja Embun binti Engku Inche Hussain 2. Tengku Puteh binti Yang Dipertuan Muda Daeng Chelak |
Anakanda | 1. Sultan Ahmad Riayat Shah 2. Sultan Mahmud Riayat Shah III |
Wangsa | Wangsa Bendahara |
Ayahanda | Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah |
Bonda | Inche Che’ Puan Perak |
Agama | Sunni Islam |
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (11 Mac 1738 – 29 Januari 1761) ialah Sultan Johor ke-13 dan Sultan Pahang ke-20.
Raja Abdul Jalil merupakan putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan Inche Che’ Puan Perak. Baginda diputerakan pada tahun 1738 dan mempunyai ramai adik-beradik berlainan bonda. Baginda amat dikenali dengan gelaran "Raja di Baroh" dan baginda dikatakan menetap di Kuala Selangor. Baginda berkahwin dengan Tengku Puteh binti Yang Dipertuan Muda Daeng Chelak daripada suku Bugis dan hasil perkahwinan ini, baginda dikurniakan dua orang putera iaitu Raja Ahmad dan Raja Mahmud dan kemudian kedua-dua putera baginda menjadi Sultan Johor. Baginda juga berkait rapat dengan konflik daerah-daerah orang Minangkabau di Rembau, Johol, Sungai Ujong dan Jelebu. Daerah-daerah tersebut didapati tidak lagi mahu bernaung di bawah kekuasaan Kesultanan Johor dan akhirnya dimerdekakan. Baginda mangkat pada 29 Januari 1761 dan dimakamkan di Batangan, Kepulauan Riau berhampiran makam ayahandanya.
Rujukan
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah Tarikh keputeraan: 11 Mac 1738 Tarikh kemangkatan: 29 Januari 1761
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Diangkat menjadi Sultan Johor selepas mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dengan bantuan Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara pada tahun 1722 |
Sultan Johor-Pahang 20 Ogos 1760 – 29 Januari 1761 |
Diikuti oleh: Sultan Ahmad Riayat Shah |