Imam Muda Astro Oasis (juga dikenali sebagai Imam Muda) adalah sebuah bekas rancangan realiti TV pencarian pendakwah lelaki pertama di Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Astro. Program ini telah dirasmikan pada 11 Mac 2010 oleh Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato' Seri Jamil Khir Baharom di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Rancangan ini menampilkan pemuda-pemuda yang bersaing untuk menjadi jawatan imam masjid dan biasiswa untuk belajar di Universiti Islam Madinah.[1]
| Imam Muda | |
|---|---|
| Genre | Realiti, Pencarian bakat pendakwah (lelaki) |
| Negara asal | |
| Bahasa | Melayu |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Astro |
Syarikat penerbitan | |
| Penyiaran | |
| Saluran asal |
|
| Siaran asal | 28 Mei 2010 – 3 Ogos 2012 |
| Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Mualim Muda |
Pada 30 Julai 2010, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan (atau dikenali Imam Muda Asyraf) muncul sebagai juara pertama. Pada tahun 2025, Imam Muda kembali sebagai Mualim Muda
Tujuan
Tujuannya agar dapat membentuk generasi muda ke arah perilaku yang baik dan berakhlak.[2] Imam di kalangan orang muda perlu dicari, digilap dan diketengahkan. Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar menyatakan Imam Muda mestilah menitikberatkan aspek pengetahuan mendalam dalam agama Islam dan kebolehan untuk memimpin. Kemahiran berbahasa Inggeris juga ditekankan.
Program ini bukan bersifat komersial semata-mata tetapi sebagai tanggungjawab moral. Ia akan mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia. Peserta akan dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman. Semua peserta akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.
Program Imam Muda adalah di antara testimonial kami menerbitkan program-program ilmiah dan tidak tertumpu kepada elemen hiburan semata-mata. Ia akan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang perlu dipikul serta menjadi pemangkin kepada kelahiran imam muda yang versatil dan relevan kepada komuniti.
Juara
| Musim | Juara | Negeri |
|---|---|---|
| 2010 | IM Ashraf | |
| 2011 | IM Hassan | |
| 2012 | IM Jabar |
Musim Pertama (2010)
| Nama Pentas | Nama Sebenar | Tenaga Pengajar | Pengacara |
|---|---|---|---|
| IM Miril | Amiril Md Banin | Mudir
Mursyid (Mentor)
|
Ustaz Dzulkarnain Hamzah |
| IM Asyraf | Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan | ||
| IM Aran | Ahmad Hazran Ahmad Kamal | ||
| IM Hizbur | Hizbur Rahman Omar Zuhdi | ||
| IM Azhar | Muhammad Khairul Azhar Ghazali | ||
| IM Adib | Nik Muhammad Adib Md Amin | ||
| IM Nuri | Nuri Ali Arbain | ||
| IM Abe Syara | Sharafuddin Suaut | ||
| IM Syakir | Ahmad Syakir Zamri | ||
| IM Taufek | Mohd Taufek Mohd Noh |
Musim Kedua (2011)
| Nama Pentas | Nama Sebenar | Tenaga Pengajar | Pengacara |
|---|---|---|---|
| IM Mujahid | Mujahid Suhaimi | Mudir
Mursyid (Mentor)
|
Ustaz Dzulkarnain Hamzah |
| IM Fadli | Zulfadli Awang | ||
| IM Ali | Ali Khairudin Abdul Marif | ||
| IM Hassan | Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza | ||
| IM Nazrul | Nazrul Izwan Zolkiflee | ||
| IM Najdi | Wan Najdi Wan Mohd Noh | ||
| IM Fakhrul | Mohd Fakhrurrazi Hussin | ||
| IM Amar | Ammar Wan Harun | ||
| IM Azlan | Mohd Azlan Zulkarnain | ||
| IM Fatah | Abdul Fattah Riddzwan |
Musim Ketiga (2012)
| Nama Pentas | Nama Sebenar | Tenaga Pengajar | Pengacara |
|---|---|---|---|
| IM Nasir | Muhammad Nasir M Yakub Ismail | Mudir
Mursyid (Mentor)
Naqib (Fasilitator)
|
Ustaz Akhil Hayy |
| IM Adan | Muhammad Ramadhan Subky Abdullah | ||
| IM Arrazi | Fakhrulrazi Ibrahim | ||
| IM Omar | Omar Mohd Mokhtar | ||
| IM Faris | Syed Mohd Faris Syed Roslan | ||
| IM Hafiz | Mohammad Hafiz Abdul Kadir | ||
| IM Jabar | Abdul Jabbar Mohammed Kahar | ||
| IM Megat | Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin | ||
| IM Naim | Mohammad Azri Naim Mohd Kamal | ||
| IM Naufal | Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta |
Imam Muda Nama Baharu Mualim Muda Musim Ke-4 (2025)
| Nama Pentas | Nama Sebenar | Negeri | Tenaga Pengajar | Pengacara |
|---|---|---|---|---|
| MI Amar | Muhammad Amar Mirza bin Abd Kadir Jailani | Kelantan | Mursyid (Mentor)
|
|
| MI Anas | Anas bin Mokhtar | Kedah | ||
| MI Ashraf | Muhammad Ashraf bin Abdul Rahman | Kuala Lumpur | ||
| MI Iddin | Muhammad Iddin bin Ramli | Selangor | ||
| MI Iman | Muhammad Al-Iman bin Zaidi | Melaka | ||
| MI Izzat | Izzat Nadzer | Selangor | ||
| MI Luqman | Luqman Nur Hakim bin Sahidi | Negeri Sembilan | ||
| MI Saad | Saad bin Hermansyahniri | Selangor | ||
| MI Shamsul | Shamsul Aiman Mua’mar bin Shamsul Bahrin | Terengganu | ||
| MI Zaimi | Muhammad Ruzaimi bin Muhammad Sani | Johor |
Penaja
- Bank Rakyat
- Xiaomi
- CelcomDigi
- Sinar (2012- Sekarang)
- Zayan (2025- Sekarang)
Baca lagi
Rujukan
- ^ "Access Restricted". www.telegraph.co.uk. Dicapai pada 2026-01-01.
- ^ Perkahwinan Dengan Kanak-kanak Tidak Ikut Sunnah - Jamil Khir Bernama








